Mohamad Taufek Abd Ghani |
Zahid Hamidi perlu perjelas rasional RM 8 bilion kereta perisai Posted: 22 Apr 2012 12:03 AM PDT Siapa yang kelirukan rakyat, Zahid Hamidi atau blogger propembangkang? Siapakah blogger propembangkang tersebut? Susah sangatkah Zahid Hamidi nak jelaskan kenapa Indonesia menawarkan kereta perisai mereka pada harga RM 2.4 juta, sedangkan projek kereta perisai yang akan dibuat oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM 31.13 juta sebuah atau RM 8 bilion untuk 257 buah kereta perisai? Adakah RM 8 bilion tersebut kos pembinaan, kos membina kilang membuat kereta perisai, kos membeli tanah untuk membuat kilang, kos blueprint atau termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai? Jika ianya termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai, adakah Malaysia akan beroleh keuntungan dari industri pembikinan kereta perisai ini apabila ianya dipasarkan keluar negara? Berapa sebenarnya kos sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibuat di Malaysia? Berapa kos sebenarnya sebuah kereta perisai AV8 ini jika dibeli terus dari Turki? Rakyat tak tanya apa kod senjata yang digunakan oleh kereta perisai tersebut, kerana ini rahsia ketenteraan. Rakyat tak tanya apa perisian komputer yang digunakan oleh kereta perisai tersebut kerana ini juga rahsia ketenteraan. Jika negara lain boleh memberikan kos pengeluaran kereta perisai mereka dengan spesifikasi yang asas , kenapa Malaysia tidak boleh? RM 31.13 juta RM 2.4 juta 'Jangan kelirukan rakyat dengan isu kereta perisai' 20 April 2012 KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta blogger propembangkang supaya jangan mengelirukan rakyat dengan isu perolehan kereta perisai pacuan roda 6x6 dengan kereta perisai buatan Malaysia, AV8. Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji kesesuaian kereta perisai 6x6 untuk kegunaan tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan manakala projek kereta perisai AV8, yang bernilai RM8 bilion, merupakan rancangan pembangunan kereta perisai buatan Malaysia untuk jangka panjang. "Mereka harus memahami bahawa AV8 adalah Armoured Personnel Carrier (APC) yang mempunyai 12 varian untuk pelbagai kegunaan yang sesuai untuk penyediaan tentera masa depan atau program 'future soldier' di Malaysia manakala APC 6x6 adalah untuk kegunaan Unifil di Lebanon," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini. Perjanjian itu bakal memberikan kemudahan perbincangan bagi program-program kerjasama dalam penyediaan latihan untuk jurulatih JLKN. Ahmad Zahid diminta mengulas blog-blog pembangkang yang memetik sumber media Indonesia bahawa kerajaan memilih 32 buah kereta perisai Anoa buatan PT Pindad, Indonesia kerana harganya lebih murah daripada AV8.
Beliau berkata kerajaan menilai beberapa kereta perisai 6x6 dari luar negara termasuk Anoa dari Indonesia tetapi belum membuat keputusan mengenainya. Ahmad Zahid menjelaskan keperluan kereta perisai 6x6 untuk askar Malaysia di Lubnan sangat mendesak kerana kereta perisai sedia ada iaitu Condor, yang digunakan sejak 1980-an sudah tidak sesuai. Beliau berkata pembangunan kereta perisai canggih AV8 pula mungkin mengambil masa panjang iaitu mungkin 15 tahun. "Prototaip dijangka siap pertengahan tahun depan tetapi untuk Unifil, Condor tidak sesuai kerana ia 4x4. Kita perlukan 6x6, oleh itu kajian spesifikasi dibuat termasuk menentukan kemampuannya bergerak di Lubnan," katanya.- Bernama http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-kelirukan-rakyat-dengan-isu-kereta-perisai-1.41688 Projek RM8 bilion kereta perisai KUALA LUMPUR 20 April - DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016. Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan dengan 12 varian kegunaan. MALAYSIA PESAN 23 UNIT PANSER PINDAD 07 Agustus 2011 TEMPO Interaktif, BANDUNG- Pemerintah Malaysia memesan 23 unit panser buatan PT Pindad tahun ini. "Prosesnya sudah sampai Perdana Menteri Malaysia, Departemen Pertahanan mereka sudah oke," kata Direktur Utama Pindad Adik Avianto Soedarsono di Bandung Ahad 7 Agustus 2011. Panser yang dibanderol Rp 7 miliar (RM2.4 juta) per unit itu, menurut Adik, makin diminati setelah diakui oleh Perserikatan Bangsa-Bangsa. Adik mengatakan panser buatan putra-putri Indonesia itu telah digunakan dalam menjaga perdamaian di Lebanon. "Sebanyak 13 unit telah digunakan di Lebanon," katanya. http://tempointeraktif.com/hg/bisnis/2011/08/07/brk,20110807-350489,id.html Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh PORT DICKSON, 7 Nov 2009 (Bernama) - Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin. Pembelian kereta perisai Sibmas pada tahun 1980an pernah menimbulkan kontroversi kerana penggunaannya sebagai kenderaan bantuan tembakan didapati tidak begitu praktikal. Malaysia merupakan satu-satunya negara pengguna Sibmas yang dibuat di Belgium. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan