Rabu, 7 Mac 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Bersama Selangor Action Team dan Majlis Perbandaran Klang Membersih Sampah Di Sekitar DUN Seri Andalas

Posted: 04 Mar 2012 01:00 AM PST

Klang, 4 Mac 2012 - Kerja-kerja membersih sampah di sekitar DUN Seri Andalas giat dilakukan pada hari ini.

Menyertai YB Dr Xavier Jayakumar pada aktiviti pembersihan pagi ini adalah Selangor Action Team, Majlis Perbandaran Klang dan para sukarelawan.

Kerja-kerja pembersihan melibatkan membersih sampah di sepanjang jalan utama, bahu jalan dan dipadang-padang kawasan perumahan.

Kebanyakan sampah yang dibersihakan merupakan tinggalan bahan-bahan buangan binaan yang memerlukan jentera berat untuk memungut dan mengalihkannya.

YB Dr Xavier Jayakumar menawarkan ganjaran kepada mereka yang menghantar gambar pembuangan sampah secara haram oleh lori-lori disekitar kawasan DUN Seri Andalas.

Semenjak akhir-akhir ini pembuangan sampah secara rambang telah dilakukan dikebanyakan kawasan negeri Selangor, namun kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan proaktif untuk memastikan kawasan persekitarn kekal bersih dan terurus.


Lagi 140 Beg Sekolah Disumbangkan Kepada Pelajar-pelajar Kurang Mampu di Desa Latania

Posted: 28 Feb 2012 07:00 AM PST

Desa Latania, 28 Februari 2012 - Sebanyak 140 buah beg sekolah telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Program sumbangan beg sekolah ini adalah program kali kedua diadakan disini pada tahun ini.

Summbangan beg sekolah telah diserahkan kepada pelajar-pelajar oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas.

YB Dr Xavier Jayakumar menegaskan perlunya bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah ini bagi membantu meringankan beban keluarga serta memastikan mereka terus belajar di sekolah. YB Dr Xavier percaya dengan pelajaran yang baik dapat mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.

Usaha-usaha bantuan persekolahan telah digiatkan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor. Bantuan subsidi yuran sekolah dan sumbangan basikal telah diberikan secara berterusan setiap masa.

Pada program hari ini para sukarelawan turut mengambil kesempatan untuk mendaftar warga emas untuk program Jom Shopping. Turut dilakukan pendaftaran 35 orang wanita untuk program mammogram.

Program diakhiri dengan jamuan kecil untuk semua yang hadir.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir membanntu pada hari ini.





Tiada ulasan:

Nuffnang