Ahad, 8 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG RASMI PENUTUP KARNIVAL SUKAN RAKYAT BATAK RABIT

Posted: 08 Apr 2012 08:25 AM PDT


TELUK INTAN, 8 April - ADUN Changkat Jong telah merasmikan penutupan Karnival Sukan Rakyat Kg. Batak Rabit yang telah berlangsung di Padang Awam Taman Karentina dekat sini. Karnival tersebut adalah anjuran bersama PAS Cawangan Batak Rabit, Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Batak Rabit serta beberapa NGO lain.
Pengarah program menyampaikan ucapan aluan.
YB Anuar dan isteri sebagai tetamu khas.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian penutup program.


Tulang belakang kepada program karnival sukan rakyat.

Menurut Pengarah program Sdr. Baharuddin Kassim, ini adalah tahun keenam karnival sukan rakyat tersebut telah diadakan. Untuk tahun ini, sebanyak lima acara sukan rakyat telah dipertandingkan seperti sepak raga ratus, karom, dam 30, dart dan acara untuk kaum wanita. Karnival yang berlangsung selama dua minggu itu telah menerima sambutan yang begitu baik oleh penduduk sekitar. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan sehingga karnival dapat dijalankan dengan lancar.
Seorang peserta menerima hadiah daripada YB Anuar.
Pn. Hjh. Faridah turut menyampaikan hadiah.

Sementara itu di dalam ucapan perasmian penutup, YB Anuar telah mengucapkan tahniah kepada pihak PAS Cawangan dan Jawatankuasa Pemuda Cawangan yang telah berjaya menganjurkan karnival sukan rakyat bagi kali keenam berturut-turut. Bagi beliau, karnival sebegini mampu memberikan tarbiyah kepada anak-anak seperti bagaimana menguruskan emosi, penjagaan aurat, menanamkan sifat kerjasama dan sebagai.
Tidak sabar nampaknya nak mengagihkan hadiah...

YB Anuar dan isteri bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa karnival sukan rakyat.

Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan Puan Hjh. Faridah Rajiah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abdul Fatah Awang selaku penasihat karnival tersebut.

YB Anuar serta isteri telah berpeluang menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta yang memenangi dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

intanhijau.blogspot.com

MAJLIS HI-TEA KERABAT TELUK INTAN BERSAMA PEMIMPIN PR

Posted: 08 Apr 2012 04:24 AM PDT


TELUK INTAN, 7 April - Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Teluk Intan telah berjaya mengadakan majlis hi-tea dan ramah mesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat. Majlis tersebut telah diadakan di Rumah Rehat Teluk Intan dekat sini.
Pengerusi KERABAT Teluk Intan, Tuan Zaba menyampaikan ucapan aluan.

Penasihat KERABAT Perak, Laksamana Pertama (B) Mohd. Imran berucap penuh bersemangat.

PR sentiasa bersama KERABAT, tegas YB Nizar.

Menurut Pengarah Program, Lt. Kdr. (B) Mohamad Zaba bin L. Sharip, majlis ini adalah julung kali diadakan selepas ia dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS Hj. Mohamad Sabu pada Disember lepas. Menurut beliau lagi, antara objektif program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama ahli serta mengeratkan hubungan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah YB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Penaung KERABAT Perak, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, ADUN Pasir Bedamar (DAP) YB Seah Leong Peng serta pimpinan parti PR Teluk Intan PAS, DAP dan PKR.

Turut hadir ialah Penasihat KERABAT Negeri Perak Laksamana Pertama (B) Tn. Hj. Mohd. Imran Abd. Hamid serta pimpinan KERABAT Negeri Perak.

Di dalam ucapan, Laksaman Pertama (B) Mohd. Imran menyatakan objektif penubuhan KERABAT adalah untuk menjaga kebajikan bekas-bekas anggota tentera seperti memperjuangkan tuntutan pemberian pencen dan tanah kepada mereka yang telah tamat berkhidmat daripada angkatan tentera.
YB Seah bersama YB Anuar.

Pimpinan Keadilan Cabang Teluk Intan dan Pasir Salak turut hadir.



Sementara itu, YB Nizar pula menegaskan bahawa pihak Pakatan Rakyat Perak sentiasa prihatin dengan setiap pertubuhan dan NGO yang menjaga kebajikan rakyat termasuklah KERABAT. Malah, beliau berharap usaha kebajikan tersebut dapat diperluaskan lagi melalui program bersama rakyat. Malah beliau sentiasa menyokong untuk setiap tuntutan yang diperjuangkan oleh KERABAT.
Bersemangat menyanyikan lagu "Barisan Kita"
Pimpinan DHPP turut hadir sama.

Bagi beliau, KERABAT juga boleh diberi peluang untuk menyumbang terhadap negeri melalui peranan mereka di dalam JKKK dan ahli majlis tempatan.

Selepas itu, YB Nizar telah menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa KERABAT Perak. Sesi dialog antara pimpinan PR dan ahli-ahli kerabat juga turut diadakan. Majlis telah diakhiri dengan semua yang hadir menyanyikan lagu bersemangat "Barisan Kita".
Mejer Yahya menerima watikah daripada YB Nizar.


Tuan Zaba mewakili KERABAT Teluk Intan menerima watikah.

Bersemangat....!


YB Nizar bersama penggerak KERABAT Teluk Intan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang