Isnin, 19 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dato Seri Anwar Ibrahim di N.Sembilan 22 Mac 2012

Posted: 18 Mar 2012 08:02 PM PDT


CERAMAH KHAS
Tarikh : 22 Mac 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Bt 3, Pekan Lukut, Jln Lukut - Port Dickson, Telok Kemang, N.Sembilan
Bersama :
~ Dato Seri Anwar Ibrahim
~ YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
~ YB Hj Mohamad Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ YB Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan

Semua dijemput hadir


Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong

Posted: 18 Mar 2012 06:46 AM PDT


PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac 2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk "Tender bina Hospital Rembau dibuka bulan depan". Apa yang menarik perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS) seluas 20 ekar.

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan paling tinggi hanya RM 1.20 sekaki persegi? Ini bermakna harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 52,272.00 seekar, sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM 16.8 juta.

*********

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar

Sentral: 'Pampasan mesti setimpal

23 January, 2008 - 06:12

REMBAU: Seramai 138 keluarga dari empat kampung di Chengkau, dekat sini, berharap kerajaan negeri dapat membuat taksiran pampasan yang setimpal terhadap pengambilan tanah mereka untuk projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja.

http://panduan.org/node/61156

October 21, 2009 10:55 AM

Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar Atasi Bekalan Air Di Rembau Dan Port Dickson

SEREMBAN, 21 Okt (Bernama) -- Masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di daerah Rembau dan Port Dickson akan dapat diatasi dengan terlaksananya Projek Skim Bekalan Air Batu Hampar bernilai RM265.5 juta.

Pakej Kedua melibatkan pembinaan sebuah sebuah loji rawatan air yang berupaya menghasilkan 100 juta liter air sehari, sebuah muka sauk dan sebuah empangan redah di mukim Titian Bintangor, Rembau. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada 28 November, 2007 itu akan mulai beroperasi pada awal tahun 2010.

Pakej Ketiga melibatkan pembinaan sebuah kolam air berkapasiti 18 juta liter di Bukit Kunyit, Mukim Titian Bintangor dan pemasangan jajaran paip sepanjang 10 km. Pakej ini siap pada 27 Ogos lepas.

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=448387&

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

"Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html

Tiada ulasan:

Nuffnang