. |
- APA ITU FATWA?
- Bapa kafir: Kemarahan merebak ke Pulau Pinang
- Ideologi homoseksual ini dibawa oleh beliau (Irsyad Manji) atas nama agama???
- ANAK pertahan peneroka fail injunksi ambil durian runtuh
Posted: 19 May 2012 12:38 AM PDT Definisi Fatwa Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. Dari Segi Istilah Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan(MKI) Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan melibatkan kepentingan seluruh persekutuan. Soalan-Soalan LazimS: Apakah nama sebenar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? J: Nama sebenar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia atau ringkasnya disebut Jawatankuasa Fatwa MKI dan sering disebut sebagai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. S: Bilakah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ditubuhkan? J: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada awal tahun 1970 di bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). S: Apakah tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? J: Tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ialah menimbang, memutus dan mengeluar fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkanya bersama-sama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja. S: Apakah Status Keputusan Fatwa Kebangsaan? J: Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bukan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dan ia merupakan keputusan bersama sesama Mufti dari setiap negeri yang menganggotai Jawatankuasa tersebut. Keputusan/ pandangan tersebut tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut mengikut kaedah pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. S: Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia. J: Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti. S: Berapa kali Jawatankuasa Fatwa MKI bermuzakarah setahun? J: Mengikut perancangan, Jawatankuasa Fatwa MKI dijadualkan bermuzakarah sebanyak 6 kali setahun ATAU mengikut keperluan dan isu-isu berbangkit. S: Bagaimana proses Jawatankuasa Fatwa MKI membuat keputusan? J: Jawatankuasa Fatwa MKI dalam membuat sesuatu keputusan/ memberikan pandangan hukum terhadap sesuatu isu/ perkara adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Hasil kajian tersebut terlebih dahulu diteliti dan dibincang oleh Panel Kajian Akidah (PKA) atau Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa MKI untuk diputuskan. Sesuatu keputusan/ pandangan hukum itu hanya akan diputuskan setelah Jawatankuasa berpuashati mengenainya. Keputusan/ pandangan hukum adalah keputusan yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. S: Apakah e-Fatwa? J: e-Fatwa ialah satu laman web yang memuatkan keputusan/ pandangan hukum Jawatankuasa Fatwa MKI dan Fatwa Negeri-Negeri sama ada yang diwartakan atau tidak diwartakan serta maklumat berkaitan dengan program/ aktiviti Institusi Fatwa di negara ini. e-Fatwa boleh diakses melalui alamat URL http://www.e-fatwa.gov.my/ ATAU melalui Laman Web JAKIM ATAU laman-laman web Jabatan-Jabatan Mufti di seluruh Malaysia. | ||
Bapa kafir: Kemarahan merebak ke Pulau Pinang Posted: 18 May 2012 08:30 PM PDT PULAU PINANG: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula. Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama. (Akhbar NST dibakar oleh penunjuk perasaan) Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam. Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah. Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani. (Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak) Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun. Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini. Biadab (Demo membantah NST di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat semalam) "Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan. "Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu. Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali. Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN). "Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya. Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan. Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10418-bapak-kafir-kemarahan-merebak-ke-pulau-pinang | ||
Ideologi homoseksual ini dibawa oleh beliau (Irsyad Manji) atas nama agama??? Posted: 18 May 2012 08:09 PM PDT "Ideologi homoseksual ini dibawa oleh beliau (Irsyad Manji) atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah untuk sebaran di Malaysia" "Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia)" "Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya,ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini" "Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yg dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata - rata laman sosial untuk diraikan" Ustaz Nasrudin Tantawi | ||
ANAK pertahan peneroka fail injunksi ambil durian runtuh Posted: 18 May 2012 07:59 PM PDT Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan tindakan peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan. Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu. Menurutnya, wang itu berasal dari Felda sendiri kerana penyenaraian FGVH masih belum berlaku dan sehingga kini tiada wang dijana daripada cadangan itu. "Wang yang diistilahkan 'durian runtuh' itu semua peneroka berhak dapat. Itu duit peneroka dan peneroka kena ambil," kata Mazlan kepada Malaysiakini. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000. Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara. Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000. Permohonan injunksi itu, yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat. Source: http://malaysiakini.com/news/198338 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan