Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Pendidikan percuma mampu direalisasikan
- Deaths at NS camps taken lightly?
- JANJI DITEPATI? Jalan Pasir Panjang – Linggi, Port Dickson
- SIRI JANJI DITEPATI? Perumahan terbengkalai di Sabah?
- PTPTN, Muflis, PM atau Timbalan Menteri yang bohong?
Pendidikan percuma mampu direalisasikan Posted: 11 Apr 2012 06:11 PM PDT Pendidikan percuma mampu direalisasikan April 11, 2012 Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa kos purata PTPTN setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion sahaja. Sejak dua minggu isu panas perbualan orang ramai, yang didebatkan oleh pemimpin parti politik dan menjadi liputan utama media massa ialah isu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Walaupun cadangan memansuhkan PTPTN adalah cadangan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat; pemimpin Umno dan media kawalan Umno mensasarkan serangan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Hujah yang dimainkan oleh pemimpin Umno ialah negara akan bankrap jika PTPTN dimansuhkan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak memberikan gambaran bahawa PTPTN mustahil dimansuhkan oleh Pakatan kerana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM43 billion. Sekali dengar memang seperti mustahil. Walaubagaimanapun Najib tidak menyatakan adakah RM43 billion itu adalah tunggakan setakat hari ini iaitu sejak pinjaman PTPTN mula dilancarkan atau kos pinjaman PTPTN setiap tahun adalah RM43 billion. Walaubagaimanapun kelmarin seorang pemimpin PKR, R Suresh Kumar mendakwa RM43 billion itu bukan kos PTPTN untuk setahun sebaliknya kos tertunggak selama 15 tahun. Semalam Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula berkata bahawa jumlah mpinjaman PTPTN sejak mula dikeluarkan sehingga ke hari ini adalah RM28 billion dan membidas Najib kerana cuba mengelirukan dan menakutkan rakyat dengan angka yang jauh lebih besar. Suresh Kumar dan beberapa pemimpin Pakatan mendakwa kos purata PTPTN untuk setiap tahun untuk membiayai pengajian mahasiswa adalah sebanyak RM3 billion. Ini bermakna jika Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya, jika mereka tidak menghapuskan PTPTN yang tertunggak sejak 15 tahun sekaligus pun, sekurang-kurangnya mereka boleh memansuhkan pinjaman PTPTN serta merta untuk pengambilan akan datang dan digantikan dengan biasiswa 100 peratus kepada penuntut yang layak menerima biasiswa (istilah asal PTPTN). Pakatan mampu serap kos pengajian Dengan pendapatan RM150 billion setahun adalah tidak mustahil kerajaanm Pakatan mampu menyerap kos RM3 billion setahun. Walaubagaimanapun ada banyak kaedah penjimatan untuk menampung kos pengajian percuma tanpa mengusik pendapatan tahunan negara. Pengerusi Jawatankuasa Isu PTPTN PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata dengan memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa seramai 629,052 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) direkodkan sehingga 29 Februari dan sebanyak RM4.36 billion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak program itu dilaksanakan. "Berdasarkan angka tersebut kos seorang pelatih PLKN selama tiga bulan adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat Ijazah selama satu tahun. "Jumlah RM4.36 bilion itu boleh menampung kos pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa Ijazah pertama di IPTA selama setahun. "Ini ialah kerana kerajaan membelanjakan RM6,931 bagi seorang pelatih yang menamatkan kursus selama tiga bulan di PLKN. "Sedangkan untuk Ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala untuk Diploma hanya RM5,000 setahun," kata Mohd Taufek. Mansuh program PLKN Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata dengan memansuhkan program PLKN yang setakat ini sudah meragut 18 nyawa pelajar sama ada ketika menjalani latihan di pusat latihan atau selepas pulang ke rumah selepas latihan tamat; kos PLKN sebanyak RM4.36 billion itu sudah cukup untuk menampung kos pengajian mahasiswa di IPTA. "Walaupun hanya RM3 billion sahaja yang diperlukan tetapi dengan menambah satu billion lagi, ia mampu menampung pengajian pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di IPTA untuk meneruskan pengajian di IPTS. "Malah dengan peruntukan tambahan RM1 billion yang dijimatkan daripada kos PLKN itu mampu membiayai pelajar bukan Melayu yang sering merungut apabila nama mereka tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat biasiswa. "Maka isu pelajar bukan Melayu yang tidak mendapat biasiswa juga dapat diatasi apabila kos PLKN ini digunakan untuk menampung biasiswa", ujar Mohd Taufek lagi. Mohd Taufek juga mempertikaikan sikap Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melatah kononnya negara akan bankrap jika Pakatan menghapuskan PTPTN. "Walaubagaimanapun Najib dan Muhyiddin menikus apabila Laporan Audit Negara sebelum ini mengesahkan kerajaan kerugian sebanyak RM28 billion akibat ketirisan. Mereka tidak kisah dalam isu "write off" hutang RM589 juta bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli. Mereka juga tidak kisah memberikan dana besar RM250 juta kepada kroni Umno dalam projek NFC, tetapi dalam isu kebajikan pelajar dan rakyat terbanyak, bukan main berkira pemimpin Umno. "RM28 billion itu boleh melangsaikan pinjaman PTPTN setakat hari ini iaitu sebanyak RM28 billion. "Jika RM28 billion itu tidak digunakan untuk "write off" pinjaman tertunggak PTPTN sekaligus sekali pun, RM28 billion itu boleh membiayai pinjaman PTPTN dalan bentuk biasiswa untuk sembilan tahun dengan kos RM3 billion setahun. "Penjimatan daripada ketirisan dan kos PLKN hanyalah sedikit contoh bagaimana kita boleh mencari sumber kewangan untuk memberikan pendidikan percuma (biasiswa). Tutup kelemahan "Alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyiddin hanyalah alasan semata-mata untuk menutup kelemahan masing-masing," kata Mohd Taufek lagi. Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berkata alasan yang diberikan oleh Najib dan Muhyidin langsung tidak dibeli dengan mudah oleh golongan mahasiswa dan mahasiswi. "Mereka tahu apa yang berlaku dalam negara dan bagaimana kekayaan negara tidak diuruskan dengan baik dan telus. Mahasiswa juga tahu soal ekonomi dan jangan fikir mereka tidak tahu langsung soal pengurusan kewangan. "Kenyataan Najib dan Muhyiddin bahawa negara akan bankrap jika PTPTN dihapuskan dan jika Pakatan memberikan pendidikan percuma adalah mengarut sama sekali. Kenyataan yang mengelirukan tanpa fakta sebenar," ulas Mohd Taufek lagi. Justeru itu idea Pakatan untuk memansuhkan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma dari pra sekolah sehingga peringkat universiti mampu dilaksanakan dan logik. Hanya orang yang tidak tahu soal pengurusan ekonomi, kewangan dan tidak mengambil tahu tentang ketirisan dalam pentadbiran negara sahaja yang akan berkata bahawa idea tersebut adalah tidak logik dan tidak boleh dilaksanakan. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/11/pendidikan-percuma-mampu-direalisasikan/ |
Deaths at NS camps taken lightly? Posted: 11 Apr 2012 06:10 PM PDT Deaths at NS camps taken lightly? April 12, 2012 The NS programme needs a 're-evaluation' and cannot continue under the present circumstances which has left both the parents and trainees worried. The country's money-spinning and disastrous National Service (NS) programme has once again made news for the wrong reason. A trainee, R Vinoth, 18, last month died of suspected leptospirosis which is caused by rat poisoning. Since its inception, the NS programme has been plagued with casualties and problems. Trainees had died due to food poisoning, had been raped, sexually assaulted, drowned and suffered fatal injuries during training. There was even a racial brawl that broke out among the trainees and still the man who masterminded this ill-conceived programme, the then defence minister and current Prime Minister Najib Tun Razak finds no reason to re-evaluate or simply terminate the NS programme. Between 2004 and 2008, a total of 339,186 youths had undergone NS training. Statistics show that as of June 2008, 17 deaths had taken place since the NS inception in 2004. Twelve trainees died in the camps and five others died during breaks or within days of completing their training. Najib, even the present Defence Minister, Ahmad Zahid Hamidi, is least disturbed with the fatalities taking place during NS training. That explains Ahmad Zahid's remark that the government had no plans to review the NS training programme following Vinoth's death in the Terkok camp in Sungai Siput Utara in March. "The call to suspend or to review the programme is a step backward. We know certain matters cannot be avoided,'' was Ahmad Zahid's reply to a supplementary question from Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) during question time in Parliament. Is Ahmad Zahid through his "certain matters cannot be avoided" telling parents and future NS trainess that death at the NS camps is unavoidable? That is very creepy, coming from a minister looking after the nation's safety. How has re-evaluating or suspending a life-threatening programme become a step backward? It is Ahmad Zahid's thinking that has to "progress" from its present state. The most Ahmad Zahid decided to do was to omit water training modules for trainees slated for NS training next month. The Defence Ministry would now consider using swimming pools instead of man-made lakes for future water-based training activities. Why no concern, Najib? What will it take for Najib to acknowledge that the NS programme has done more harm than good? He continues to disregard calls for the programme to be axed as according to Najib, "many parties are involved". Just who are these "many parties" referred to by Najib? Who really is "benefiting" from the NS programmes – is it the "frightened" trainees or the suppliers of the various periphernalia related to the programme? Is the NS free of cronyism and corruption? Have certain quarters been awarded lucrative deals in all things related to the NS? Between 2004 and 2007, a sum of RM2.37 billion was spent on the NS programme. This despite Najib having said that the programme would not cost more than RM500 million a year. In 2004 some RM608.6 million was spent, 2005 (RM604.8 million), 2006 (RM588.2 million) and in 2007, some RM565 million was spent. Deaths at NS camps taken lightly In trying very hard to safeguard the "interest" of those "many parties", Najib in 2008 revealed his couldn't-care-less attitude when he dismissed the deaths of NS trainees. The premier said just because 16 participants had died, there was no reason to terminate the NS programme. To Najib, the 16 deaths represented a mere 0.004% of the 339,186 trainees who had gone through the programme since 2004. "Out of the figure, 11 trainees died in the camps while another five died outside the camps. Of the deaths reported in the camps, seven were due to illnesses and four due to accidents," was all that the prime minister could say. On Feb 15, 2010, NS trainee, Mohd Zulhaili Noraihan, 18, died at the Kem Wawasan Ovai in Papar, Kota Kinabalu. The camp personnel were held responsible over the participant's death, for their lackaidaisical attitude in providing medical aid. In January last year, a Sikh NS trainee Basant Singh woke up horrified to see his long hair snipped while he was asleep at the training camp in Penang. No apology was tendered by the National Service and Training Department nor by Najib to the trainee, his family and the Sikh community over the incident which violated the Sikh religious rights. Making matters worse was Najib's domineering wife Rosmah Mansor who defended the NS programme. Why did she do that? Is the Najib family a "stakeholder" in the NS programme, that is, the "many parties involved"? NS needs "re-evaluation" The NS programme needs a "re-evaluation" and cannot continue under the present circumstances which has left both the parents and trainees worried. The government's arm-twisting manner in forcing youngsters to attend the NS training is clearly in the "best interest" of the "many parties involved". Those who dodge training are liable to a fine of up to RM3,000 and or six months imprisonment. Exceptions are made strictly for those who have physical disabilities or serious medical ailments. From the original two years to a year and finally reduced to six months, the NS programme was meant to forge camaraderie between the traineees and arrest racial polarisation that has pervaded schools, colleges and universities in Malaysia. Honestly, has the NS succeded in its objectives? Instead, the lack of counsellors, imbalanced diet for the trainees, poor communication between the various secretariats and the absence of a code of conduct for camp commandants, directors, trainers, facilitators and supervisors have all contributed to NS being a flop. The National Service and Training Department which comes under the Defence Ministry has failed to solve the most basic of concern, that of hygiene at the training camps, resulting in cases of food poisoning being reported every year. In January 2009, 155 national service trainees at the Teluk Rubish camp near Lumut suffered from food poisoning after a meal of chicken chop at the camp's canteen. In 2005, fears were raised in Parliament about trainees being trained to use firearms, namely the M-16 rifles. Najib had claimed then that it was merely a pilot project but a DAP member revealed that the Parliamentary Select Committee on Unity and National Service had not been informed of the project. The firearms module has since become an official module in the programme. The trainees are also not required to seek qualified medical opinion when submitting a health status declaration. While they are required to undergo training at government hospitals, this however is not effectively reinforced. However, these "deficiencies" in the programme make no difference to Najib, who, in trying to portray the NS as a success, had then said: "I would like to inform the House that the programme has been well-received by the rakyat despite the cases of death. The confidence of the rakyat shows through the applications to voluntarily take part in the programme which has increased from 929 applicants (2007) to 1,137 ( 2008 )." Would Najib and Ahmad Zahidi, ike the rest of the parents, face sleepless nights if it was their child drafted to do NS, which ever since its formation has been nothing short of a nightmare? Jeswan Kaur is a freelance writer and a FMT columnist. http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/04/12/deaths-at-ns-camps-taken-lightly/ |
JANJI DITEPATI? Jalan Pasir Panjang – Linggi, Port Dickson Posted: 11 Apr 2012 03:50 AM PDT Kepada teman-teman serta warga Negeri Sembilan yang sering melalui jalan Pasir Panjang – Linggi di Port Dickson, mungkin boleh beri sedikit maklumbalas status projek tersebut yang terbengkalai sebelum ini. Di mana sebelum terbengkalai kosnya RM118 juta . Bila terbengkalai hendak dipulihkan semula kos tambahan ialah RM 200 juta pula. Selepas tambah RM 200 juta tersebut, adakah projek tersebut kini berjalan mengikut jadual? Adalah janji telah ditepati khususnya untuk penduduk di DUN Linggi, DUN Pasir Panjang? JALAN PASIR PANJANG-LINGGI SIAP 6 BULAN LAGI TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON 21 October 2010 Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012. Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut. 1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009 http://telokkemang.blogspot.com/2010/10/jawapan-jawab-lisan-isu-lebuh-raya.html Isnin, 12 April 2010 BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN TELUK KEMANG 10 April - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini. Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya. http://gajahputihn9.blogspot.com/2010/04/bakar-geran-rumah-protes-projek.html PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS Thursday, November 26, 2009 Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007. Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009. http://chegubard.blogspot.com/2009/11/pd-menjadi-mangsa-projek-runding-terus.html HARTAJAYA (M) SDN. BHD. E-Mail srsgroup@tm.net.my Contact Persons SRI RAM SARMA DATO' http://www.maicci.org.my/directory/view.php?id=337&keepThis=true&TB_iframe=true&height=450&width=575 Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD. CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270 PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120 ii) Kelas : A ROC : 155443X Maklumat Ahli Lembaga Pengarah: http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=32735 Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H) Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban http://smpkk.kkr.gov.my/subpkk/msInfo/admin/senaraihitam.php |
SIRI JANJI DITEPATI? Perumahan terbengkalai di Sabah? Posted: 11 Apr 2012 03:42 AM PDT Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300 dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai. Apakah hasilnya? Sejauh manakah kesahihan keluhan di bawah ini? Projek perumahan SPNB di Sandakan Aduan Rakyat , 11 April 2012 Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg. Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri " RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB. Lebih menyedihkan tiada seorangpun WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg terlibat dengan masalah ini. LOKASI projek Perumahan ini terletak dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat, mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj… By: Shitor Kalasang http://www.aduanrakyat.com.my/projek-perumahan-spnb-di-sandakan#more-12341 |
PTPTN, Muflis, PM atau Timbalan Menteri yang bohong? Posted: 11 Apr 2012 03:26 AM PDT PM kata kerajaan akan tanggung beban RM 43 bilion jika PTPTN dimansuhkan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan pula berkata seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion, membabitkan lebih RM5 bilion pinjaman (bukan RM 43 bilion). Dalam pada itu pula dari 11,764 graduan yang dikecualikan dari bayaran balik PTPTN kerana mendapat ijazah kelas pertama, 75 peratus adalah pelajar keturunan Cina , 20 peratus pelajar Melayu. Dan yang akan mendapat bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran hanyalah 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas SPM 2011 dari 468,808 calon, atau hanya 0.34 peratus. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi. Dengan RM 4.36 bilion juga hampir boleh melupuskan pinjaman PTPTN lebih RM5 bilion. ********************* PTPTN kecuali bayaran balik 11,764 peminjam dapat ijazah kelas pertama 2012/04/11
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada 11,764 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama sehingga Disember 2011 membabitkan jumlah bayaran lebih RM339 juta. Daripada jumlah itu seramai 8,818 pelajar berketurunan Cina, 2,347 (Melayu), 456 (India); 50 (Bumiputera Sabah); 34 (Bumiputera Sarawak) dan 59 (lain-lain), mendapat faedah daripada pengecualian bayaran berkenaan.
Prestasi bayaran balik pinjaman pula, sehingga Disember tahun lalu daripada 887,376 peminjam yang patut membayar balik pinjaman membabitkan lebih RM5 bilion, seramai 742,924 peminjam ataupun 83 peratus membayar balik pinjaman hampir RM3 bilion. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata dakwaan pembangkang bahawa pinjaman PTPTN adalah bebanan terhadap mahasiswa adalah satu dakyah politik, namun tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan.
PM: Mansuh PTPTN beban k'jaan, perlu RM43b Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.
Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan. http://www.freemalaysiakini2.com/?p=24019 2012/04/11 PUTRAJAYA: Ini termasuk bantuan kewangan (Bursary) secara automatik daripada Kementerian Pelajaran kepada 1,609 pelajar cemerlang SPM yang mendapat keputusan 9A+ ke atas.
Daripada jumlah itu 1,020 pelajar mendapat keputusan 9A+; 10A+ (492); 11A+ (90) dan 12A+ (7) yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan (prauniversiti) sebelum ditawar ke PILN atau PIDN.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM2_12bilionbiayapengajian/Article PUTRAJAYA: Seramai 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Dermasiswa (bursary) secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RezekipelajarcemerlangSPM/Article/index_html 559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+ Mac 21, 2012 - PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_berita/20120321104211&sec=mstar_berita |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan