Ahad, 29 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Forum Perdana 1 Mei 2012 di Masjid Senawang

Posted: 28 Apr 2012 07:28 AM PDT


FORUM PERDANA
Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tajuk : Solat Mencegah Kemungkaran dan Kekejian. Di manakah Kita?

Ahli Panel :
Ustaz Zamri Zainal Abidin (mantan pengacara Radio IKIM FM)
Ustaz Khusairi Hamthan (pentazkirah Radio Malaysia Negeri FM)

Moderator : Ustaz Danial Farhan Dolmat

Semua dijemput hadir

Seminar Penghayatan Solat 1 Mei 2012 di Seremban

Posted: 28 Apr 2012 07:24 AM PDT


SEMINAR PENGHAYATAN SOLAT

Tarikh : 1 Mei 2012, Selasa (Hari Cuti Umum)
Masa : 8 pg - 6 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban

Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja
~ Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri
~ Ustaz Shuhadak Mahmud
~ Ustaz Khusairi Hamdan
~ Ustaz Mohd Zaidi Ramli

Yuran Penyertaan RM 60

Slot Khas Easy Solat untuk Remaja 10 - 17 tahun turut berlangsung sepanjang seminar dengan yuran penyertaan RM 30 terhad 100 peserta

Sila hubungi ; Hafiz 016-9276965 , Hafizi 019-3337427 , Safrizal 019-6720233 , Rahizah 013-2717251

Anjuran : Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah dan Sekolah Rendah Islam Intergrasi Tahfiz Darul Ulum

Belanja RM750 Juta Setahun PLKN Tidak Masuk Akal

Posted: 28 Apr 2012 02:13 AM PDT


Kerajaan telah membelanjakan RM752,922,000.00 untuk PLKN dalam satu tahun sahaja, iaitu pada tahun 2011. Dengan RM752,922,000.00 ini sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan penuh PTPTN selama 1 tahun kepada seramai 150,584 orang pelajar yang mengambil pengajian peringkat Diploma di IPT.

Belanja RM750 Juta PLKN Tidak Masuk Akal
June 29, 2011
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.

Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.

Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.

Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.

"Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.

"Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta," katanya.

Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.

"Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.

"Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai," katanya.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.

"Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta," katanya. -SH

Tiada ulasan:

Nuffnang