Mohamad Taufek Abd Ghani |
- SPNB gagal pulih Projek Perumahan Terbengkalai secara menyeluruh
- Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz
- Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012
- Warga emas meninggal dunia selepas mohon bantuan JKM
- Terkuburnya cadangan Kampus UiTM di Chengkau, Rembau
- Penduduk Pedalaman Daerah Pitas, Terseksa Sejak Puluhan Tahun
- Bancian kecenderungan politik guru juga di KL
SPNB gagal pulih Projek Perumahan Terbengkalai secara menyeluruh Posted: 15 Mar 2012 08:45 PM PDT Pada tahun 2002 Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB telah diberi dana oleh kerajaan sebanyak RM300 dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai. Tapi sejak tahun 2010, SPNB tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Sebaliknya apa yang berlaku antara projek SPNB ialah membina Aparment seperti di Seremban Putra sebanyak 960 buah pada harga antara RM 55,000 ke RM 96,000 sebuah. Ini bermakna sekiranya terjual semua 960 unit Apartment Seremban Putra ianya berjumlah antara RM 52.8 juta ke RM 92.16 juta. Adakah semua 960 unit Apartment Seremban Putra? Dari mana SPNB memperolehi dana untuk membina 960 unit Apartment Seremban Putra? Apakah kini nasib pembeli rumah terbengkalai atau projek perumahan sakit seluruh Malaysia akan terumbang ambing selama-lamanya? 1. Apakah latarbelakang Pemulihan Projek Terbengkalai SPNB? Pada 7 November 2001, YAB Menteri Kewangan telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Peruntukan permulaan berjumlah RM300 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah telah diberikan kepada SPNB pada Januari 2002. 2. Apakah objektif Pemulihan Projek Terbengkalai yang dilaksanakan oleh SPNB? Objektif Pemilihan Projek adalah untuk menyiapkan projek perumahan terbengkalai dan menyerahkan kepada pembeli bersama pemilikan hartanah yang sempurna. http://www.spnb.com.my/bm/corporate/faq.htm#10 SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai Feb 5, 2012 Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh. - Bernama http://www.malaysiakini.com/news/188333 LAMAN WEB BEBERAPA PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI http://terbengkalai.blogspot.com SEREMBAN PUTRA SIKAMAT, MUKIM AMPANGAN, SEREMBAN Dengan harga yang amat berpatutan serta lokasinya yang hanya beberapa minit dari bandar Seremban, projek perumahan ini menampilkan rekabentuk yang sememangnya menepati citarasa terkini. http://www.spnb.com.my/bm/projects/05-002/05-002.htm# Seremban Putra From RM88,000 - RM96,000 Built Up:849 - 900 sq. ft. Listing Price:From RM88,000 - RM96,000 Bedrooms:3, Bathrooms:2 Total Units/Lots:960 Posted Date:14/12/2010 http://www.iproperty.com.my/developments/1869/Seremban_Putra For Sale – Seremban Putra Apartments at Sikamat, Seremban. Freehold. Price from RM55,000. Developed by SPNB. Posted on | August 16, 2011 Built up: 850 sq. ft. 3 bedrooms + 2 bedrooms units. Seremban Putra Apartments (Seremban) Consist of 10 blocks of 5 storey apartments with lifts. Each block having 96 unit of 3 bedroom apartment and 4 unit shop lots. The development is developed by Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) |
Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Mini Perpustakaan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) Seremban sila salurkan melalui : Nama akaun : SRI DARUL ULUM No akaun bank CIMB : 05040000993100 Atau sila hubungi : 019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi 019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah. SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini. Alamat : Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Laman web : www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum |
Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012 Posted: 15 Mar 2012 05:44 PM PDT CERAMAH UMUM Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu Masa : 9 mlm Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau) Penceramah : ~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat ~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM ~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat ~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau ~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau - Semua dijemput hadir - Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong |
Warga emas meninggal dunia selepas mohon bantuan JKM Posted: 15 Mar 2012 05:43 PM PDT Akhbar Borneo Post 16 Mac 2012 melaporkan seorang warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia selepas keluar dari lif di Wisma Sanyan di Sibu, Sarawak. Warga emas tersebut dengan isteri telah pergi ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan kewangan. Selepas meninggalkan pejabat JKM beliau telah mengadu sakit dada. Persoalannya, apakah perlu warga emas yang sudah uzur berurusan di pejabat JKM? Apakah kakitangan JKM, pengerusi JKKK tidak cukup kakitangan atau elaun untuk pergi ke rumah mereka yang uzur untuk membuat proses permohonan bantuan kewangan atau memberi bantuan kewangan? Senior citizen collapses, dies after stepping out of lift
March 16, 2012, Friday
SIBU: A 74-year-old man collapsed and died after stepping out of a lift at Wisma Sanyan about 10am yesterday.
The man from Sibu Jaya and his wife had earlier visited the Welfare Department to get some financial aids.
He complained of chest pain while leaving the department.
When he collapsed after leaving the lift, a member of the public called an ambulance.
He was pronounced dead when paramedics attended to him.
Police classify it a sudden-death case. http://www.theborneopost.com/2012/03/16/senior-citizen-collapses-dies-after-stepping-out-of-lift/ |
Terkuburnya cadangan Kampus UiTM di Chengkau, Rembau Posted: 15 Mar 2012 07:20 AM PDT Semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 , antara yang diwar-warkan ialah pembinaan Kampus UiTM di Rembau. Ada yang mengatakan ianya di Chengkau. Satu artikel bertajuk Proposal Guard House For UiTM Chengkau Rembau, N. Sembilan, Malaysia menguatkan lagi ura-ura pembinaan Kampus UiTM di Chengkau. Artikel tersebut di http://mfyarchdesign.blogspot.com/2010/10/proposal-guard-house-for-uitm-chengkau.html Adakah cadangan pembinaan Kampus UiTM di Chengkau akan dibangkitkan semula dalam kempen Pilihanraya Umum ke 13 nanti? Kosmo 31 Jan 2008 SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Sumber : http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html |
Penduduk Pedalaman Daerah Pitas, Terseksa Sejak Puluhan Tahun Posted: 15 Mar 2012 03:24 AM PDT Aduan Rakyat Online 15 Mac 2012 - Janji nak baiki/naik taraf jalan sudah menjadi rutin dalam kalangan pemimpin POLITIK. Hal inilah yang menjadi isu utama di beberapa buah kampung sekitar Jalan HACP SENG daerah Pitas, Sabah. Kalau dikatakan penduduk tidak menyuarakan masalah ni, bertimbun-timbun sudah surat permohonan yang diajukkan oleh pengerusi JKKK dan ketua kampung setiap tahun. Kalau dikatakan penduduk mengada-adakan masalah, tak masuk akal langsung sebab PEMIMPIN sendiri yang pernah masuk ke kampung berkenaan dengan menyatakan rasa simpati. Semasa beliau dalam perjalanan masuk kampung, beliau telah mengalirkan air mata berdasarkan ucapan beliau dalam Program Juara Rakyat hujung 2010. Janji menabur batu di lokasi tertentu sepanjang jalan akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Janji yang sama diumumkan semula sempena Lawatan kerja mereka pada tahun 2011. ~ Siapakan yang tidak terharu dengan JANJI MANIS MULUT ini? Apa yang dah jadi sehingga sekarangpun jalan raya masih tidak boleh dilalui. Implikasi daripada masalah ini, ~ Penduduk berjalan kaki sehingga ke Kg. Mampakad Laut Pitas (kira-kira 35 KM) ~ Penduduk sukar mendapatkan rawatan di hospital. Penduduk terpaksa menggunakan perahu (Kira-kira 20/40 KM) ~ Ramai pemilik kenderaan 4×4 menanggung kerugian akibat terpaksa melalui jalan ROSAK TERUK ~ Hasil pertanian sukar dikeluarkan ke pasaran ~ Urusan di pejabat terus tertangguh ~ Sekolah mengalami kerugian akibat pembinaan kemudahan dibatalkan ekoran ketidak sanggupan para kontraktor melalui jalan SANGAT TERUK. ~ Guru-guru berjalan kaki berserta barang keperluan mereka Kami sebagai penduduk dalam beberapa buah kampung berasa berSALAH sebab kalau diam ja, sampai bila kami memikul penderitaan ini. kalau nak kata sesuatu pula dikatakan tidak spoting, menentang/memburuk-burukkan pemimpin/pihak kerajaan, tidak bersyukur dan sebagainya………..Kami minta maaf, jauh sekali niat kami sedemikian tapi FAHAMILAH keperluan kami sebagai rakyat Malaysia. Kami BERHAK mendapatkan kemudahan ASAS seperti yang dikecapi oleh penduduk- penduduk PEKAN /BANDAR. Tentang ELEKTRIK dan bekalan AIR BERSIH jangan ceritalah………Sebab kami mahir membuat lampu pelita, Cuma kanak-kanak kampung ini sentiasa ada naluri melihat wajah PERDANA MENTERI MALAYSIA di kaca TV tapi hal ini hanyalah angan-angan. Kalau tak ada bekalan air bersihpun, kami masih boleh guna air sungai Bengkoka. Tiba musim banjir, kami makan, minum, membasuh dan mandi dengan " Air Milo". Nasib oh! nasib!