Nuffnang

i n t a n h i j a u

Posted by Tanpa Nama | Posted on 3:43 PTG

i n t a n h i j a u


PAS TELUK INTAN ANJUR MAJLIS PENERANGAN AHLI BARU

Posted: 10 Apr 2012 03:50 AM PDT


TELUK INTAN, 7 April - PAS Kawasan Teluk Intan di bawah Lujnah Pemerkasaan Parti telah menganjurkan majlis taklimat kepada ahli-ahli baru. Majlis penerangan tersebut telah diadakan diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
YB Anuar dan Ustaz Ismail mendengar pembentangan oleh Hj. Abidin Sharif.

Menurut Ketua Lujnah Pemerkasaan Parti kawasan Sdr. Rahmat Maliki, majlis penerangan tersebut adalah atas kesedaran bahawa setiap ahli yang baru mendaftar perlu diberikan penerangan yang secukupnya berkenaan parti khususnya tentang hak dan tanggungjawab ahli, tatatertib ahli, dasar parti serta memahami perlembagaan parti itu sendiri. 

"Diharap ahli-ahli yang baru ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli yang faham akan dasar dan matlamat parti. Kita juga berharap agar ahli-ahli baru sedar dan faham serta membetulkan niat mereka menjadi PAS," ujar beliau.
Hj. Abidin membentang kertas kerja yang menarik serta bermaklumat.



Sebahagian peserta yang hadir.

Dalam majlis penerangan tersebut, satu kertas kerja telah dibentangkan yang bertajuk "Kenapa Pilih PAS dan Bukannya UMNO : Dari Sudut Perlembagaan Parti" yang telah disampaikan oleh Setiausaha lujnah, Tn. Hj. Abidin Sharif. Sesi dialog juga telah diadakan untuk memberi peluang kepada para ahli baru mengemukakan persoalan.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.

Sebelum itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik telah menyampaikan ucapan aluan di mana beliau telah menjelaskan dari aspek syarak tentang kewajipan menyertai jamaah Islam khususnya PAS.
Sebahagian ahli baru bergambar bersama pimpinan kawasan.

Antara muslimat yang hadir bergambar bersama pimpinan muslimat kawasan,

Menikmati jamuan.

Pada akhir majlis, para peserta telah menerima sijil keahlian PAS yang telah disampaikan oleh YDP kawasan. Turut hadir ialah ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

intanhijau.blogspot.com

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP