Direct Free Kick |
Janji MB Tertunai, MBPJ Baiki Lif, Pam Air Di Kota Damansara dan Putra Damai. Posted: 09 Jun 2012 04:29 PM PDT KOTA DAMANSARA, 5 JUN 2012 : 'Janji' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditunaikan apabila lif dan pam air di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara dan Putra Damai di sini berjaya dibaiki. Oktober tahun lalu Menteri Besar melawat kawasan berkenaan dan berjanji menyelesaikan masalah penduduk terbabit. Sejumlah RM3.2 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk membaiki kemudahan ini dan bermula pertengahan November tahun lalu melibatkan 12 unit lif bagi PPR Kota Damansara, sementara 17 unit lif untuk PPR Putra Damai. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, kerja-kerja baikpulih itu siap sepenuhnya pada April lalu selepas mendapat arahan daripada Menteri Besar. "Lawatan hari ini adalah susulan daripada lawatan yang dilakukan Menteri Besar semasa melawat kedua-dua PPR ini untuk meninjau masalah utama iaitu lif. "Beliau kemudiannya mengarahkan MBPJ untuk segera melakukan kerja-kerja baikpulih di mana kos bagi kesemua lif untuk kedua-dua PPR adalah RM2.9 juta, sementara kos membaiki pam air adalah lebih RM285,000," katanya. Iskandar berkata, demikian semasa mengadakan lawatan di PPR Seksyen 8, Kota Damansara di sini bagi meninjau keadaan lif dan pam air yang siap dibaikpulih. Lawatan itu turut disertai Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPJ, Cheremi Tarman serta Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kota Damansara, Johari Nander. Selain baikpulih, tambahnya, MBPJ turut menyediakan penghadang di bilik motor lif supaya insiden kecurian kabel tidak lagi berlaku seperti sebelum ini. Beliau berkata, penempatan dua orang pengawal keselamatan juga dilaksanakan sebagai langkah keselamatan di kawasan pangsapuri berkenaan. Dalam pada itu, Iskandar turut mengingatkan penduduk supaya menjaga kemudahan yang diberikan dengan baik kerana ia dibaiki dengan kos yang tinggi. "Untuk atasi vandalisme, saya berharap Adun di kawasan ini dapat menganjurkan program komuniti untuk menanam sifat tanggungjawab di kalangan penduduk bagi menjaga kemudahan yang ada. "Penduduk jangan merasakan bahawa lif ini adalah hak milik kerajaan dan tidak perlu dijaga. Sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini, penduduk boleh sama-sama menghalang atau ambil tindakan," ujarnya - SELANGORKINI. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan