Khamis, 8 Mac 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Negeri, Syabas, Puncak Niaga Akan Bincang Atasi Banjir

Posted: 08 Mar 2012 02:00 AM PST

HULU LANGAT,8 MAC : Prihatin dengan masalah banjir yang melanda kawasan Hulu Langat, Ampang dan kawasan sekitar, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat perbincangan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga bagi mencari langkah mengurangkan jumlah air di empangan berhampiran jika hujan lebat berterusan supaya tidak melimpah dikawasan sekitar lain.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor juga akan melantik seorang pegawai dari Syabas dan Puncak Niaga untuk dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Kecemasan supaya bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah banjir akan datang.

" Hujan yang lebat menyebabkan sungai melimpah, bukan hanya di sungai tetapi diempangan juga penuh dengan air, jadi cara mereka mengalihkan air itu kita mahu adakan perbincangan supaya kita dapat tahu dan kita juga dapat memberi amaran kepada penduduk jika berlaku lagi.

"Jadi salah satu daripada usaha yang kita akan lakukan, ialah memahami bagaimana kita boleh dapat kurangkan jumlah air dari empangan itu sebagai salah satu dipanggil water retantion, satu yang kita buat,Kita memasukkan seorang ahli daripada Puncak Niaga dan Syabas ke dalam Jawatankuasa Kecemasan, jadi dengan itu mereka juga akan bertanggungjawab tentang perkara-perkara seperti itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat petang tadi.

Tambah Khalid lagi, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan keperluan asas dan harian seperti makanan, tikar dan bantal bagi mengurangkan beban mangsa banjir.

"Jawatankuasa itu sudah ada, sebab belanjawan pun sudah kita tetapkan jadi jawapannya ialah ini, walaupun biasa tetapi kita tidak mahu kejadian ini berlaku, jadi maknanya kerajaan negeri sudah menyediakan makanan, tikar, bantal yang boleh mengurangkan atau meringankan beban yang mereka hadapi," katanya.

Seramai lebih 700 mangsa banjir dipindahkan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat awal pagi tadi selepas hujan lebat yang berlarutan selama empat jam.


Sumber: TVSNEWS

Kerajaan Negeri Sumbang Beras dan Barangan Makanan Kepada Mangsa Banjir di Lembah Jaya, Ampang, Selangor

Posted: 08 Mar 2012 01:00 AM PST

Shah Alam 08 Mac, 2012 - Kerajaan Negeri Selangor melalui  Exco Kemiskinan dan Kerajaan  Prihatin Negeri Selangor telah menyumbang 150 kampit beras, meehon, sardin, gula, susu tin dan minuman kordial kepada lebih 150-200 mangsa banjir di Kampung Sungai Putih, Lembah Jaya Utara dan Kampung Tengah, Ampang Indah, Ampang, Selangor pada hari ini.

Kampung-kampung tersebut adalah antara kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir di Negeri Selangor sejak malam semalam.

Mangsa-mangsa banjir ditempat sementara di dewan Datuk Mufti Shuib dan Surau Desa Permai, Lembah Jaya.

Sukarela-sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Subramani A/L Rengasamy, ketua Komuniti Kaum India Ampang telah mengambil inisiatif untuk datang ke pejabat EXCO di bangunan SUK, Shah Alam untuk mengangkut  barangan makanan tersebut dengan menggunakan lori  Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.


   

Dr Xavier: Syabas DiGesa Segerakan Kerja Penyelenggara

Posted: 07 Mar 2012 01:00 AM PST

SHAH ALAM 7 MAC: Kerajaan Selangor menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada 13 dan 14 Mac ini di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu dengan profesional dan mesti disiapkan dalam tempoh 12 jam dan bukan 24 jam.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu perlu diselesaikan seberapa pantas untuk memastikan segala urusan bekalan air warga Kuala Lumpur dan Selangor tidak terjejas dalam tempoh masa yang lama.

"Kita menjangkakan tekanan air akan pulih seperti biasa selepas itu," ujar Dr. Xavier.

Kerajaan Negeri juga mengenal pasti beberapa lokasi strategik bagi warga setempat mendapatkan bekalan air jika keadaan bertukar kritikal.

Mereka boleh menghubungi Talian Hotline Call Centre : 1-800-cuci-3939 yang akan disalurkan terus ke pihak Syabas untuk mendapatkan lokasi terdekat mendapatkan bekalan air.

Sebelum ini, Syabas dan Kerajaan Pusat menggesa Kerajaan Negeri untuk meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bagi mengatasi krisis air di Selangor yang dijangka berlaku menjelang 2012 namun tetap tidak dipersetujui Kerajaan Negeri.

Menurut pemantauan yang dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air.

Justeru, Kerajaan Negeri menggesa Syabas untuk merawat sumber air dengan teknologi terkini dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air dan jika berlaku sebarang krisis air ianya disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.


Sumber: TVSNEWS

DUN Sri Andalas Mencatatkan Keputusan Terbaik di Selangor Dari Segi Pendaftaran dan Bayaran SMUE

Posted: 06 Mar 2012 01:00 AM PST

Program seranhan sumbangan Skim Mesra Usia Emas ini telah diadakan pada 25 Februari 2012 di DUN Seri Andalas. Pada kali ini sebanyak 82 orang daripada keluarga warga usia emas yang meninggal dunia dari DUN Sri Andalas, DUN Sri Muda dan DUN Kota Alam Shah telah mendapat bayaran sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat Daerah Klang.

Turut hadir pada program ini adalah En. P.S. Rajoo, Ahli Majlis MPK dan En.Manaf, Ahli Majlis MBSA. Seramai 150 orang bersama keluarga masing-masing telah datang ke program ini.

YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas telah diwakili ahli-ahli majlis tersebut disebabkan beliau menghadiri program EXCO Retreat di Melaka.

DUN Sri Andalas telah membuat pendaftaran sebanyak 4,600 permohonan dalam program Skim Mesra Usia Emas ini sejak program ini dimulakan pada tahun 2008.

Setakat ini, seramai 782 keluarga dari DUN Sri Andalas telah memperolehi bayaran sebanyak RM2,500.

Jumlah pendaftaran SMUE bagi DUN Sri Andalas adalah seperti berikut:

Melayu - 1,142
Cina - 1,213
India - 2,212
Jumlah - 4,600

Jumlah pembayaran SMUE  bagi DUN Sri Andalas adalah seperti berikut:

Bayaran Pertama - 852
Bayaran Kedua - 782

En Arbaain Bin Abdul Rahman memberi pujian kepada pihak DUN Sri Andalas kerana rajin menguruskan program MUES ini dan DUN Sri Andalas merupakan DUN yang terbaik di Selangor dari segi pendaftaran dan bayaran.

Cik Kasturi a/p Ramasamy dari Taman Telok Menegon, Kg. Jawa, Klang yang datang untuk mengambil  bayaran ini bagi mendiang bapanya yang berusia 65 tahun mengatakan bahawa ayahnya seorang OKU dan dialah  yang menjaganya, Pada hari kematian bapanya, dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk perbelanjaan dan terpaksa minta bantuan daripada saudara mara untuk upacara pengebumian.

Katanya, dengan pembayaran daripada MUES ini dia dapat menyelasaikan masalah yang dihadapinya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor khususnya YB Dr Xavier Jayakumar yang menziarahi mendiang bapanya dan memberikan bayaran pertama sebanyak RM1,000 untuk upacara pengebumian.

Seorang lagi, Cik,Woo Keong Yei yang turut hadir untuk mengambil bagi mendiang emaknya mengatakan bahawa program seperti ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengutamakan rakyat .Walaupun pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor hanya 4 tahun, banyak perubahan telah dilakukan khususnya kepada rakyat negeri Selangor seperti Skim Pembayaran, Sumbangan dan Bantuan Kemiskinan.


Tiada ulasan:

Nuffnang