Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ceramah Pasca BERSIH di Johol 6 Mei 2012
- Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di Seremban
- Program PLKN perlu dimansuh atau dirombak keseluruhannya
- Tahap kesihatan mental anggota polis kita di tahap kritikal
- Bang Mat Sabu di Jelebu 3 Mei 2012
- Ketua cabang PKR Rasah direman
Ceramah Pasca BERSIH di Johol 6 Mei 2012 Posted: 01 May 2012 10:08 PM PDT |
Unit Amal diberi kepercayaan kawal program mega di Seremban Posted: 01 May 2012 09:24 PM PDT Unit Amal atau Jabatan Amal Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab untuk mengawal kelancaran program Malam Ihya Mahabbah Rasulullah saw bersama Al Habib Umar bin Hafidz yang telah diadakan di Masjid Negeri , Seremban pada 22 April 2012 yang lalu. Alhamdulillah, program yang dihadiri ribuan para pengunjung tersebut telah berjalan dengan lancar. Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Unit Amal N.Sembilan sila hubungi Timbalan Pengarah Unit Amal N.Sembilan, Sdr Nazri bin Esa di talian 012-6775537 Gambar sekitar program tersebut di http://unitamaln9.blogspot.com/2012/05/unit-amal-diberi-kepercayaan-kawal.html |
Program PLKN perlu dimansuh atau dirombak keseluruhannya Posted: 01 May 2012 07:03 PM PDT Modul khas untuk pelatih PLKN yang obesiti atau gemuk, modul khas untuk 8% pelatih PLKN yang buta huruf, dilema pelatih PLKN yang perlu melanjutkan pelajaran ke IPT, dilema pelatih PLKN dari keluarga miskin yang perlu bekerja untuk membantu keluarga, kes kematian hampir 20 orang pelatih PLKN setakat ini, kos RM750 juta setahun PLKN, adalah antara faktor program PLKN ini perlu dimansuh atau dirombak keseluruhannya. Kerajaan telah membelanjakan RM752,922,000.00 untuk PLKN dalam satu tahun sahaja, iaitu pada tahun 2011. Dengan RM752,922,000.00 ini sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 150,584 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat Diploma di IPT. DIBENAR TANGGUH SERTAI PLKN 2 Mei 2012 KUALA LUMPUR 1 Mei - Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian. MODUL LATIHAN UNTUK PELATIH PLKN GEMUK DIJANGKA DIPERKENAL JULAI INI Januari 19, 2012 BANTING: Modul latihan khas kecergasan bagi pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gemuk dijangka dilaksanakan pada pengambilan Kumpulan Ketiga pelatih program itu Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. 8 PERATUS DARI 6,667 ORANG PELATIH PLKN BUTA HURUF UM 11 Jan 2012 PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis. BELANJA RM750 JUTA PLKN TIDAK MASUK AKAL June 29, 2011 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta. Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam. |
Tahap kesihatan mental anggota polis kita di tahap kritikal Posted: 01 May 2012 06:04 PM PDT Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Tragedi pada 26 April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit, Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap kesihatan mental anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan kesihatan mental menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, serta langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan. Masalah peribadi bukan punca polis kena tembak BH 2 Mei 2012 AYER HITAM: Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai pengawal Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan sebarang masalah peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika ditugaskan bersama pada hari kejadian. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca daripada masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan kejadian itu berlaku. Katanya, mungkin berlaku perselisihan mengenai penugasan mereka di balai pengawal berkenaan menyebabkan suspek bertindak demikian. "Tidak timbul soal pertengkaran cinta kerana pada hari kejadian, itu kali pertama mereka ditugaskan bersama. Kami percaya pertengkaran kecil berlaku membabitkan soal penugasan mereka. "Isu ini antara mereka berdua, tiada pembabitan orang lain yang boleh menyebabkan kejadian," katanya selepas program polis bersama masyarakat di Pejabat Pos Alor Biak Jerlun di sini, semalam. Ahmad juga berkata, setakat ini pihaknya masih melengkapkan siasatan dan tempoh tahanan reman suspek yang tamat esok, tidak dilanjutkan. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang 26 April lalu, mangsa, Konstabel Mohamad Sobri Md Sidik, 22, dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat parah di kepala dan badan selepas ditembak rakan setugas dipercayai akibat perselisihan faham. Suspek berusia 25 tahun dan berpangkat Lans Koperal kemudian melarikan diri menaiki kereta sebelum ditahan tiga jam selepas itu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di rumahnya di Simpang Empat, Perlis. POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU BH 27 Sep 2011 KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan. Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam. Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. 12% rakyat Malaysia sakit mental UM 3 Feb 2012 SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental. "Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki. "Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya. Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk. "Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya. Beliau berkata, terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. - BERNAMA Siasatan polis tembak rakan selesai UM 2 Mei 2012 KUBANG PASU 1 Mei - Polis mengesahkan siasatan kes seorang anggotanya menembak rakan setugas di Istana Anak Bukit di sini baru-baru ini telah selesai. Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, anggota lans koperal itu masih ditahan reman sehingga Khamis ini dan dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat. "Polis percaya motif kejadian berpunca daripada salah faham dan perasaan tidak puas hati berkait dengan bidang tugas. "Polis telah melengkapkan siasatan kes ini dan ia akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas majlis Sepagi Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ayer Hitam, di sini hari ini. Pada 26 April lalu, seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana itu. |
Bang Mat Sabu di Jelebu 3 Mei 2012 Posted: 01 May 2012 07:12 AM PDT |
Ketua cabang PKR Rasah direman Posted: 01 May 2012 07:10 AM PDT Ketua cabang PKR Rasah direman 1 Mei 2012 Naib presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban. Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi. Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung. Thangam ketika dihubungi Malaysiakini pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu. Majistret Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Thangam bagi membantu siasatan selama tiga hari. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan