Jumaat, 13 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Settler dies in front of PM’s office

Posted: 12 Apr 2012 09:40 PM PDT





Settler dies in front of PM's office
April 13, 2012

Mohd Nordin Bakri's hope of seeing the prime minister's intervention to resolve his land woes turned tragic when he collapsed and died in front of the PM's office.

PUTRAJAYA: A settler's hope of seeing a land issue, which has been dragging on for more than three decades, resolved turned tragic when the father of five collapsed and died outside the Prime Minister's Office here.

What irked his fellow settlers was that the police personnel present did not offer to help while the ambulance only arrived some 20 minutes later.

The deceased Mohd Nordin Bakri, 54, was among 200 settlers from Kampung Serampang Indah (formely known as GATCO) near Jempol, Negeri Sembilan, who chartered four buses and travelled 150km in the hope of meeting Prime Minister Najib Tun Razak yesterday.

They wanted to hand over a memorandum and call for the premier's intervention into the land matter.

However, they could not meet Najib as he was attending to official matters but managed to hand over the memorandum to the premier's private secretary Mohammed Amir Haron.

As a six-member delegation met Amir near the security post, Nordin suddenly collapsed and those present rushed to his aid. They carried him to the security post and asked for an ambulance.

"I was very disappointed that medical help came late. After I informed the security personnel and Amir, the ambulance only came more than 20 minutes later," said Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani, who was also present.

"I also regret that despite the presence of a large number of police personnel, none of them offered to give Nordin first aid," added the PAS leader.

Meanwhile, Kampung Serampang Indah (GATCO) action committee secretary C John told FMT that Amir promised to raise the matter with Najib and issue a reply within two weeks.

On March 28, FMT reported that the settlers held a peaceful demonstration in front of the Negeri Sembilan Menteri Besar's office urging the state leader to intervene and help them.

A total of 400 settlers bought a 10 acre agricultural land from GATCO in 1977. The bumiputera settlers paid RM4,000 and the non-bumiputera settlers forked out RM7,600 for the land.

However in 1983, GATCO declared bankruptcy and the size of the land was reduced to eight acres per settler. In 2004, the land was auctioned. The settlers paid RM320,000 (earnest deposit) to Singam and Young Associates who was the auctioneer.

'Where is justice for us?'

"When we wanted to pay the second installment, the auctioneer refused to receive the second payment. Later the land was auctioned to Thamarai Holdings Sdn Bhd for RM16 million.

"The basis of our argument is that the government, especially the Negeri Sembilan state government and Menteri Besar Mohd Hasan should take responsibility on the basis that the land originally belonged to the state government," said committee chairman Abdul Rahman Ali Mohamad.

Under the previous menteri besar, he said, the state government leased the land for 99 years to Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

"Later PKNNS leased the land for 66 years to GATCO. It's clearly stated in the terms and conditions that GATCO should develop the land for the settlers," he added.

Rahman said when GATCO went bankrupt, the state government and Dana Harta should have given the settlers the first choice with regard to owning the land.

"We paid the money for the land 35 years ago and now we are willing to pay RM18 million to get back our land. Why did the government allow this to happen? Where is justice for us?" he asked.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/13/settler-dies-in-front-of-pms-office/

Program Al-Habib Umar Bin Hafidz Khusus Di Negeri Sembilan

Posted: 12 Apr 2012 08:22 PM PDT



MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

Program Al-Habib Umar Bin Hafidz Khusus Di Negeri Sembilan Akan Diadakan Pada Tarikh ,Masa Dan Tempat Seperti Berikut :
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Jam 5.30 Ptg Sehingga Jam 11.00 Mlm
Tempat : Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

ATUCARA MAJLIS MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW
BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

30 JAMADIL'AWWAL 1433 H
22 APRIL 2012 (AHAD)

5.30 petang : Ketibaan Para Jemputan
6.00 petang : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah
Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 perang : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 petang : Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 malam : Qasidah dan Salawat
7.10 malam : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 malam : Solat Maghrib Berjemaah
7.55 malam : Majlis dimulakan oleh Pengerusi Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud
Pengasas Sahah Al Ja'afaryyah Negeri Sembilan
8.00 malam : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pen.USIM
8.20 malam : Maulid Dhiaulla'mie bimbingan Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 malam : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 malam : Solat Isya berjemaah
11.00 malam : Jamuan / Bersurai

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Peneroka ‘tumbang’ ketika piket aman

Posted: 12 Apr 2012 08:22 PM PDT

Peneroka 'tumbang' ketika piket aman
13 April 2012

PUTRAJAYA: Seorang peneroka Ladang Gatco Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai himpunan aman di perkarangan Kompleks Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Nordin Ahmad Bakri, 54, yang juga Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Serampang Indah dikatakan rebah pada jam 11.45 pagi ketika hampir 100 peneroka lain berkumpul di pekarangan pintu masuk kompleks berkenaan untuk menyerahkan memorandum mengenai isu tanah ladang berkenaan.