…. Slogan PM "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" sekurang-kurangnya menjadi harapan dan sinar baru kami sebagai penduduk pedalaman agar PENDERITAAN TEGAR ini tidak lagi diwarisi oleh cucu-cicit kami. Bagi memastikan kesahihan FAKTA dalam aduan ini SILA TINJAU sepanjang Jalan Hacp Seng sekarang juga (15 MAC 2012) Sekian dan terima kasih By: Semua Penduduk JALAN KE SOKID Beginilah keadaan jalan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kg. Mandurian, Kg. Sinanggip, Kg.Nibang, dan Kg. Lokos serta kampung-kampung yang berdekatan. Untuk makluman para pelawat blog ini, gambar ini saya diambil ketika dalam perjalanan balik ke kampung halaman (Kg.Mandurian Pitas) pada bulan FEB. Gambar ini hanya boleh menggambarkan sebahagian kecil sahaja jalan-jalan yang rosak. Keadaan jalan ini telah bertambah teruk pada ketika ini, sehingga memaksa para penduduk untuk berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. Perkara ini bukanlah baru bagi penduduk yang tinggal dikawasan ini bahkan keperitan ini sudah dirasai sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak(cuma untuk pengetahuan para pembaca), pihak yang berwajib langsung tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib penduduk disini. Pada pandangan saya, pembangunan dikawasan ini boleh buat dengan adanya jalan raya yang baik. Dengan adanya jalan raya yang baik di kawasan ini, segala hasil pertanian orang kampung dapat dijual di pasar-pasar. Ini seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan penduduk. Tetapi disini lain pula jadinya…bukan sekadar penduduk sahaja yang dapat tempiasnya, guru-guru yang mengajar khususnya di SK Mandurian, SK Nibang, dan SK Pinapak terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk mendapatkan kereta "pirates" dan yang lebih buruk lagi ada yang terpaksa menaiki perahu untuk ke Dandun. Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan yang berasal dari sini terpaksa berjalan kaki untuk balik ke asrama SMK Pinggan-Pinggan. Saya bukanlah mahu "memperhebatkan" cerita, tetapi perkara ini juga saya pernah rasai ketika saya dan rakan sekampung yang sebaya masih menuntut di SMK Pinggan-Pinggan dan sekarang pun adik-adik kami masih mengalami perkara yang sama. Perubahan???langsung tak pernah nampak. Sekolah Mandurian yang semakin uzur?? bantuan peralatan komputer yang dibekalkan pun tak sampai ke sekolah Mandurian akibat kenderaan yang digunakan untuk mengangkut terkandas di Kg. Sinanggip. Kalau ada penduduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati, ada pula orang "asing"yang marah dengan menyuruh kami supaya teruskan berdiam diri. Apa yang sangat menghairankan, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang tinggal disini. Mereka ini hanya tahu bercakap ketika mendengar cerita dari mulut orang lain tanpa melihat dengan mata sendiri, yang memandu kereta di jalan berturap dan bukannya memandu disepanjang jalan Hap Seng, yang hanya basah kuyup kerana lupa membawa payung dan bukannya basah disebabkan menimbus jalan yang rosak dengan batu-batu hampir sepanjang perjalanan. Bagi mereka yang belum "bangun" daripada tidur dari lebih 10 tahun yang lalu, bangunlah, buka mata, cuci muka beruslah gigi, anak-anak anda juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bukalah minda luas-luas.. |
Bancian kecenderungan politik guru juga di KL Posted: 15 Mar 2012 03:22 AM PDT Mac 15, 2012 - Surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik guru-guru di Tawau dipercayai juga diedarkan kepada sekolah di Kuala Lumpur. Malaysiakini dimaklumkan bahawa guru di sebuah sekolah rendah diminta melabelkan diri mereka sebagai hitam, kelabu atau putih mengikut kecenderungan politik mereka, sama seperti yang dilakukan di Tawau. Menurut seorang guru, yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan berkenaan dijalankan bulan lalu. "Ya, kajian itu sama dengan apa yang dilakukan di Tawau. Borang itu mempunyai dua ruang, pertama senarai nama guru dan kedua untuk ditandakan sama ada putih sebagai menyokong kerajaan, hitam bagi yang memihak kepada pembangkang dan kelabu bagi mereka yang tidak pasti, "kata guru itu. Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada jika kajian itu diarahkan oleh kementerian atau pegawai pendidikan, tetapi percaya tinjauan berkenaan dijalankan di sekolahnya kerana ia terletak di kerusi yang dipegang oleh pembangkang. Namun tinjauan rambang di beberapa buah sekolah lain di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang, mendapati tidak ada guru lain yang diberi kertas kajian seumpama itu. Ketika dihubungi, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata bahawa beliau tahu terdapat pekeliling atau arahan seumpama itu yang dihantar ke sekolah-sekolah. Beliau menasihatkan Malaysiakini untuk menghubungi semula minggu depan untuk jawapan rasmi. "Pengarah di luar kawasan," katanya. Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, juga berkata bahawa tidak ada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh kementerian. "Tidak ada arahan. Kementerian tidak terlibat, saya sudah semak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan