Ahad, 22 April 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


USUL-USUL DI MESYUARAT PAS KAWSAN PANDAN PADA 21 APRIL 2012.

Posted: 21 Apr 2012 09:11 PM PDT

Setelah dibahaskan, usul-usul berikut telah diluluskan untuk diterima,

USUL 1
Memastikan kerjasama atau penglibatan PAS dan ahli-ahli PAS dengan atau di dalam apa saja program atau usaha sama mana-mana kementerian, jabatan, agensi, anak syarikat atau apa saja entiti yang dilihat sebagai cenderung kepada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional atau Kerajaan Negeri Barisan Nasional mestilah tidak merugikan PAS, memberi platform kepada Barisan Nasional dan pimpinannya atau memberi sebarang kesan yang negatif kepada PAS dengan mengadakan perbincangan terperinci dan mendalam di peringkat Parti.


USUL 2
Menggesa PAS mengusahakan penubuhan satu pertubuhan, persatuan, majlis atau badan yang akan menjadi payung kepada persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia bertujuan untuk memastikan kepentingan Islam itu terjamin dan cita-cita Islam itu direalisasikan serta menjamin mereka terlindung dari dieksploitasi oleh  Barisan Nasional.


USUL 3
Menggesa parti-parti Pakatan Rakyat menandatangani satu piagam yang mengandungi polisi-polisi terperinci yang dipersetujui bersama untuk dipatuhi oleh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan dibentuk sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sepertimana "Coalition Agreement" yang ditandatangani oleh Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat di Britain yang bertujuan untuk mengawal pimpinan kerajaan supaya bertindak menurut persetujuan bersama parti-parti tersebut.




Tiada ulasan:

Nuffnang