:: cina islam | 2011 :: |
- Isa Samad sedang monopoli Felda - Mazlan
- Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM
- Gempa: Kerajaan Pulau Pinang ucap terima kasih
- Ramalan Daim, Bersih 3.0 dan Gelombang Rakyat
- Rumah terbengkalai: Johor patut ikut Selangor
- Nyaris makan roti berperisa lipas
- Bayi ‘mati’ hidup semula
- Gempa Bumi Kuat Di Mexico, Tiada Kerosakan Teruk
- Pengutip duit kutu diragut, kerugian RM20,000
- Kurung suami, ugut cedera anak
- Budak enam tahun mati lemas
- Gempa bumi sederhana di utara Lautan Hindi
- Taktik pukau sebelum samun
- Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi
- Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami
- Empat Korban Gempa Dirawat di Rumah Sakit Zaenal Abidin
- 64 warga asing ditahan
- MU hilang mata penuh, Man City ambil peluang
- Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar
- Mati dalam tandas hospital
- Skuad lebuh raya wanita perlu perubahan segera
- Pelan U Mobile serendah RM28
- Warga KL turut rasa gegaran
- Tukang urut dicekup
- Gambar palsu tersebar di Twitter
Isa Samad sedang monopoli Felda - Mazlan Posted: 12 Apr 2012 01:20 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -PUTRAJAYA, 12 April: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak menolak kemungkinan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sedang merancang untuk memonopoli Felda. [Gambar: Mazlan (tengah) dan rombongan menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada SPRM, di Putrajaya pagi tadi.] Menurutnya, ianya dapat dilihat dengan jelas ekoran beberapa tindakan Isa bermula dengan perlantikan Isa sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) seterusnya menjadi pengerusi KPF yang didakwa secara 'rampasan kuasa' pada 25 Ogos tahun lalu menggantikan Datuk Dzulkifli Abd Wahab. Selepas itu, dengan kuasanya Isa dakwa Mazlan telah bertindak menulis surat kepada Perdana Menteri agar mengrahkan Dzulkifli cuti belajar sembilan bulan.Selain Dzulkifli, Timbalan Pengarah Besar KPF Abidin Abdul Rahman pula turut ditukar menjadi pengumpul keratan akhbar di Perpustakaan di Jabatan Perdana Menteri. Terbaru pula dedah Mazlan, Isa menggunakan kuasanya menamatkan tiga wakil Lembaga Pengarah KPF dalam Felda Holding menerusi sepucuk surat bertarikh 22 Mac 2012.Mereka adalah Datuk Zainal Hassan, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Raja Sharifudin.Manakala pada mesyuarat antara Menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan pada 14 Disember 2011, Isa telah dilantik mewakili KPF dalam Invesment Holding Company (IHC) iaitu syarikat pegangan pelaburan selepas penyenaraian FGVH. Maklumat terbaru juga kata Mazlan, beliau mendapat maklumat bahawa Isa secara senyap-senyap telah menubuhkan syarikat Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggantikan Felda Plantations Sdn Bhd. Lebih memeranjatkan, 12 orang pengarah dalam Felda Plantations sebelum ini hanya tingal dua orang dalam syarikat baru itu iaitu Isa dan Datuk Sabri Ahmad."Bayangkan sekarang ini kuasa mutlak sedang berada di tangan Isa Samad dan Sabri Ahmad. "Ini baru sebelum penyenaraian, bayangkan selepas penyenaraian, apa mereka akan buat nanti," kata Mazlan.Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum menyerahkan laporan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Isa kepada SPRM. Antara penyelewengan yang didakwa Mazlan termasuk memberi pojek secara runding terus 'Ceria ke Sekolah' bernilai RM2,750 000 dan projek membekal multivitamin 'Proviton dan Vitamin C Flavettes Sugar' bernilai RM1,590,000. Selain itu, kos membeli buku coffee table 'Najib PM Malaysia ke 6' sebanyak tiga kali dengan nilai masing-masing RM118,750, RM142,500 dan RM91,437.50.Yang terakhir berkaitan kos jamuan hari raya di kediaman Isa di Port Dickson berjumlah RM353,375 dan isterinya datin Sri Bibi Sharliza RM17,875 yang didakwa lebih mahal dari biasa yang dibuat di ibu pejabat Felda sekitar RM30,000. Harakah Daily |
Peserta himpunan aman meninggal di hadapan JPM Posted: 12 Apr 2012 01:15 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -PUTRAJAYA, 12 April: Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung. Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun di perkarangan pintu masuk ke JPM. Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada pihak keselamatan yang berkawal. Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang kira-kira jam 12 tengah hari. Sementara itu, himpunan hari ini adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa Samad yang didakwa menjual tanah mereka.Harakah Daily |
Gempa: Kerajaan Pulau Pinang ucap terima kasih Posted: 12 Apr 2012 01:08 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -GEORGETOWN, 12 April: Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada penggerak industri utama di Pulau Pinang kerana mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menangani kejadian gempa bumi di Pulau Sumatera, semalam. "Pejabat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri telah saling berhubung dengan penggerak industri utama Pulau Pinang iaitu dari FMM, Frepenca dan Persatuan Hotel Pulau Pinang ketika kejadian," ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Katanya, kerajaan negeri ingin menambah di sini bahawa masyarakat umum harus mencontohi pengalaman penggerak industri itu yang saling berhubung untuk mengetahui perkembangan terkini gempa bumi melalui sumber-sumber rasmi dan tidak mendengar khabar angin. "Saya telah membatalkan kehadiran saya di Majlis Santapan Diraja di Istana Negara bersempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong untuk bergegas pulang ke Pulau Pinang," katanya lagi. Menurutnya lagi, kerajaan negeri yakin bahawa gempa bumi yang berlaku di Indonesia tidak menyebabkan apa-apa impak serius kepada ekonomi umum Pulau Pinang. Tambahnya, terdapat beberapa gangguan kepada aktiviti-aktiviti umum di beberapa sektor pembuatan dan pelancong di hotel-hotel di pantai Pulau Pinang semalam, tetapi, tiada insiden besar dilaporkan. Justeru, ujarnya kerajaan negeri berterima kasih kepada penggerak industri yang sentiasa bersedia untuk berdepan situasi sedemikian. Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga ingin menyatakan kebimbangan dengan khabar angin terutama di laman web sosial media bahawa Jambatan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri telah ditutup ekoran gempa bumi di Sumatera. "Khabar angin ini adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengganggu kesejahteraan ekonomi negeri yang sememangnya bergantung kepada pelancongan dan pembuatan," ujarnya. Guan Eng menjelaskan sebarang penutupan Jambatan Pulau Pinang dan penamatan serta-merta perkhidmatan feri perlu mendapatkan perundingan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. Tambahnya lagi, tiada permintaan seperti itu dikemukakan kepada kerajaan negeri semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menambah, kerajaan negeri bersama-sama semua agensi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan serta sektor swasta telah mewujudkan mekanisme dan pengurusan krisis untuk menangani sebarang kemungkinan berdepan amaran tsunami. "Mekanisme ini telah terbukti semalam dan tiada suasana cemas, jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri mampu menguruskan dengan cekap untuk mengendalikan tindak balas yang diperlukan seperti pengurusan krisis dan kecemasan ini," katanya. Frepenca diwakili oleh Pengerusi, Heng Huck Leng yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Globetronics. Persatuan Pengusaha Hotel Pulau Pinang diwakili oleh pengerusinya, Mary Ann Harris dan Marco Bassistotti, Pengerusi Bersama Panel Perkhidmatan Industri. Harakah Daily |
Ramalan Daim, Bersih 3.0 dan Gelombang Rakyat Posted: 12 Apr 2012 01:03 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan gagal di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Ramalan Tun Daim tersebut benar-benar menjadi realiti dan ketika bibit-bibit PRU13 mula jelas kelihatan, Tun Daim sekali lagi membuat ramalan. Pada kali ini Tun Daim meramalkan Umno-BN hanya boleh menang selesa di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka. PAS akan terus kekal di Kelantan, DAP kekal di Pulau Pinang, PAS mungkin akan kehilangan Kedah, sementara pertarungan sengit bakal berlangsung di Selangor dan Perak. Ramalannya kali ini tentunya mendapat lebih perhatian berbanding ramalan sebelumnya. Pada PRU12, Pembangkang kelihatan begitu lemah selepas kalah teruk pada PRU11 pada tahun 2004. PAS hanya kekal dengan majoriti 1 kerusi di Kelantan, hilang Terengganu. PKR pula hanya bertahan dengan tinggal satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang pauh. Hanya DAP yang mampu bertahan dan menambah kerusi. Pembangkang pula tidak membentuk suatu gabungan untuk menentang kerajaan. Oleh itu, tiada siapa yang mengambil berat ramalan Tun Daim ketika itu. Berbeza pada kali ini, ramalan Tun menjadi kajian dan perhatian kerana, pembangkang telah pun membentuk suatu pakatan yang kuat selepas kejayaan besar pada PRU12 lalu. Tun Daim mahu pun pembangkang sedar bahawa cita-cita atau fantasi untuk menawan Putra Jaya bukanlah semudah menyebut A,B, dan C. halangan terbesar kepada kemenangan pembangkang ialah pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Jika perkara ini dapat dilaksanakan, tidak mustahil ramalan Tun Daim itu menjadi realiti. Sehingga kini tiada tanda-tanda yang jelas bahawa akan wujud suatu suasana pilihan raya yang bersih dan adil. Maka jawapan bagi itu Bersih 3.0 akan diadakan. Benar, himpunan itu tidak akan mengubah apa-apa dan Umno-BN boleh memekakkan sahaja telinga. Namun, perhimpunan itu penting bagi mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat ketika PRU13 selewat-lewatnya diadakan awal tahun depan apabila cukup tempoh penggalnya. Bagi pihak kerajaan Umno-BN pula, ramalan Tun Daim dan suasana semasa pula membuatkan mereka lebih peka dan waspada, di samping mengatur strategi bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 nanti. Ramalan seperti ini mahupun pelbagai ramalan lain akan dilihat dalam bentuk pro dan kontra. Dari segi perang psikologi dan perang persepsi, ramalan seperti ini penting dalam mewujudkan suatu gelombang dan mood emosi rakyat. Kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang amat arif tentang hal ini.Apatah lagi dalam kepesatan dunia tanpa sempadan, dari segi penyebaran maklumat, setiap kata-kata dan pernyataan akhbar amat penting dan perlu dilakukan secara berhati-hati agar dapat disusun mengikut kehendak permainan setiap pihak. Secara fantasinya, Pakatan Rakyat (PR) nampak mudah untuk menawan Putra Jaya jika berjaya menggembelingkan segala isu ini dan memastikan segala maklumat ini dilontarkan secara tepat kepada rakyat. Umno-BN pastinya tidak duduk dan hanya memerhati segala yang berlaku. Perlu diingat, mereka mempunyai akses media yang tiada had, menguasai semua jabatan kerajaan, dan boleh menggunakan mana-mana dana awam mengikut kesesuaian dan keperluan. Ramalan Tun Daim ini merupakan suatu kesempatan yang baik kepada pembangkang kerana menambahkan lagi gelombang yang telah ada seperti isu NFC, PTPTN, Felda, Lynas, dan PPSMI. Gelombang ini dihangatkan melalui Bersih 3.0 agar sampai ke tahap tsunami. Jika ini berlaku tiada apa yang dapat menyelamatkan Umno-BN daripada kekalahan. Dalam catatan sejarah, mana-mana kerajaan dan tamadun besar pun, mereka akhirnya akan runtuh menyembah bumi apabila tsunami kebangkitan rakyat berlaku. Harakah Daily |
Rumah terbengkalai: Johor patut ikut Selangor Posted: 12 Apr 2012 12:56 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -JOHOR BAHRU, 12 April: Kerajaan Negeri mesti menggunakan budi bicara bagi menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan tanah di negeri ini kerana urusan berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam konteks projek perumahan terbengkalai yang begitu banyak berlaku di negeri ini, Kerajaan Negeri juga berperanan memastikan projek-projek tersebut berjalan lancar agar pembeli tidak teraniaya. Walaupun lesen pemaju dikeluarkan Kerajaan Pusat tetapi proses kelulusan tanah bagi setiap projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri maka dengan kuasa yang ada ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhny untuk memastikan pemaju melaksanakan projek mengikut jadual ditetapkan. Demikian ditegaskan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Dzulkefly Ahmad, pada sidang media selepas mengadakan demonstrasi aman bersama sebahagian pembeli projek perumahan Bandar Pulai Jaya Gelang Patah, dekat sini, 7 April lalu. Selanjutnya menurut beliau, isu yang sama juga banyak berlaku di Selangor di zaman pemerintahan Kerajaan BN tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak proaktif sebagai orang tengah antara pemaju dan pembeli sehingga akhirnya satu demi satu projek perumahan yang terbengkalai sebelum itu dapat dipulihkan dengan jayanya. "Langkah drastik yang diambil Kerajaan Selangor menangani perumahan terbengkalai di negeri berkenaan telah berjaya dilakukan dalam suasana 'menang menang' yang mana kedua-dua pihak pemaju dan pembeli mendapat hak masing-masing dengan adil dan saksama, jadi apa salahnya Kerajaan Johor mencontohi kaedah yang digunapakai Kerajaan Selangor menangani projek perumahan yang terbengkalai di negeri ini," kata beliau. Hadir sama pada sidang media ini Pengerusi Persatuan Pembeli, Ainol Adnan serta kira-kira 100 pembeli rumah berkenaan. (Laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini) Harakah Daily |
Nyaris makan roti berperisa lipas Posted: 12 Apr 2012 12:50 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -TELOK EMAS - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal. Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti berkenaan di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerja. "Saya terkejut sebaik menyedari 'kismis' dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama. "Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas," katanya, semalam. Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut untuk dinikmati ketika sarapan pagi dan itu adalah kejadian pertama dialaminya. "Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini. "Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini," katanya. Sinar Harian |
Posted: 12 Apr 2012 12:03 AM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BUENOS AIRES: Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina. Analia Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando. Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup. "Saya tiba-tiba mendengar suara dan melihat dia bergerak," kata wanita itu kepada akhbar TN.com. Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu. Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais. Sehubungan itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna 'keajaiban.' Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan menyelamatkannya. "Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing," kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu. Dalam pada itu, Analia berkata, dia merancang menyaman pihak terbabit. Bayi itu yang masih menerima rawatan di hospital dilahirkan tiga bulan lebih awal. - Agensi |
Gempa Bumi Kuat Di Mexico, Tiada Kerosakan Teruk Posted: 11 Apr 2012 11:47 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - MEXICO CITY: Satu gempa bumi kuat melanda Mexico pada Rabu, menggegarkan bangunan di ibu negara dan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari pejabat walau tidak ada laporan awal kerosakan. Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard berkata pada akaun Twitter terdapat tiada tanda-tanda awal kerosakan yang serius dan perkhidmatan utama ibu negara, termasuk sistem laluan bawah tanah dan lapangan terbang antarabangsa yang beroperasi seperti biasa. "Ada bunyi menakutkan dalam bilik mandi dan semuanya bergoncang," kata Adela Arceo, yang menjaga dua kanak-kanak di bandar Roma, kawasan kejiranan Mexico City. Tiada laporan awal mangsa terkorban. Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda negeri barat Michoacan pada kedalaman 40,8 batu (65.6 km). Perkhidmatan kecemasan di Michoacan dan di negeri jiran Guerrero, yang telah dilanda beberapa siri gempa bumi baru-baru ini, dilaporkan tiada masalah utama pada hari Rabu. Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Honolulu berkata tidak mengeluarkan amaran tsunami, tetapi kakitangan, David Walsh berkata gempa bumi itu adalah dekat dengan air, cukup besar dan cukup dalam yang berpotensi mengalami tsunami. Ia merupakan gempa bumi ketiga utama yang melanda Mexico dalam tempoh kurang daripada satu bulan. Gempa 7.4 magnitud telah melanda pada 20 Mac, merosakkan beratus-ratus bangunan di barat daya. Ia kemudiannya telah diikuti oleh berpuluh-puluh gegaran susulan. mstar/- |
Pengutip duit kutu diragut, kerugian RM20,000 Posted: 11 Apr 2012 08:08 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang pengutip duit kutu mengalami kerugian hampir RM20,000 selepas beg tangan yang mengandungi wang tunai serta barangan berharga miliknya dilarikan peragut di Jalan Lundang di sini, kelmarin. Dalam kejadian 4.30 petang itu, Rohana Majid, 44, yang menunggang motosikal bersama anaknya, Siti Nur Zirah Fauzi, 16, berhenti di tepi jalan untuk membuat panggilan telefon sebelum beg tangan Rohana yang diletakkan di dalam raga motosikal disambar seorang lelaki. Rohana berkata, dia menyedari sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dinaiki tiga lelaki berhenti tidak jauh dari lokasi mereka berdiri. "Seorang daripada mereka turun dari kereta tanpa menutup pintu dan mengelilingi kami. Saya sangka dia hendak ke kedai makan tetapi tiba-tiba beg di dalam raga disambar. Kejadian terlalu pantas, saya hanya mampu menjerit, "beg aku! Beg aku! Pitih (duit) aku banyak!" "Orang awam ada di tempat kejadian pun tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Saya tidak sangka kejadian ini berlaku, lebih-lebih lagi penjenayah itu berpakaian kemas dengan baju kemeja lengan pendek seperti pekerja pejabat," katanya. Menurutnya, ketika kejadian, anaknya sempat menarik beg yang dipegang pencuri tersebut, bagaimanapun, terpaksa melepaskannya bimbang diseret masuk ke dalam kereta. "Dia (Siti Nur Zirah) sebelum itu mengalas beg berkenaan sebelum mendakwa beg itu terlalu berat dan meletakkannya di dalam raga motosikal. Lagi pun, ketika itu dia sedang bercakap dengan seorang peguam berkait urusan tuntutan insurans," katanya yang juga seorang penjual sayur di Wakaf Stan, Binjai di sini. Katanya, kejadian itu menyebabkan dia kerugian wang tunai RM15,000, rantai leher dan loket emas bernilai RM4,700 yang baru dibeli dan belum sempat dipakainya. "Dalam beg itu ada tunai termasuk RM8,000 duit kutu yang sepatutnya diserahkan kepada dua orang rakan kelmarin. Duit untuk membaiki rumah RM4,000 dan duit-duit perniagaan selain kad pengenalan serta beberapa keping kad kredit turut dilarikan," katanya. Sebelum ini, Rohana pernah kerugian RM60,000 duit hasil perniagaan selepas beg berisi wang tunai yang diletakkan di dalam van berniaga dilarikan penjenayah, empat tahun lalu. Susulan kejadian kedua itu, mangsa membuat laporan polis di balai Pengakalan Chepa di sini. Sinar Harian |
Kurung suami, ugut cedera anak Posted: 11 Apr 2012 08:06 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KULIM - Hanya kerana cemburu terhadap suaminya, seorang isteri berusia 30-an mengambil tindakan mengunci suaminya dalam bilik dan tidak membenarkan dia keluar bekerja. Wanita itu turut mengugut mencederakan anak mereka yang berusia 18 bulan menggunakan pisau sekiranya suaminya enggan mendengar arahan. Bagaimanapun, waris mangsa yang berada dalam rumah ketika kejadian berlaku cuba memujuk wanita itu dan meminta supaya dia meletakkan pisau itu di atas lantai. Melihatkan keadaan wanita itu yang agresif, waris mangsa mengambil keputusan memegangnya sebelum ditenangkan. Suaminya berkata, ini merupakan kali keempat isterinya cuba mencederakan anak mereka tetapi dapat diselamatkan. Bimbang diapa-apakan pada masa akan datang, dia dan warisnya menghubungi Balai Polis Kulim untuk bantuan. "Sebelum ini dia dalam keadaan baik tetapi setelah bersalin, sikapnya berubah dan sering menuduh saya bermain kayu tiga. "Sebagai seorang peniaga saya harus berjumpa dengan pelanggan atas urusan kerja tetapi isteri saya tidak hiraukan, " katanya. Menurutnya, isterinya juga tidak membenarkan dia keluar bekerja dan enggan makan ubat penenang seperti yang diarahkan doktor. "Ini mengakibatkan isteri tidak sedarkan diri ketika membuat sebarang tindakan yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain," katanya. Tiga anggota polis yang datang ke lokasi kejadian membawa wanita itu balik ke balai polis untuk siasatan lanjut. Dari pemeriksaan dijalankan terhadap wanita itu, polis menemui ubat penenang miliknya di dalam poket dan disahkan pernah menerima rawatan sebagai pesakit jiwa di Hospital Kulim. Polis kemudiannya membawa wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia tidak ingat sebarang kejadian yang berlaku di rumah. Setelah berpuas hati dengan keterangan diberi, doktor kemudiannya mengarahkan wanita itu balik dan memakan ubat mengikut jadual ditetapkan. Sinar Harian |
Posted: 11 Apr 2012 08:04 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - "Sedih dengan pemergian arwah. Danish amat rapat dan manja dengan saya. Tidak sangka hari ini dia pergi meninggalkan kami sekeluarga," luah bapa kepada Mohd Danish Aqmal Aziz, 6, yang lemas selepas tergelincir dalam sungai Anak Sebulung di Kampung Melayu Majidee, di sini, semalam. Aziz Tarmin, 34, yang bertugas sebagai polis bantuan peronda lebuh raya berkata, tiada sebarang perubahan yang disedari berlaku ke atas anak bongsu daripada tiga beradik itu sejak kebelakangan ini. "Saya diberitahu oleh pihak ibu pejabat mengenai kejadian sekitar jam 5 petang. Saya bersama isteri segera bergegas pulang ke rumah, namun apa kan daya dia sudah tiada. "Tiada sebarang perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dia (Danish) cuma kerap menghubungi untuk meminta saya agar menjemputnya di rumah Kampung Melayu Majidee ke rumah baru kami di Taman Sri Skudai. "Hari Sabtu dan Ahad lalu, baru sahaja saya menjemputnya ke rumah di Taman Sri Skudai seperti yang dipinta. Tidak sangka pula berlaku kejadian seumpama ini dan dia sudah pergi meninggalkan kami," katanya. Aziz berkata, anak bongsunya itu kerap menghabiskan masa bermain pada waktu petang bersama anak keduanya, Mohd Danial Fitri, 9, di kawasan permainan berdekatan rumah. "Ada juga saya atau isteri menasihatkan dia supaya tidak bermain jauh dari pandangan kami. Bagaimanapun, budak-budak, jika kita halang pun mereka akan keluar secara sembunyi," katanya. Sementara itu, abang mangsa, Danial berkata, adiknya lemas selepas tergelincir ke dalam sungai Anak Sebulung ketika cuba untuk mengambil selipar yang terjatuh ketika hendak pulang ke rumah. "Saya bersama adik hari-hari main di taman. Masa nak balik, selipar adik jatuh ke dalam parit besar dan dia mahu mengambil sebelum dia tergelincir. Saya ada cakap dengan dia supaya tidak ambil, tetapi dia cuba ambil juga. "Ketika nampak adik sudah tenggelam di dalam air, saya jerit minta tolong. Ada beberapa orang datang untuk tolong tarik adik daripada lemas," katanya. Salah seorang penduduk, Zainal Abdul Hanan, 57, berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas diberitahu jirannya mengenai kejadian berkenaan seterusnya meminta belia kampung turut sama memberikan bantuan. "Belia kampung yang ada segera turun ke sungai untuk menyelamatkan kanak-kanak ini. Sebaik sahaja berjaya mencapai kanak-kanak ini daripada terus lemas dan tenggelam ke dasar sungai, kami membawanya naik ke atas untuk melakukan sesuatu, namun gagal. "Kami segera membawanya ke hospital untuk dirujuk kepada pakar perubatan di wad kecemasan, tetapi doktor mengesahkan kanak-kanak ini sudah tiada lagi dan meminta jenazah di bawa pulang ke rumah," katanya. Sementara itu, jawatankuasa penduduk di Jalan Utama Tengah, Kampung Melayu Majidee sudah beberapa kali mengusulkan cadangan kepada pemimpin setempat supaya kawasan sungai Anak Sebulung dipagar bagi mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini. Agency |
Gempa bumi sederhana di utara Lautan Hindi Posted: 11 Apr 2012 07:58 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 675km ke barat daya Great Nicobar, India, dan 1,192 km ke barat daya Kampar, Perak. Kejadian itu tidak mengkibatkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu. - Bernama Sinar Harian |
Posted: 11 Apr 2012 07:56 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PUCHONG – Bermodalkan cerita sedih konon anaknya mengidap sakit kulit kronik, seorang wanita warga China dikesan bergiat aktif menyamun pengunjung pasar pagi di Puchong Indah di sini, dipercayai menggunakan cara pukau. Difahamkan, beberapa mangsa mendakwa terpedaya dan kerugian lebih RM50,000 selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai kepada suspek dalam keadaan tidak sedar. Sinar Harian turut difahamkan, wanita terbabit akan menyapa mangsa rata-ratanya wanita yang berkunjung ke pasar itu sebelum 'membuka' cerita sedihnya. Suspek dikatakan bertanya kepada mangsa di mana klinik pakar kulit boleh dikunjungi untuk membawa anaknya yang sakit mendapatkan rawatan. Selepas berjaya mempengaruhi mangsa dengan cerita simpati itu, suspek dikatakan akan membawa mangsanya ke sebuah kereta jenis Naza Ria yang diletakkan di parkir kereta berhampiran pasar sebelum bertemu dengan dua orang lelaki. Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng berkata, suspek dikatakan datang ke negara ini Sabtu lalu sebelum memulakan 'kerjanya' sehari selepas itu. Menurutnya, suspek turut menggunakan helah meminta mangsa menunjukkan di mana kedudukan pokok besar yang didakwa untuk dijadikan ubat bagi merawat sakit anaknya. "Salah seorang mangsa memberitahu, suspek mengatakan anaknya sakit dan perlu mencari kulit pokok bersaiz besar kononnya untuk direbus dan dijadikan air penawar. "Mangsa yang bersimpati, akan percaya dengan kata-kata itu dan bersedia menunjukkan lokasi tempat pokok besar yang diketahui," katanya. Chee Heng berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kereta bercermin gelap yang diletakkan berhampiran pasar, dua orang lelaki dikatakan berada di dalam kenderaan itu dipercayai menjalankan kerja-kerja memukau. Menurutnya, mangsa diberikan tangkal azimat untuk mengelak bala dan diminta tidak memberitahu orang lain mengenai perkara itu. Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa pulang ke rumah dan mengambil barangan kemas serta wang tunai. Selepas menyerahkan segalanya, suspek menyerahkan karung berwarna hitam kepada mangsa. "Hanya selepas tersedar dari pukau, mangsanya akan menyedari ditipu dan mendapati suspek hanya meninggalkan beberapa biji buah limau dalam karung hitam diberi," katanya. Beliau berkata, bagaimanapun penipuan licik dilakukan wanita terbabit akhirnya tumpas apabila dia berjaya diberkas peniaga yang menyedari kegiatannya. Sinar Harian |
Amaran Tsunami Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi Posted: 11 Apr 2012 07:26 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia. Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu. Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal. Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama. Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini. Agency |