Seorang wartawan sebuah akhbar yang menyaksikan kejadian itu berkata, sebaik melihat keadaan mangsa, peneroka lain dalam kumpulan berkenaan terus memberikan pertolongan.

"Pada mulanya mangsa dilihat masih bernafas, malah peneroka lain dalam kumpulan itu berusaha memberikan bantuan kecemasan segera. "Mangsa kemudian dibawa anggota kumpulan itu dibantu anggota Polis Bantuan ke Balai Pengawal Keselamatan berhampiran Pejabat Perdana Menteri untuk diberikan rawatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi berkata, doktor yang tiba di lokasi berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. "Jenazah Mohd Nordin dibawa ke kampungnya di Jempol untuk urusan pengebumian," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peneroka__8216_tumbang__8217_ketikapiketaman/Article/index_html

Friday April 13, 2012
Man dies during peaceful protest in Putrajaya

PUTRAJAYA: A 54-year-old man collapsed and died outside the Prime Minister's Office where he was participating in a peaceful demonstration.

Mohd Nordin Ahmad Bakri, of Kampung Serampang Indah (formerly known as Kampung Gatco), Seremban, fainted under a tree where he was standing.

He was part of a group of Gatco settlers who had travelled from Seremban to submit a memorandum to the Prime Minister.

The group, comprising adults and children, had been holding banners and chanting slogans for about 20 minutes before Mohd Nordin collapsed.

The cause of death could not be ascertained yet.

The group handed over a memorandum, seeking Datuk Seri Najib Tun Razak's help to restore their rights over their land.

The memorandum was received by the prime minister's private secretary Mohd Amir Harun, said Francis.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/13/nation/11095941&sec=nation#133428433736329&if_height=542

Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM

Posted: 12 Apr 2012 02:38 AM PDT

Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM
Harakahdaily, 12 Apr 2012

PUTRAJAYA, 12 April: Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM.

Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal.

Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan oleh doktor yang datang kira-kira jam 12 tengah hari.

Sementara itu, himpunan hari ini adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9509-peserta-himpunan-meninggal-di-hadapan-jpm

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan

Cerita masalah pekerja ladang di N.Sembilan sebelum ini :
Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

*****************************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

"Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan," katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

"Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya," katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

"Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti," katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

"Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia," katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

"Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa," katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

"Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris," katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

"Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

"Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran," katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

"Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7566955.asp

Tak dapat wang sagu hati

Posted: 12 Apr 2012 02:36 AM PDT



Tak dapat wang sagu hati
12 April 2012

Kendong (DUN Kota), N.Sembilan - Seorang bekas askar tidak berpencen kesal dan kecewa apabila nasibnya bersama lebih 132,000 individu dalam kategori berkenaan di Semenanjung Malaysia masih belum mendapat wang sagu hati daripada kerajaan.

Bekas askar berkenaan, Mohd Yusof Ujud, 68, berkata, lebih membuatkannya kecewa dan kesal lagi apabila pada 29 Mac lalu, pertemuan anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Seremban tidak membawa khabar menggembirakan buat bekas askar tidak berpencen.

Menurutnya, wang yang diterima oleh persatuan daripada pihak kerajaan tidak diserahkan terus kepada mereka sebaliknya persatuan mengumumkan di dalam pertemuan berkenaan untuk menyalurkan wang itu dengan menubuhkan koperasi.

"Saya sangat kesal dengan pengumuman ini sedangkan wangnya sudah pun diperoleh dan wajarlah bagi kami bekas askar tidak berpencen menerima sedikit wang sagu hati yang mahu diberikan oleh pihak kerajaan.

"Malah, sepanjang lebih 30 tahun saya menyerahkan seragam, saya tidak pernah bercita-cita menuntut sagu hati daripada kerajaan. Namun, ia berubah apabila kerajaan menyalurkan sagu hati kepada bekas polis zaman darurat; bekas Kemas dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Rumah Rakyat Kendong, dekat sini, semalam.

Yusuf menerima Skim Bantuan Kebajikan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran sebanyak RM100 selama tiga tahun yang mana bantuan berkenaan bakal berakhir Mei ini.

Justeru itu, Yusof memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun permohonannya ditolak. Kini Yusuf yang uzur tidak bekerja dan isterinya menjual kuih secara kecil-kecilan.

Yusof berkata, dia juga berasa agak kecil hati apabila pihak kepimpinan persatuan juga menyatakan sekiranya wang disalurkan secara terus kepada mereka, ianya akan dikhuatiri habis begitu sahaja.

Katanya, diharap nasib bekas askar tidak berpencen akan mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Pertahanan.

"Saya sayang Najib sebab di bawah kepimpinan beliau, gaji peringkat bawahan askar pun mencapai RM1,500 berbanding saya dahulu yang hanya menerima sebanyak RM75.

"Bagaimanapun, saya kesal sekiranya kesemua bekas askar tidak berpencen tidak menerima wang sagu hati seperti mana yang diterima oleh bekas polis dan bekas Kemas," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tak-dapat-wang-sagu-hati-1.39394

Tiada ulasan:

Nuffnang