Jumaat, 30 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Kafe Cinta 7 Apr 2012 di Seremban

Posted: 29 Mar 2012 09:22 PM PDT



PROGRAM KAFE CINTA
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah, Paroi, Seremban
Tarikh : 7 April 2011, Sabtu
Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh

Panelis :
Ustaz Norazman Amat (Unit Kaunseling MAINS)
Ustaz Sarip Adul (Universiti Malaysia Sabah)
Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin (Penulis Novel Islami)
Omar Kassim (ISMA Seremban)

Yuran : RM5 Ahli , RM10 Bukan Ahli

Hubungi : Alif 013-6640318 , Khairunnisa 013-3943706

Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) N.Sembilan

Hospital Daerah Rembau dibina dalam 2 fasa

Posted: 29 Mar 2012 09:21 PM PDT



KUALA LUMPUR 29 Mac - Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini.

"Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini," katanya menjawab pertanyaan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tiong Lai berkata, mengikut perancangan Hospital Daerah Rembau akan mempunyai enam wad iaitu wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, wad geriatrik dan wad pemulihan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Semakin mengelirukan Projek Hospital Rembau

Posted: 29 Mar 2012 02:07 AM PDT



Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Dato Kamarul Baharin Abbas telah bertanyakan status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai projek ini.

Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.

Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaan Bangunan Hospital?

Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar (RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.

Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar (RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.

Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.

Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut?

***********
March 29, 2012

KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election campaign.

Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, said the project would cost RM122.6 million.

Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be stationed there permanently, he added.

"We completed the tender process on March 27 and construction works will start by the end of May," he said. "We expect the project to be completed in three years' time."
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/29/khairy-gets-his-hospital/

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."
http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar/

Tajuk Projek Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah)
Tarikh Iklan 27/02/2012
Tarikh ditutup 27/03/2012
http://rakan.jkr.gov.my/ckub/b_admin/t_listdtl.asp?No_Proj=22031

Berita Harian 15 Mac 2012

Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.

Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau

REMBAU 7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan

Posted: 29 Mar 2012 01:16 AM PDT



PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com/

Tiada ulasan:

Nuffnang