Indonesia Tarik Balik Amaran Tsunami Posted: 11 Apr 2012 07:24 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi berkekuatan 8.7 pada skala Richter di Aceh, setelah beberapa gempa susulan reda pada malam Rabu. "BMKG secara rasmi menamatkan amaran awal tsunami," kata Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG Suhardjono di Jakarta pada 7.45 malam setelah mendapat pengesahan bahawa kejadian gempa bumi itu tidak menimbulkan tsunami. Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran awal tsunami kepada penduduk kawasan pantai di Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Lampung dan Bengkulu, berikutan gempa bumi kuat itu. Agency |
Empat Korban Gempa Dirawat di Rumah Sakit Zaenal Abidin Posted: 11 Apr 2012 07:07 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Banda Aceh: Empat orang yang terluka akibat gempa Aceh dirawat di Rumah Sakit Zaenal Abidin, Banda Aceh, Aceh. Dari pantauan Metro TV di lapangan, dari empat mangsa luka, dua orang sudah diperbolehkan pulang karena hanya mengalami luka ringan. Sedangkan dua mangsa luka lainnya masih dirawat intensif di RS Zaenal Abidin, Banda Aceh. Saat gempa mengguncang Simuelue, Aceh, Rabu (11/4) pukul 15.38 Waktu Indonesia Barat, pihak RS Zaenal Abidin Banda Aceh sempat melakukan tiga kali evakuasi terhadap para pasien. Evakuasi pertama dilakukan pascagempa pertama, dengan membawa pasien ke luar halaman rumah sakit. Evakuasi kedua dilakukan saat siren akan berlakunya tsunami dibunyikan. Para doktor dan jururawat membawa seluruh pesakit ke lantai 2 rumah sakit. Evakuasi ketiga dilakukan pada saat gempa susulan terjadi. Seluruh pesakit, termasuk yang di ruang I.C.U dibawa ke luar halaman RS Zaenal Abidin. Saat berita ini dilaporkan, semua pesakit sudah kembali ke ruang rawatan. Agency |
Posted: 11 Apr 2012 06:54 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - GEORGETOWN - Seramai 64 warganegara asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar ditahan dalam dua operasi sama oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, awal pagi semalam. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (1) Pulau Pinang, Abdul Rahman Hassan berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 54 lelaki, 8 wanita dan dua kanak-kanak, mereka berusia antara 1 hingga 50 tahun. Menurutnya, operasi itu ditumpukan di kawasan pembinaan di dua lokasi iaitu di Bayan Baru dan juga Relau selepas mendapat maklumat daripada orang ramai dan juga hasil risikan sendiri. Ops Sepadu yang disertai 76 pegawai dan anggota Imigresen Pulau Pinang termasuk Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), susulan intipan sejak beberapa hari lalu. "Semasa serbuan, pihak berkuasa memeriksa seramai 354 warga asing, antaranya yang ditahan dalam operasi itu ialah 21 warga Bangladesh, 36 warga Indonesia dan 7 warga Myanmar. "Kita juga berjaya mengesan seorang wanita rakyat tempatan yang sanggup menggunakan alasan sudah kematian ibu bapa sebelum dia akhirnya mengaku melarikan diri dari rumah kerana mahu tinggal bersama teman lelakinya," katanya. Abdul Rahman berkata, wanita itu baru beberapa bulan mengenali teman lelakinya yang juga seorang pekerja kontrak warganegara asing yang bekerja di tapak pembinaan terbabit. "Wanita itu dipercayai sanggup lari dari rumah dan tinggal bersama teman lelakinya itu merayu dan menangis meminta dilepaskan. Bagaimanapun, dia diberi peluang bercakap dengan abangnya sebelum ahli keluarganya itu diminta mengambilnya di Balai Polis Sungai Nibong," katanya. Sinar Harian |
MU hilang mata penuh, Man City ambil peluang Posted: 11 Apr 2012 06:52 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KEMENANGAN 4-1 Manchester City menentang West Brom telah menghidupkan peluang kelab itu dalam saingan mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris selepas tertinggal lapan mata di belakang Manchester United (MU). Manchester City telah mendahului perlawanan dengan dua terjahan daripada penyerang City, Sergio Aguero dan pemain barisan hadapan, Carloz Tevez. Sumbangan gol keempat yang diberikan oleh pemain tengah, David Silva melengkapkan kekalahan bagi pasukan tuan rumah. Sementara itu, Manchester United tewas 1-0 dalam perlawanan menentang pasukan Wigan. Kekalahan itu membolehkan Manchester City kembali mengejar mata dan kedudukan di samping merapatkan jurang mata. Menurut pengurus pasukan Manchester City, Roberto Mancini, mereka kini telah bangkit daripada kekalahan 1-0 dalam menentang Arsenal dalam Liga Perdana minggu lepas. Pengurus Manchester City itu percaya bahawa kemenangan ini ialah hasil daripada kreativiti pemainnya dalam mencari jalan untuk menjaringkan gol. Sinar Harian |
Jangan persulitkan beri tauliah untuk Ustaz Azhar Posted: 11 Apr 2012 06:27 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Kalau tidak silap pendengaran dan tanggapan saya, isu kedatangan Ustaz Azhar Idrus ke Kelantan dikatakan dipersoalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) telah pun selesai. Azhar khabarnya dilarang untuk menyampaikan kuliah di masjid kerana tidak ada tauliah. Semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di Kota Bharu awal Mac lalu, beliau membayangkan rasa terima kasih kepada pihak tertentu kerana halangan untuk menyampaikan kuliah di Kelantan selesai. Penyelesaian itu terbayang dalam kata-katanya berbunyi; "kalau tidak boleh di masjid kita berceramah di futsal. Tetapi Alhamdulilah nampak orang terima kita." Beliau dilarang kerana tidak ada tauliah. Persoalan tauliah adalah subjektif. Saya membahas mengenai hal ini untuk apa tauliah sedangkan apa dilakukan Azhar itu untuk kebaikan umum. Ribuan anak muda dan remaja yang sebelum ini jarang mendengar syarahan agama mengerumui beliau. Bukankah itu satu perkembangan yang baik? Sehubungan itu demi memenuhi kehendak para peminatnya serta misi dakwahnya, Azhar sedia untuk 'memohon' mendapatkan tauliah walaupun perbuatan itu tidak penting sebenarnya. Tetapi kerana peraturan dan amalan terpaksa juga Azhar memohonnya seperti juga ustaz dan guru-guru lain. Mengembangkan agama Islam, memberi ilmu kepada umat Islam dan anak-anak mudah adalah tanggung semua individu apa lagi pihak berkuasa. Justeru tauliah tidak patut dijadikan birokrasi menyulitkan keadaan. Saya katakan Azhar tidak perlu meminta tauliah tetapi Maik seharusnya mentaulihakna beliau sebagai seorang da'i. Rasanya dalam konteks itu cara itu sebaik-baiknya. Malangnya sehingga sekarang katanya tauliah itu masih belum diberi. Azhar sendiri sudah bersedia untuk menemui Maik bersabit urusan itu tetapi masih belum selesai. Ada soal-soal teknikal menghalang. Mulanya sudah ditetapkan syarat serta maksud pertemuan itu sekadar untuk berkenalan dan bukan diinterviu. Tetapi tarikh pertemuan itu diubah dan pertemuan itu juga bukan pertemuan biasa. Kesulitan mendapatkan tauliah ini menyebabkan Azhar tidak boleh naik masjid di Kelantan. Kalau kelewatan ini disebabkan kerenah birokrasi, pegawai Maik seharusnya tidak menyulitkan perkara ini. Apa lagi kalau pihak berkuasa ke atas Maik - Sultan Muhammad Ke V yang katanya diserahkan kepada Tengku Mahkota Kelantan sudah memberi green light kenapa harus disulitkan lagi. Saya bimbang permasalahan menimpa Azhar menjejaskan kemuliaan Tuankua Al Sultan dan juga Tengku Mahkota yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Dalam pada itu Azhar pula sekiranya telah diberikan tauliah untuk menyampaikan syarahan dan kuliah di masjid hendaklah beliau menjaga tutur kata dan jangan sesekali membawa masuk unsur politik walaupun sekecil mana. Mislanya perkataan yang membawa konotasi kepada sindiran kepada pihak tertentu seperti JKKK, bulan dan dacing perlulah dihentikan. Patah-patah perkataan ini sensitif kepada pihak tertentu. Saya rasa tanpa menyebut JKKK, bulan dan dacing pun beliau tetap mendapat perhatian dan diminati oleh anak-anak muda. Yang perlu disedari teknik penyampaian beliau yang popular dan selamba itu telah berjaya mendekatkan anak-anak muda ke laman masjid. - http://www.msomelayu.blogspot.com/ Harakah Daily |
Posted: 11 Apr 2012 06:24 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Seorang doktor pelatih ditemui mati dengan keadaan muka kebiruan di dalam tandas Wad Pediatrik, Hospital Kajang, semalam. Mangsa, Danny Lee, 29, ditemui tidak bergerak oleh seorang jururawat, jam 5.20 pagi, sebelum disahkan mati, 10 minit kemudian. Menurut sumber, sebelum itu, jururawat berkenaan mencarinya kerana mangsa perlu merawat seorang pesakit. Katanya, jururawat itu menelefonnya tetapi gagal dan terus mencari di setiap bilik sebelum menemuinya di dalam tandas berkenaan. Menurutnya, punca sebenar kematian doktor pelatih itu sedang dikenal pasti, namun siasatan awal polis menolak wujudnya unsur jenayah. "Kita tidak pasti apa yang berlaku kerana dia tidak pernah bercerita tentang masalah dihadapi. Dia seorang yang ceria tetapi baru-baru ini, dilihat dalam keadaan tertekan. "Dia seorang yang baik dan prestasinya cemerlang sejak bertugas di sini," katanya. Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin sepatutnya menamatkan latihan, tahun ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. "Berdasarkan siasatan, mangsa dilaporkan menyuntik cecair ke dalam tubuhnya. Kita sedang menyiasat jenis cecair tersebut," katanya. Agency |
Skuad lebuh raya wanita perlu perubahan segera Posted: 11 Apr 2012 06:21 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SKUAD lebuh raya wanita perlu berubah andai mahu menyaingi pelumba Thailand, Indonesia dan Vietnam yang jelas punya kekuatan sendiri untuk beraksi cemerlang. Mengambil contoh Thailand dan Vietnam yang mempunyai perlumbaan jelajah wanita berdaftar dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) perlu segera melakar pelan tindakan bagi memastikan pelumba wanita tidak tenggelam dalam aksi di peringkat Asia Tenggara. Berdasarkan aksi pada Tour of Thailand 2012 (ToT 2012) yang berakhir kelmarin, persembahan pelumba wanita ketika menyaingi lawan dari Thailand, Indonesia dan Vietnam sekadar memuaskan. Mohd Hardi yang dipinjamkan dari Institut Sukan Negara (ISN) untuk membantu skuad trek dan lebuh raya berkata, sebagai permulaan siri jelajah wanita boleh diadakan dalam skala sederhana. "Tidak perlu besar-besaran seperti Jelajah Malaysia atau Le Tour de Langkawi. Yang penting kita anjurkan perlumbaan jelajah seperti Thailand dan Vietnam. Secara tidak langsung, kita boleh menyediakan platform kepada pelumba wanita untuk bersaing di pentas sendiri. "Mungkin persatuan boleh adakan jelajah dua atau tiga peringkat melibatkan dua atau tiga negeri berdekatan," katanya. Sementara itu, pengurus pasukan, Omar Saad berkata, sudah tiba masa MNCF mengenal pasti beberapa pelumba seperti Masziyaton Mohd Radzi dan Zahraa Anuawar. Sinar Harian |
Posted: 11 Apr 2012 06:19 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menawarkan telefon pintar terkini HTC One X dan HTC One V dengan kombinasi pelan pasca bayar terbaik dalam negara serendah RM28 sebulan. Pelanggan U Mobile boleh menikmati peranti itu dengan pelan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan data dalam satu pelan tunggal, dan didatangkan dengan panggilan percuma serta SMS bagi semua rangkaian operator. Selain pelan U28 yang disasarkan kepada eksekutif muda, U Mobile turut menawarkan pelan U58 (RM58) sebulan bersama data 2GB dan 300 minit panggilan percuma. HTC One X dikuasai dengan 'Android Ice Cream Sandwich' ditawarkan dengan harga serendah RM1,359. Manakala, HTC One V ditawarkan dengan harga RM389, kini boleh diperoleh di mana-mana pengedar U Mobile. Sinar Harian |
Posted: 11 Apr 2012 06:17 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Lebih 100 kakitangan sebuah menara syarikat telekomunikasi di Jalan Tun Razak, di sini panik dan terkejut apabila berlaku gegaran di bangunan tersebut kesan daripada gempa bumi yang berlaku di Indonesia. Ketika kejadian pada jam 5 petang itu, semua yang berada di dalam bangunan berkenaan bergegas turun dan berkumpul di luar. Situasi panik itu dikongsi oleh salah seorang kakitangan, Mohd khairul Izani Othman, 29, yang ketika itu berada di tingkat 10 bangunan terbabit. Menurutnya, dia merasai sendiri gegaran yang berlaku sekitar 30 saat itu dan bertanya kepada rakan sekerja sama ada turut merasainya. "Ketika itu sudah terasa pening dan kami beramai-ramai turun menggunakan lif. Apabila sampai di bawah, ramai sudah berkumpul. "Perasaan takut itu ada kerana ini pengalaman pertama saya setelah lima tahun bekerja di sini. Saya tidak merasainya ketika gegaran pada 2007," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, salah seorang pekerja di bangunan itu, Dwi Astuti Rahmat, 25, yang juga warganegara Indonesia berkata, lima minit selepas merasai gegaran tersebut, dia mendapat perkhabaran daripada rakannya di Indonesia bahawa berlaku gempa bumi yang mana amaran Tsunami dikeluarkan. Katanya, ketika kejadian, dia bersama rakan-rakan lain adalah antara yang terawal turun dan keluar dari bangunan. "Saya sudah biasa merasai gegaran ketika berada di Indonesia kerana itu saya tersedar awal bahawa gegaran sedang berlaku," katanya. Aizura Mohd Atan, 29, pula berkata, beberapa susulan gegaran dirasai ketika dia sedang berada di tingkat 10 bangunan tersebut. "Ketika itu saya sedang bekerja seperti biasa, tiba-tiba terasa berbuai dan pening. Disebabkan saya ada pengalaman merasai gegaran, saya bersama seorang rakan saya yang sedang mengandung bergegas turun ke bawah," katanya. Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Chow Kit turut berada di lokasi kejadian bagi memastikan tahap keselamatan bangunan tersebut. Difahamkan gegaran yang berlaku di menara berkenaan antara terburuk berlaku di sekitar ibu negara apabila berlangsung sekitar tiga hingga lima minit. Pasukan Bomba dan penyelamat turut berada di lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan keselamatan. Sinar Harian |
Posted: 11 Apr 2012 06:16 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Seramai 13 wanita warga asing termasuk remaja bawah umur yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam dua serbuan di sebuah pub dan pusat refleksologi di Bandar Mahkota, Cheras, kelmarin. Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor yang diketuai Asisten Superintendan Adzli Abu Shah itu dijalankan jam 10.45 malam. Beliau berkata, dalam serbuan di pub, pihaknya menahan lapan GRO warga Vietnam berusia 17 hingga 30 tahun, yang sedang sibuk melayan lima pelanggan mereka. "Pemeriksaan mendapati empat daripada wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara, dua dikesan tiada dokumen pengenalan diri dan dua lagi hanya mempunyai slip daftar kemasukan. "Semakan menunjukkan premis terbabit beroperasi sejak lima tahun lalu, selain lesen juga sudah tamat tempoh," katanya. Adzli berkata, siasatan menunjukkan tiada khidmat seks ditawarkan di premis itu, namun polis percaya semua GRO terbabit ada menawarkan perkhidmatan itu di luar premis, tanpa pengetahuan pengurus pub bagi mencari duit lebih. Menurutnya, seorang penjaga premis lelaki berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu kelmarin. Dalam operasi berasingan di pusat refleksologi pula, Adzli berkata, lima tukang urut terdiri daripada tiga wanita Thailand dan dua warga Laos dicekup. Beliau berkata, semua wanita berusia antara 24 hingga 44 tahun itu sedang asyik mengurut lima pelanggan mereka, manakala tiga lagi pelanggan lain sedang menunggu giliran untuk diurut. "Siasatan awal dapati semua tukang urut tidak memiliki permit kerja itu, kerap keluar masuk negara menggunakan pas lawatan sosial. "Kita tahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang juga merupakan penjaga premis," katanya. Adzli berkata, semua yang ditahan termasuk lima pelanggan di pusat refleksologi dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuat mengikut kesalahan menggaji pekerja tanpa permit. Sinar Harian |
Gambar palsu tersebar di Twitter Posted: 11 Apr 2012 06:15 PM PDT 20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - JAKARTA - Pengguna laman blog mikro, Twitter seakan berlumba-lumba menyebarkan maklumat bergambar mengenai kesan gempa di Aceh. Bagaimanapun, keghairahan memuat naik gambar itu akhirnya terbongkar berikutan kebanyakan foto tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan teknik penindihan imej gempa terdahulu. Kebanyakan gambar itu menunjukkan jalan raya terbelah dan rumah musnah teruk akibat kesan gempa 8.5 skala Ritcher tersebut. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan