:: cina islam | 2011 :: |
- Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
- Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
- BR1M perangkap BN pancing undi rakyat
- Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara
- PAS arah semua ke Bersih 3.
- Laman web BERSIH diserang DdoS
- 'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran
- Pesawat Yaman bedil pemberontak, 6 maut
- Drogba bantu Chelsea atasi Barcelona
- Siri serangan bom gegar Baghdad
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum Posted: 19 Apr 2012 12:57 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - OSLO 19 April - Suspek yang dipercayai membunuh 77 orang di Norway pada Julai lalu memberitahu mahkamah di sini semalam bahawa dia tidak takut kemungkinan dipenjara sehingga 21 tahun. Pada pandangan saya, hukuman penjara 21 tahun adalah satu hukuman yang menyedihkan,'' kata Anders Behring Breivik perbicaraannya itu. Katanya, hanya akan ada dua keputusan dalam kes membabitkan dirinya sama ada dia akan dibebaskan atau dihukum mati.- DPA | ||
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam Posted: 19 Apr 2012 12:50 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - BEIJING 19 April - Pihak berkuasa pertanian China telah memusnahkan kira-kira 95,000 ekor ayam selepas penularan wabak virus selesema burung H5N1 di negara itu, lapor media semalam. Penularan wabak itu dikesan di bandar Touying, daerah Ningxia pada Jumaat lalu setelah 23,000 ekor ayam mempunyai simptom-simptom wabak berkenaan. Namun kementerian menegaskan, wabak itu kini berada adalah terkawal setelah langkah pencegahan dilaksanakan. - AFP | ||
BR1M perangkap BN pancing undi rakyat Posted: 19 Apr 2012 12:43 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA KRAI: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diagih kepada 6.2 juta rakyat baru-baru ini dianggap sebagai perangkap dipasang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, pemberian tersebut semata-mata bagi memancing undi rakyat dengan harga yang murah. "Dengan RM500 pemimpin Umno dan BN beranggapan rakyat akan terpengaruh, sedangkan orang ramai sedar wang itu ialah hasil cukai mereka yang dibayar kepada kerajaan. "Saya yakin rakyat tidak mudah terpengaruh dengan umpan seperti itu. Mereka lebih merasai kos hidup yang semakin meningkat sekarang dan muak pelbagai penyelewengan kerajaan BN," katanya di majlis "TTemu Mato JJemok Kiro" anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Lata Rek baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan pegawai penerangan kerajaan negeri, Abdul Hamid Derani. Muhamad Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, rakyat mulai mengetahui kehidupan boros pemimpin Umno dan BN menjadi antara punca banyak subsidi untuk rakyat dikurangkan. Menurutnya juga PAS tetap menentang Umno dan mendedahkan penyelewengan dilakukan mereka biar pun parti itu tidak lagi diterajui Datuk Seri Najib Razak. "Kita tetap memerangi Umno kerana dasar parti itu tidak berlandaskan Islam manakala pemimpin mereka banyak terpalit dengan pelbagai skandal dan penyelewengan," katanya. Di majlis tersebut juga Dr Muhammad Fadzli menerima borang keahlian PAS daripada seorang penyokong Umno kampung terbabit, Muhammad Mahat. Beliau bersama sembilan anggota keluarga menyertai PAS dan meninggalkan perjuangan Umno yang disertai selama ini. | ||
