Rabu, 2 Mei 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Jemputan Menghadiri Sidang Media KEADILAN Negeri Selangor — 3 Mei 2012, Jam 11.00 Pagi

Posted: 02 May 2012 02:55 AM PDT

Merujuk kepada perkara di atas dengan rasa sukacitanya ingin menjemput saudara/saudari ke sidang media tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

 

Tarikh : 3hb Mei 2012 (Khamis) – Esok

 

Masa : 11.00 pagi

 

Tempat :  Pejabat Parti KEADILAN Rakyat Negeri Selangor, D1-01-G Jalan PJU 1A/46, Pusat Perdagangan Dana 1, 47200 Petaling Jaya, Selangor (sila rujuk lampiran untuk peta ke lokasi)

Antara yang hadir:

 

YB Shuhaimi Bin Shafiei   – Ketua Penerangan PKR Negeri Selangor merangkap Ahli MPP KEADILAN

Sdr Azmizam Zaman Huri – Ketua AMK Negeri Selangor merangkap Naib Ketua AMK Pusat

 

Isu: 


1. Keganasan Polis sewaktu Perhimpunan Bersih 3.0

2. Tuntutan Pemansuhan Tol di Selangor

3. Isu Fitnah Jahat ke atas YB Azmin Ali

 

Kami juga memohon agar pihak tuan dapat menghantar wartawan & jurufoto bagi membuat liputan media pada sidang media ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan membantu melancarkan sidang media tersebut.

 

 

Sekian terima kasih.

SEKRETARIAT PENERANGAN

PARTI KEADILAN RAKYAT

NEGERI SELANGOR

Dato’ Seri Shahrizat Jalil Salahguna Dana Rakyat Biayai Program Wanita UMNO Melalui Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga (MPWK)

Posted: 02 May 2012 02:32 AM PDT

Dato' Seri Shahrizat Jalil bertanggungjawab menubuhkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) sebaik sahaja beliau mula-mula dilantik menjadi menteri penuh. Pengumuman mengenai penubuhan majlis ini dibuat pada 29 Jun 2001.

Pada asalnya, keanggotaan MPWK adalah terdiri dari EXCO wanita dari kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia. Malangnya, sejak penubuhan hingga ke hari ini, ia telah disalahgunakan sebagai sebuah organisasi haram yang dianggotai oleh Ketua-ketua Wanita Umno dan pimpinan Wanita Umno di setiap kawasan parlimen dan diberikan peruntukan yang besar oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram.

MPWK mempunyai anggota di peringkat negeri dan parlimen. Ketua MPWK di peringkat negeri adalah Ketua Wanita Umno Negeri, manakala di peringkat parlimen adalah Ketua Wanita Umno Bahagian.

KEADILAN mempunyai bukti mengenai perbelanjaan dan peruntukan yang telah disalurkan kepada kesemua bahagian Wanita Umno di seluruh negara dengan berselindung di sebalik pertubuhan haram yang diberi nama MPWK ini.

Hari ini, Wanita KEADILAN menampilkan bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK. Surat jemputan yang dilampirkan bersama dialamatkan kepada Puan Normah Mohd Saman iaitu Ketua Wanita Umno Wangsa Maju.

Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang. Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Oleh itu, Wanita KEADILAN mendesak:

1. 1) Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK ini dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK;

2. 2) Dato' Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan siasatan dalaman di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan serta merta bagi mengenalpasti sejauh mana penyelewengan telah berlaku sejak 2001;

3. 3) Dato' Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan

4. 4) SPRM menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.

Wanita KEADILAn akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan SPRM.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

2 MEI 2012

Forum Pasca BERSIH 3.0

Posted: 02 May 2012 02:29 AM PDT

Bersempena dengan pasca perhimpunan Bersih 3.0 minggu lalu dan Hari Kebebasan Akhbar  pada 5 Mei ini,  Akademi Pak Sako dengan kerjasama laman portal JalanTelawi.com akan menganjurkan forum khas yang bertemakan Bersih 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'. Butiran program adalah seperti berikut:

 

Tarikh             : 3 Mei 2012

Masa                 : 8.30 malam – 10.30 malam

Tempat           : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)

 

Ahli panel       :

                         1. Hishamuddin Rais (Aktivis BERSIH / blogger TukarTiub)

                        2. Fathi Aris Omar (Editor laman berita Malaysiakini.com)

                        3. Dr. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)

                        4. Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia, Lawyers for Liberty)

                        5. Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI)

                        6. Haijan Omar (peguam yang dibelasah sewaktu himpunan Bersih 3.0)

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.

Selangor Government Voices Support For Assaulted Journalists

Posted: 02 May 2012 01:21 AM PDT

Malaysiakini

The Selangor government leadership has joined several journalism organisations to condemn the police brutality on journalists during the Bersih 3.0 rally by donning yellow wristbands today.

MB Khalid Ibrahim, senior exco member Teresa Kok, and exco members Ean Yong Hian Wah and Yaakob Sapari, who were at a state government press conference today, donned yellow wristbands at the request of the journalists present.

The members of the press were cutting bands from yellow fabric prior to the press conference and distributing them to colleagues from all media outlets.

"Tomorrow is World Press Freedom Day. We will wear black and tie yellow wristbands to show our solidarity with the assaulted journalists," said the Selangor Times journalist who promoted the initiative.

Commenting on the police brutality, Khalid said he felt sorry for the journalists but could not agree with the assaults.

He said it is high time for all segments of society to come together "to invoke changes".

"You (journalists) add value to the knowledge of the society, so that they can make better decisions.

"Without a free press, there would not be an informed society," he said.

Meanwhile, Khalid denied claims that schools in Selangor are teaching the students to go against the BN-led federal government.

"We can't even enter schools, how do you think we can issue such a directive?" he said.

He also denied a report in Utusan Malaysia that mosque committee elections in Selangor were tainted with phantom voters to ensure the victory of Pakatan-favoured candidates.

Nik Aziz: Umno Terdesak Siar Foto Aksi Lucah

Posted: 01 May 2012 10:34 PM PDT

Malaysiakini

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki yang mirip timbalan presiden PKR Azmin Ali.

“Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.

“Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

“Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal,” katanya di Facebook.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai “aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas.”

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno 

Ingat Juga 250,000 Yang Mahu PRU Adil – Ambiga

Posted: 01 May 2012 10:29 PM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR: Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.

"Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.

“Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka," kata Ambiga dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya beribu orang turut berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.

"Ini adalah gambaran benar rakyat Malaysia. Mereka adalah gambaran niat dan cita-cita rakyat Malaysia. Tiada manipulasi politik, penyelewengan fakta oleh media perdana atau dakwaan bahawa himpunan tersebut telah dirampas (hijack) akan mengubah hakikat tersebut. Ahli politik daripada kedua-dua belah boleh tidak mengendahkan hakikat ini atas risiko sendiri," tambah beliau.

Di dalam demokrasi yang lebih maju di mana hak untuk berhimpun secara aman dihormati, kata Ambiga, tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan adalah terletak di bahu penganjur dan penguatkuasa.

"Namun (di Bersih 3.0), pihak penguatkuasa meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya pada Bersih 2.0. Kita telah melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin sehinggalah polis menembak gas pemedih mata.

“Apabila itu berlaku, tanggungjawab itu beralih kepada polis untuk mengawal situasi yang mereka mulakan. Tanggungjawab itu adalah pada mereka. Ia adalah fakta segala keganasan hanya berlaku selepas gas pemedih mata ditembak," kata Ambiga.

Unit Amal PAS

 
Ambiga turut memuji Unit Amal PAS dan agensi keselamatan lain atas kejayaan mereka untuk mengawal himpunan. Beliau turut memuji disiplin dan maruah rakyat yang ditunjukkan ketika perhimpunan.

"Saya turut menyatakan ada pihak polis yang telah melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan amanah. Tapi ada sebilangan yang mendapat memo berlainan daripada pihak atasan. Mereka adalah kejam dan bertindak seperti samseng melakukan kecederaan maksimum pada para hadirin yang sudahpun berundur.

“Terdapat juga beberapa ketika yang mereka sengaja memprovokasi rakyat. Mereka bertindak tanpa undang-undang," kata Ambiga.

Walaupun media perdana cuba menayangkan sebaliknya, Ambiga berkata kebenaran akan muncul kerana segala bukti akan timbul.

"Dan Suhakam mesti mengadakan satu inkuiri awam untuk menyiasat keganasan yang paling teruk dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat Malaysia," kata beliau.

Ambiga turut menyenaraikan beberapa persoalan untuk dijawab pihak berkuasa.

1.     Siapa yang memberikan arahan untuk bertindak keras terhadap peserta demo sebegitu rupa?

2.     Siapakah pegawai dalam baju Bersih di dalam himpunan?

3.     Siapakah mereka yang berbaju biru tanpa nombor identiti dan nama pada uniform?

4.     Adakah benar ramai orang yang dibawa masuk ke himpunan untuk menimbulkan kekacauan. Jika benar, siapa bawa mereka?

5.     Bagaimana anda menerangkan sikap polis yang berbeza sebelum dan selepas gas pemedih mata dilepaskan. Apakah arahan yang diberi?

6.     Mengapakah kerajaan melalui media perdana tidak sanggup untuk memberikan gambaran menyeluruh insiden?

"Jika Bersih 2.0 perlu menjawab banyak persoalan, maka pihak kerajaan juga mempunyai banyak soalan yang perlu dijawab," tegas Ambiga.

Membalas tuduhan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bersih 2.0 telah mungkir janji dalam memastikan perhimpunan awam, Ambiga menjawab tidak.

"Hari itu, polis yang ditugaskan dengan amanah untuk menjaga kita, mengkhianati kita dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sukakan keamanan," tegas beliau.

Mengenai insiden benteng Dataran Merdeka diceroboh, Ambiga berkata walaupun Bersih 2.0 melihat perintah mahkamah tersebut tidak sah, tapi gabungan menuntut pilihanraya bersih dan adil telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan melepasi benteng polis Dataran Merdeka.

"Terlalu banyak perkara yang berlaku di insiden tersebut… kita akan memberikan komen selepas semua bukti dikemukakan," kata beliau.

Isnin lali, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menafikan tuduhan bahawa mereka memberikan isyarat kepada peserta demo untuk menceroboh benteng Dataran Merdeka.

FOR SHOW ONLY: Najib’s Minimum Wage Won’t Change The Game – Pakatan

Posted: 01 May 2012 09:03 PM PDT

Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat welcomes the long overdue announcement of a minimum wage rate at RM900 for Peninsula Malaysia and RM800 for Sabah and Sarawak by Prime Minister Dato’ Seri Najib Razak yesterday.

However, Pakatan Rakyat is of the view that it is long overdue, the effective rate amounts to no change in reality and the policy is implemented in a piecemeal manner.

First, the announcement is long overdue.

The now discarded New Economic Model, which was prepared by the now defunct National Economic Advisory Council, stated that “Malaysia is stuck in a middle income trap. Malaysia briskly climbed the ladder to attain upper middle status by 1992, but its economy has become sluggish since then.”

The lack of a minimum wage policy, the dependence on foreign unskilled labour, and the resulting inability to automate and move up the technological ladder were the key contributing factors of a stagnated Malaysian economy since the 1990s.

With the passing of Minimum Wage Act by Parliament in June 2011, the Federal Government was scheduled to announce a minimum wage rate by December 2011. PM Najib’s statement yesterday came half a year late, and seems to be just another pre-election announcement.

Second, the announcement yesterday amounts to very little in reality.

The most important finding that eventually convinced the Najib administration to implement the minimum wage policy was a Human Resources Ministry study that found a third of the workers were living with a wage of about RM700, below the poverty line.

The announced minimum wage rate of RM900 for the Peninsula and RM800 for Sabah and Sarawak is actually inclusive of allowances, which effectively means the basic wage is still between RM700 and RM800.

This means, the purported changes were almost no change at all. Pakatan Rakyat on the other hand proposed a minimum wage of RM1100 (total compensation).

Third, to be effective, minimum wage policy must not be implemented in isolation and in a piecemeal manner.

Pakatan Rakyat recognises that a minimum wage policy that is effective must be implemented in a package holistically.

Thus, already in October 2011, Pakatan Rakyat in our alternative national budget proposed that:

a) a clear and determined policy to stop dependence on foreign unskilled labour which results in a “race to the bottom” in terms of wage;

b) a Facilitation Fund to be set up to help employers including those in the manufacturing and services industry to automate and to improve on technologies, provide tax breaks as well as other financial assistance, shall also be considered;

c) to provide for child care and other facilities to facilitate female participation in the workforce to tap into the total strength of Malaysian workforce.

Pakatan Rakyat also acknowledges the reality that minimum wage is not the silver bullet to improve the wellbeing of the workers, otherwise the government is merely outsourcing its welfare role to the private sectors which eventually translates into additional cost for doing business.

The government has a role to improve public transport, public health care, public education and public housing. Failure in those areas resulted in the erosion of disposable income of the workers.

Finally, the government needs to remove the various monopolies that benefit only the cronies at the expense of the low-wage earners’ disposable income.

A holistic policy framework, as proposed by Pakatan Rakyat, will mean more income and more disposable income for Malaysian workers, which will in turn boost domestic consumption and drive the growth prospect of the economy.

Dr Dzulkifli Ahmad – PAS – MP for Kuala Selangor

Rafizi Ramli – PKR’s Strategic Director

Liew Chin Tong – DAP – MP for Bukit Bendera

on behalf of Pakatan Rakyat Manifesto/Policy Committee

BERSIH 3.0: Hari Merdeka Rakyat 28 April 2012

Posted: 01 May 2012 08:06 PM PDT




Tiada ulasan:

Nuffnang