N45 Dr Halimah Ali |
AMALNITA dilancarkan oleh EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR Posted: 20 May 2012 09:59 AM PDT 18.5.12 SHAH ALAM SELANGOR Yayasan Amal Malaysia sekali lagi mengorak langkah maju ke depan dengan mengetengahkan gerak kerja yang menumpu perhatian kepada golongan modal insan yang kritikal dan utama dalam sesebuah masyarakat yakni wanita. Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga Yayasan Amal Malaysia menyediakan platform baru untuk meneliti dan membantu dalam pembangunan wanita dan keluarga di Malaysia di samping NGO dan badan-badan lain yang berkongsi minat dan tumpuan yang sama. Majlis ringkas tapi penuh bererti itu telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pembangunan Modal Insan Selangor yang menyatakan dalam ucapannya bahawa wanita adalah modal insan yang memberi kesan yang sangat banyak, mendalam dan berpanjangan kepada insan di sekelilingnya terutama sekali ahli keluarga. Wanita bekerja mendapat ganjaran gaji dan upah daripada majikan. Namun kerja menjaga anak dan rumah lazimnya tidak diberi ganjaran. Wanita yang bekerja sepenuh masa di rumah mengurus rumahtangga dan anak-anak memang tidak diberi upah.Namun mereka juga adalah modal insan yang menyumbang kepada kejayaan mahupun kegagalan suami dan anak.Modal insan berupa wanita ini sekiranya tidak di fokuskan pembangunan mereka akan memberi natijah yang buruk. Kegagalan wanita membangun diri sendiri untuk menjadi insan yang berkesan dalam hidup akan menimbulkan banyak masalah sosial pada kaum mereka dan juga anak-anak yang mereka lahir dan besarkan. Komitmen Yayasan Amal membantu kerajaan Selangor dalam kempen anti zina telah mendapat pujian banyak pihak samada jabatan dan agensi kerajaan Selangor mahupun NGO dan AJK MASJID di seluruh Selangor. Keenam-enam siri kempen anti zina yang dianjurkan oleh GeMS telah diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia. Dengan penampilan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga satu jenama baru yang sangat mesra wanita iaitu AMALNITA diharapkan akan melonjakkan lagi komitmen membantu dengan amal kebajikan membangunkan komponen masyarakat yang utama yakni wanita dan keluarga. Penampilan bekas penyanyi terkenal AISHAH sebagai duta AMALNITA juga telah menyerikan majlis dengan perkongsian hijrah hidup dirinya sebagai pemangkin promosi perubahan kepada wanita yang masih tercari-cari erti kehidupan. AISHAH juga telah memberi komitmen untuk sama-sama beramal dengan AMALNITA sebuah outreach program untuk memberi alternatif kepada wanita bersama dalam program pembangunan diri dan keluarga. Turut hadir Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Husin Ismail dan Naib Presiden Yayasan Amal, YB Dr Rani Othman serta Pengerusi Biro Amalnita Negeri. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan