Ahad, 13 Mei 2012

.

.


Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0' -

Posted: 13 May 2012 03:47 AM PDT

Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz Nik Mat
GOMBAK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

"Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. "Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul," katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

"Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah," katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

"Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat," katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

"Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai  tuntutan-tuntutan Bersih.

"Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama," katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan  yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-akan-ada-bersih-4-0-1.47406

Pemuda Pas: Karpal perlu hormat hak Hadi

Posted: 13 May 2012 03:46 AM PDT

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss
Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss
SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas membidas sikap Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan melaksanakan undang-undang hudud jika semua syarat lengkap apabila berkuasa kelak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Karpal tidak wajar menyatakan pandangannya secara terbuka terhadap Presiden Pas.

"Sebagai Presiden Pas, beliau berhak mengeluarkan kenyataan berhubung dasar perjuangan Pas.

"Sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) pula, Presiden Pas berhak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam PR," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, Karpal menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika PR memerintah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

Raja Ahmad berkata, Pas menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP dan prinsip perjuangan mereka.

"Justeru, Dewan Pemuda Pas meminta Karpal Singh turut menghormati pandangan Presiden Pas dan pandangan beliau terhadap perjuangan Pas.

"Dewan Pemuda Pas mengingatkan, kenyataan Karpal tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau boleh mengeruhkan hubungan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap PR.

"Lebih dari itu, teguran Karpal mengguris hati ahli Pas serta umat Islam di negara ini umumnya," katanya.

Raja Ahmad menambah, dasar Pas sejak dahulu sehingga kini jelas iaitu untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Pas tidak pernah menggadai prinsipnya serta membohongi rakyat tentang prinsip Islam yang diperjuangkan walau dengan siapa ia bersahabat," katanya.

Raja Ahmad juga menasihatkan Karpal supaya memberikan fokus terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 serta isu-isu untuk kepentingan rakyat negara ini kerana ia lebih utama daripada mengkritik sesama sendiri.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/pemuda-pas-karpal-perlu-hormat-hak-hadi-1.47600

Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

Posted: 12 May 2012 09:04 AM PDT

http://promupm.wordpress.com, 12 Mei 2012
Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.
Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus
Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas 'main sorok-sorok, pancing umpan baik punya'.



Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.
Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.
Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!
Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10263-sambutan-hari-umno-66-memperalatkan-mahasiswa-upm

Tiada ulasan:

Nuffnang