YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
Posted: 30 Mar 2012 03:05 AM PDT Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya dapat menulis lagi, mencatat sedikit perkara untuk tatapan dan renungan kita bersama. Sejak gendang PRU semakin dipalu dan teka-teki mengenai tarikh berkenaan semakin hampir menjadi kenyataan, budaya fitnah dilihat semakin menebal, terutamanya di kalangan pemimpin pembangkang. Bagi saya, menfitnah ini bukanlah kerja baharu yang dilakukan pembangkang, malah sejak dahulu sememang menfitnah telah menjadi budaya mereka. Sebagai orang politik, saya sedikit pun tidak hairan dengan budaya puak pembangkang ini dalam menghadapi sistem demokrasi yang ada. Cuma, sedikit kebimbangan jika segelintir rakyat yang tidak faham mengenai hakikat sebenar akan lebih mudah terpedaya dengan fitnah yang ada di sekeliling mereka. Apatah lagi, budaya pemikiran orang kita sendiri yang lebih gemar mempercayai sesuatu yang salah walaupun hakikatnya apa yang dimomokkan ke pengetahuan mereka adalah palsu belaka. Kadangkala saya tersenyum dengan fitnah ini. Jika kita melayan, melarat pula jadinya. Maka kita buat tidak tahu sahajalah. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Selebihnya, mereka tanggunglah azab di akhirat kelak akibat fitnah yang mereka lemparkan. Cuma, suka saya menyarankan agar di saat detik tarikh PRU semakin hampir diumumkan, rakyat haruslah menyiapkan diri dengan semangat yang kuat agar mereka tidak mudah terjebak atau terpedaya dengan budaya fitnah ini. Apa pun, saya sangat optimis bahawa rakyat kita sebenarnya semakin matang, bijak dan cerdik dalam menilai dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Maksud saya, mereka sudah bijak untuk menilai yang mana kaca, yang mana intan. Rakyat hari ini, walaupun segelintir daripada mereka memilih untuk berada dalam saf yang salah, namun majoriti rakyat kita masih cintakan kebenaran. Itulah hakikat yang sedang saya lihat dan saya percaya bahawa anda juga melihat apa yang sedang saya lihat. Manusia yang gemar melontar fitnah itu adalah mereka yang sedang berada dalam kebimbangan dan ketakutan yang dahsyat, kalau-kalau mereka akan mengalami kekalahan teruk dalam PRU akan datang. Hanya itu sebabnya mereka sengaja dan terus melontarkan fitnah terhadap musuh politik mereka. Kepada rakyat, saya berdoa agar mereka terus kekal dengan semangat yang bijak dalam menangkis daripada sebarang perbuatan fitnah. Mudah-mudahan, mereka tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi. Ingatlah, pembangkang sedang meniupkan angin fitnah yang semakin kencang kerana mereka kini benar-benar takut dengan kekuatan BN yang semakin ketara. Percayalah. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan