Rabu, 6 Jun 2012

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid ceramah terkini di KK

Posted: 06 Jun 2012 07:51 AM PDT









Mesej PAS untuk penyokong & pendokong

Posted: 06 Jun 2012 06:34 AM PDT

Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno.

Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya.

Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka.

Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.

Umno berhujah, PAS sendiri tidak mampu menunjukkan taringnya dalam isu Melayu dan Islam apabila gagal untuk menerajui YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, begitu juga dengan kegagalan PAS untuk menyandang jawatan Exco Agama di Selangor.

Mereka dengan sinis menyatakan kalau itupun PAS gagal menguasainya dalam Pakatan Rakyat (PR), bagaimana PAS mampu menerajui orang Melayu dan hal ehwal Islam?

Ini adalah mentaliti Umno yang memaksa orang ramai berfikir seperti mereka yang asas pemikirannya ialah menggunakan "politik penguasaan".

Premis pemikiran inilah yang mereka cuba bawa untuk memandang rendah pada PAS. Malangnya PAS tidak berfikir sekuno itu.

Kehadiran PAS dalam PR bukanlah sesuatu yang tidak menguji ketegasan prinsip yang diperjuangkan.

Pertama, PAS bersetuju bahawa syarat bersama dalam PR tidak akan menjejaskan dasar Islam yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini.

Kedua, PAS meletakkan kaedah menghapuskan kezaliman sebagai perlaksanaan utama kerjasama antara parti dalam PR, dan ketiga, membentuk budaya politik baru yang menjaminkan pembentukan kerajaan Beramanah, Adil dan Telus.

Bagi PAS, membungkah amalan politik legasi Umno adalah keutamaannya hari ini, sebab itu soal politik penguasaan sesama parti tidak pernah terlintas dalam bentuk kerjasama PR.

Kami semua bersetuju untuk memastikan satu politik baru muncul di luar kerangka legasi politik Umno/Barisan Nasional (BN) hari ini.


Sebesar perjuangan PAS bersama PR ialah membuang politik ketuanan bangsa yang diamalkan oleh Umno.

Umno selaku tonggak BN menampakkan kelemahannya dan kemampuannya untuk membentuk politik baru.

Ini bukan salah pemimpin Umno mahupun golongan muda Umno yang mahukan pembaharuan dalam Umno tetapi yang bersalah ialah "masa", kerana tarikh luput Umno sudah tamat.

Walau apa pun yang diusahakan, faktor masa tidak mengizinkan Umno. Dikukohkan lagi dengan alasan masa, ialah penguasaan budaya politik yang diselaputi dengan kepentingan diri sehingga telah hilang jatidiri sebuah perjuangan yang kerananya Umno tertegak.

Perbalahan dalaman yang bermatlamatkan kedudukan diri dan kelompok memburukkan keadaan untuk Umno memperbaiki dirinya kerana masa tidak berpihak pada dirinya.

Walaupun kelompok reformis dalam Umno menyedari keadaan ini, mereka akan terus berpusar dilingkaran yang sama sehingga apa yang mereka hujahkan akan membawa kepada mempertahankan amalan-amalan buruk Umno.

Mereka dalam Umno yang merasakan diri mereka reformis adalah sebenarnya konservatif dalam pakaian reformis.

Tidak heranlah hujah mereka kepada mesej PAS adalah hujah seorang konservatif yang terdesak dengan membawa pemikiran politik penguasaan.

PR membudayakan idea perubahan dan berani membongkah amalan-amalan politik kuno yang asasnya ialah Ketuanan Bangsa yang Umno perjuangkan.

Dalam perhimpunan hijau baru-baru ini, PAS telah membawa politik Malaysia kepada satu tahap baru iaitu menjaminkan keadilan untuk semua kaum atas nama Islam.

PAS telah membawa makna Islam dalam bentuknya yang dinamik dalam persekitaran pelbagai kaum.

Apatah lagi Perlembagaan Persekutuan menetapkan "Islam adalah agama resmi Persekutuan".

Dalam kerangka Islam juga PAS menjaminkan hak semua kaum dari sudut budaya dan agama bersesuaian dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa "agama lain bebas diamalkan dalam Persekutuan".

Tawaran ini unik dari Umno, kerana Umno menawarkan Ketuanan Bangsa dan hanya yang menerima ketuanan ini boleh berada dalam kerangka Artikel 3 dan Artikel 11 yang disebutkan di atas tadi.

Islam bagi Umno hanyalah tertunduk kepada politik ketuanan yang menjadi asas perjuangannya. Sementara Umno menggunakan Islam untuk tunduk pada kehendak ketuanan bangsanya, PAS pula menjadikan Islam sebagai asas kandongan manifesto politiknya kepada rakyat Malaysia.

Dari sudut kerangka politik, tawaran Islam lebih terjamin apatah lagi penafsiran Islam PAS merentasi semua kaum dan haknya.

Ketuanan Bangsa bagi PAS terpaksa tunduk kepada keadilan Islam, dengan cara itu orang Melayu akan selamat dan bukan Melayu akan terjamin.

Inilah politik baru yang PAS cuba bawakan supaya negara ini tidak lagi terjerat dengan kitaran ketuanan bangsa yang Umno perjuangkan selama ini dan menjadikan asas penguasaannya dalam BN atas asas ini.

PAS bertegas bahawa ia tetap bersama rakan-rakannya ke Putrajaya. PAS sedar bahawa ia tidak mungkin melakukannya seorang diri.

Transisi perpindahan rakyat Malaysia dari BN ke PR sememangnya bukan mudah kerana rakyat telah terbenam secara akar umbi dalam politik BN.

Isunya ialah bagaimana akar pokok ini yang terengkam kukoh hendak dibongkahkan. Kemunculan PR adalah usaha itu, disebalik tenaga gergasi yang diperlukan untuk berbuat demikian, PR juga terpaksa menanam benih baru, menyemai dan membajainya.

Berbanding dengan tenaga gergasi untuk membongkah akar dan usaha menyemai benih baru, menyemai benih baru lebih sukar kerana ia memakan masa yang panjang.

Kedua usaha dan proses ini sedang giat dijalankan dan pastinya mesej 1 Jun di Alor Setar baru-baru ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa PAS sedang melakukan kedua-keduanya sekali....Dr Mujahid Yusoff Rawa

Tiada ulasan:

Nuffnang