Himpunan BERS✔H 3.0 Serentak Di 41 Bandaraya Di 14 Negara Posted: 19 Apr 2012 12:40 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - lobal Bersih, sayap antarangsa bagi gerakan rakyat Malaysia untuk pilihanraya adil dan bebas, akan mengadakan rali secara serentak di 41 bandaraya di 14 negara seluruh dunia pada 28 April ini. "Kerajaan Malaysia harus faham bahawa gerakan Bersih tidak akan berhenti sehingga demokrasi yang bermakna dan berterusan dan perubahan pilihanraya terlaksana," Yolanda Augustin, wakil Global Bersih di Britain berkata dalam satu kenyataan. Satu kumpulan pendesak, Bersih pertama kali mengadakan rali pada tahun 2007, selepas gagal mendapatkan persetujuan kerajaan Umno –BN pimpinan PM Najib Razak untuk merubah sistem pilihanraya. Proses mengundi rakyat Malaysia dikenali penuh unsur-unsur tidak sihat dimana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa sejak dulu lagu didakwa bersekongkol untuk membantu kemenangan Umno-BN. Pengundi hantu, kerakyatan sebagai pertukaran untuk undi, nama yang berulang dan daftar pemilih yang mana SPR enggan membenarkan di periksa secara bebas memaksa Bersih mengumumkan rali ketiganya pada 28 April ini. Di seluruh negara, rali serentak akan di adakan di semua negeri, manakala di Kuala Lumpur, rakyat bersemangat untuk berkumpul di Dataran Merdeka bagi menunjukkan semangat perpaduan dan rasa tidak ppuas hati terhadap pemerintahan Najib. Talam dua muka Malah, Najib bukan sahaja cuba mengelak dari permintaan rakyat untuk perubahan proses pengundian, beliau juga memperkenalkan beberapa undang-undang baru yang beliau dan kerajaan kononnya mendakwa akan memberikan lebih hak asasi dan demokrasi kepada rakyat. Bagaimanapun, masyarakat sivil, pemimpin pembangkang, malah NGO terkemuka dunia membidas cakap-cakap talam dua muka dari Umno-BN, dan mendakwa Najib cuba mengurangkan kawalan malah memberi lebih kuasa kepada kerajaan dan pihak polis dari sebelumnya. Masalah lama sejak berdekad yang lalu, rasuah sudah semakin berkembang dan di biarkan saja malah parti Najib secara terbuka mempertahankan pemimpin yang tertangkap menggunakan dana negara. Kenaikan harga barang, kos sara hidup dan harga hartanah merupakan antara keluhan rakyat Malaysia, dan beberapa siri melepaskan tanggungan untuk ahli perniagaan kroni yang berkait dengan Umno BN. Pendekata, Bersih 3.0 ada atau tidak, rakyat sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan kerajaan. "Penggerak Bersih 3.0 ialah kuasa rakyat yang berganda di dalam dan juga luar negara, yang mendesak untuk pilihanraya yang bebas dan adil, berpaksikan demokrasi, bebas dari rasuah dan sistem pemilihan yang telus," kata Global Bersih. Pada 28 April 2012, rakyat Malaysia berani yang ke Datran Merdeka harus sedar mereka tidak sendirian, rakyat Malaysia di England, Eropah, seluruh Asia, US, Canada,Timur Tengah, dimana saja, berdiri bersama mereka dalam semangat dan demi satu tujuan dimana Kuala Lumpur telah menyatukan kita. Rali akan di adakan di Washington DC, New York, Tokyo, Beijing, Toronto, Paris, London, Seoul, Dubai, Zurich dan seluruh ibunegeri di Australia. Rali bersejarah Bersih mengumumkan rali ketiga mereka pada 4 April selepas Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dikuasai penggubal undang-undang Umno BN menolak cadangan perubahan yang di kemukakan oleh jawatankuasa Bersih, yang jika di kemukakan sudah cukup untuk melindungi pengundi. Pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara A.Samad Ismail menuduh Najib cuba mempercepatkan kajian semula parlimen 'kosmetik' supaya pilihanraya dapat dijalankan sebelum perubahan sewajarnya boleh dilaksanakan Perubahan pilihanraya akan membawa risiko besar kepada peluang Umno BN dalam pilihanryaa ke 13 akan datang, yang diramalkan berlangusng pada pertengahan Jun. Umno-BN telah memerintah Malaysia selama 56 tahun dan sepanjang masa itu, mempunyai kuasa mutlak dan terus menjalankan operasi manipulasi dan mengikut undang-undang yang sesuai dengan hajat mereka. Tahun 2011, Bersih mengadakan rali kedua pada 9 Julai, dihadiri oleh lebih 50,000 orang. Mengambil contoh apa yang berlaku di negara Arab pada musim luruh,sumber kebimbangan dan amaran kepada kuasa autoritarian Umno BN di sini, Najib segera melancarkan gerakan tangkapan untuk mengekang rasa kecewa dan tidakpuas hati rakyat Malaysia. Walaupun ada operasi tangkapan yang menyaksikan lebih seribu orang ditahan, pengharaman Bersih 2.0 dan pengharaman memakai t shirt kuning, Najib gagal menjatuhkan semangat rakyat negara ini. Kejayaan Bersih 2.0 akan terus tercatat dalam sejarah Malaysia sebagai satu acara bersejarah. Ia menunjukkan permintaan rakyat untuk perubahan dan pembaikan adalah serius. Rakyat tidak lagi hanya bersungut. Mereka mahu tindakan sebenar diambil dan mereka bersedia bertindak untuk memastikan nya. Kepimpinan masyarakat sivil Jelasnya,Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Bersih, kerana perubahan pilihanraya sudah tentu membuka lebih peluang kepada mereka. Tetapi jangan silap, Bersih ialah gerakan masyarakat sivil dan di pimpin aktivis, dan membuat keputusan mereka secara bebas. Malah, berani menyuarakan pendapat dan mengarahkan hala tuju dalam tangan mereka merupakan de riguer bagi rakyat Malaysia, manakala contoh2 generasi lepas yang hanya patuh dan atakut untuk bersuara hanya di kesali tapi tidak lagi di contohi. Ini jelas bila di lihat dari cara rakyat menolak pati-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC dalan pilihanraya umum 2008 dimana Anwar dan Pakatan mendapat kuasa di 5 dari 13 negeri. Malah Umno,parti perbesar negara ini, merekodkan keputusan kurang memuaskan. "Para pelajar tidak perlu takut untuk menunjukkan sokongan bagi pilihanraya bebas dan adi, kerana ia akan memberi perubahan besar kepada keluarga mereka di negara kita," kata David Teoh,penyelarasn Global Bersih di Melbourne. Demokrasi berkualiti dan kerajaan yang lebih baik Malah pada 28 April, satu lagi gerakan rakyat, Himpunan Hijau 3.0 yang memprotes pembinaan loji rawatan sisa bumi di Gebeng, Pahang akan juga di adakan di Kuala Lumpur. Dipimpin oleh pencinta alam yang prihatin tentang risiko radioaktif dan kesannya kepada kesihatan akibat loji Lynas, Himpunan Hijau ialah satu lagi gerakan rakyat yang popular. Perlu diberi perhatian, satu protes pelajar sedang berlangsung di Dataran Merdeka, para pelajar kolej dan universiti dari seluruh negara membina khemah, enggan beredar walau di halang keras oleh pihak berkuasa yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka untuk pengajian tinggi percuma. Pada mulanya, protes itu ialah untuk menentang skim pinjaman pelajar yang didakwa membawa perubahan dan membuat mereka menanggung hutang dari saat mereka mula bekerja. Tidak ada perhatian wajar dan sikap sambil lewa BN dalam menangani keluhan dan desakan untuk dikaji semula oleh badan-badan pelajar dan persatuan menjadikan isu ini satu lagi bom jangka politik untuk kerajaan Najib. Yang tersirat di sebalik protes pelajar ini ialah satu lagi tanda desakan semakin tinggi untuk demokrasi berkualiti dan pemerintahan lebih baik di negara ini.Seperti Bersih, Himpunan Hijau dan lain lain kebangkitan di mana rakyat terpaksa bertindak kerana sikap tidak acuh dan terlalu berkeras kerajaan. -Malaysia Chronicle | ||
Posted: 19 Apr 2012 12:33 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing. Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka. Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil. Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil. Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan. Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak. Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka. Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN. | ||
Laman web BERSIH diserang DdoS Posted: 19 Apr 2012 12:30 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH mendakwa laman webnya diserang denial-of-service (DdoS) selama 13 jam kelmarin. 'Serangan' itu dikatakan berlaku daripada jam 2 petang pada 17 April hingga jam 3 pagi hari berikutnya. Ia menyebabkan masalah akses bermula 2 petang pada 18 April (semalam). "Serangan itu menyebabkan beban kita-kira sejuta permintaan setiap jam, iaitu lebih 100 kali daripada trakfik portal berita seperti Malaysia Today," kata BERSIH. Menurut carta yang dibekalkan bersama kenyataan akhbar, trafik memuncak kepada 90 mega bit setiap saat, jauh melebihi pada masa biasa kira-kira satu atau dua mega bait setiap saat. BERSIH percaya serangan itu sebagai langkah untuk mendiamkan mereka daripada menaikkan kesedaran berkaitan reformasi sistem pilihan raya melalui perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April ini. | ||
'Samseng' serang pelajar berkhemah di Dataran Posted: 19 Apr 2012 12:27 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Seorang siswa cedera apabila kumpulan yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng' dalam satu kejadian awal pagi ini, menurut saksi. Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta kumpulan siswa berkenaan dalam kejadian bermula kira-kira jam 2.45 pagi. Koordinator Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Heng Kiah Chun memberitahuMalaysiakinibahawa kumpulan tersebut kemudiannya mengasari siswa berkenaan dan turut merobohkan khemah mereka. Pelajar yang mengalami kecederaan itu dibawa ke hospital. Heng berkata, siswa berkenaan bagaimanapun tetap bertenang dalam situasi tersebut. Kumpulan itu juga naik berang apabila pelajar berkenaan cuba merakam insiden tersebut menggunakan kamera dan telefon bimbit. Mereka kemudiannya merosakkan sebahagian daripada alat rakaman tersebut. Heng berkata, pegawai polis seramai lebih sepuluh orang yang berada berdekata kawasan itu juga tidak bertindak sehinggalah pemimpin pelajar berkenaan meminta pertolongan daripada mereka. Kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan itu apabila polis tiba dan beberapa orang daripada mereka turut ditahan, menurut saksi. Kira-kira 100 orang pelajar berkenaan berkhemah di kawasan itu sejak Sabtu lalu untuk menuntut pendidikan tinggi percuma dan juga supaya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dihapuskan. Pelajar berkenaan telah membuat laporan polis atas insiden tersebut hari ini. Malaysiakini/- | ||
Pesawat Yaman bedil pemberontak, 6 maut Posted: 19 Apr 2012 12:13 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ADEN, Yaman: Pesawat Yaman membunuh sekurang-kurangnya enam miltan yang ada kaitan dengan al-Qaeda ketika ia meningkatkan serangan ke atas penentangan di selatan. Sejak meletusnya bantahan antikerajaan yang menggulingkan bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh, tahap keselamatan di Yaman semakin merosot, terutama di bahagian selatan. Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, ia melancarkan serangan udara ke atas kumpulan militan berhampiran bandar Lawdar, menyebabkan enam orang terbunuh. - Agensi | ||
Drogba bantu Chelsea atasi Barcelona Posted: 19 Apr 2012 12:10 AM PDT 27 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - LONDON: Didier Drogba menjaringkan gol pada masa kecederaaan separuh masa pertama untuk Chelsea menewaskan juara bertahan Barcelona 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge. Gol itu menyusul apabila Frank Lampard merampas bola daripada bintang Barca, Lionel Messi, di bahagian tengah dan mengumpan kepada Ramires di sebelah kiri. Pemain Brazil itu kemudian mengumpan kepada Drogba untuk merembat melepasi penjaga gawang Barca, Victor Valdes. Ia adalah gol Drogba ke-38 dalam saingan Liga Juara-Juara. Perlawanan kedua akan berlangsung di Camp Nou Selasa depan dan pemenang akan menemui sama ada Real Madrid atau Bayern Munich di final. - AFP | ||
Siri serangan bom gegar Baghdad Posted: 19 Apr 2012 12:07 AM PDT |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan