Isnin, 12 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Perarakan Pembebasan Palestin 30 Mac 2012 di Shah Alam

Posted: 11 Mar 2012 08:00 PM PDT



PERARAKAN KEMUNCAK
Global March to Jerusalem
Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Maklumat lanjut di :
mygmj30th@gmail.com
http://www.mygmj.org/
www.twitter.com/myGMJ
www.facebook.com/MalaysiaGMJ
017-9720700 Dr Mohd Tahir
018-5771542 Rose Jazimah

Masyarakat dunia bakal berarak ke Al Qud, Palestin pada 30 Mac 2012 ini.

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu 'Palestine Land Day'.

Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin.

Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?

Sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci.

Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.

Satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

FORUM HIJRAH ARTIS

Posted: 11 Mar 2012 06:24 PM PDT



"Santai Bersama Selebriti"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ Sham KAMIKAZE
~ Azhar SPRING

Turut Serta : Ustaz Nor Azman Mohamad & Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)

Anjuran SAMM & Pakatan Rakyat N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azizi 012-3696474

Ceramah Mukim Soleh 17 Mac 2012 di Rembau

Posted: 11 Mar 2012 06:23 PM PDT


CERAMAH AGAMA
Tajuk : "Haji Membentuk Mukmin Soleh Musleh"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek An-Nur Rembau
Penceramah : Ustaz Zamri Zainal Abidin (Mantan Penerbit Radio IKIM)
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Untuk pertanyaan sila hubungi 013-6680801


Apa yang menarik di DUN Lenggeng sepanjang Mac 2012

Posted: 11 Mar 2012 03:43 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 13 Mac 2012, Selasa

Masa : 9 malam

Tempat : Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly Mohd Omar)

Penceramah :

~ YB Mohd Nasir Zakaria

~ YB Tian Chua

~ Rafizi Ramli

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar


CERAMAH PERDANA

Bersama Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub

Tarikkh : 30 Mac 2012, Jumaat

Masa : 9.00 malam

Tempat : Pusat Tarbiyyah, MTD Lenggeng, Taman Panchor Jaya, Seremban


24 Mac 2012 : Konvoi Jom Daftar Pengundi - Lokaliti Panchor

30 Mac 2012 : Ceramah Perdana "PAS for Lenggeng" oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Tempat : MTD Lenggeng

31 Mac 2012 : Majlis Makan Malam untuk Dana PRU ke-13 bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Tempat : PASTI Wildan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)

06 April 2012 : Pidato Anak Muda (Penceramah akan dimaklumkan kemudian). Tempat : MTD Lenggeng

http://dppksns.blogspot.com


SEJARAH LENGGENG

Nama Lenggeng itu sendiri pada masa dahulunya adalah berasal dari nama seekor ikan yang disebut oleh orang Rawa sebagai Langging. Lama kelamaan nama itu disebut sebagai Lenggeng. Maka hingga ke hari ini nama Lenggeng itu digunakan. Lenggeng telah dibuka oleh orang Asli atau orang Sakai sekitar tahun 1600-1700.

Sehari bersama Darussyifa 17 Mac 2012 di Gemencheh

Posted: 11 Mar 2012 03:41 PM PDT


PROGRAM SEHARI BERSAMA DARUSSYIFA N.SEMBILAN DAN HPA

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 pagi - 11 malam

Tempat : Masjid As-Syakirin, Gemencheh, N.Sembilan

ACARA MENARIK

~ Pameran Darussyifa

~ Rawatan penyakit fizikal dan makhluk halus

~ Bekam

~ Rawatan Refleksologi

~ Rawatan Akupuntur

~ Rawatan Kiropraktik

~ Forum Perdana

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut program di http://puspa-ns.blogspot.com/2012/03/sehari-bersama-darussyifa-17-mac-2012.html

ANAK akan saman tiga bekas MB

Posted: 11 Mar 2012 03:17 AM PDT


Mac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Posted: 11 Mar 2012 03:15 AM PDT

Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas mohon mesin ATM

Oleh: Sapar Sutir

11 Mac 2012 , Gemas : Saya sudah berusia 70 tahun, sejak Felda Pasir Besar di buka sekitar tahun 1966 sehingga kini banyak kemajuan yang telah di perolehi oleh peneroka Felda Pasir Besar Gemas, dari generasi pertama sehingga kedua pembangunan di kawasan Felda ini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dari harga getah sekitar RM 1.50 hingga mencecah RM 5.00 sekilo peneroka telah merasainya, kata Ketua Kampong Pasir Besar.

Di Felda Pasir Besar ini terdapat Pusat Giat Mara bagi melatih tenaga mahir anak peneroka dalam bidang mekanik kenderaan bermotor, welding juga bidang kemahiran teknikal lain, di samping anak muda membantu ibu dan ayah di kebun juga ada yang menimba pengalaman di kilang getah milik Felda yang beropersi di kawasan Felda Pasir Besar sejak dahulu lagi.

Generasi kedua Felda Pasir Besar mempunyai kepelbagian kemahiran malah terdapat seorang anak peneroka Felda Pasir Besar pernah menjadi Wakil rakyat Gemas iaitu Datuk Jamlus bin Abdul Aziz yang merupakan anak peneroka di sini.

Peneroka Felda di sini juga adalah penyokong kuat kerajaan dan Barisan Nasional di mana telah di buktikan pada pilihanraya ke 12 yang lalu, di mana undi kepada Barisan Nasional dari Kawasan Felda Pasir Besar dan penduduk Pasir Besar amat tinggi sekali.

Tambah katanya lagi Felda Pasir Besar dan Kampong Pasir Besar adalah berkedudukkan sebelah menyebelah cuma di bezakan dengan nama Felda dan kampong sahaja, segala aktiviti tetap di jalankan bersama-sama secara musawarah dan gotong royong.

Terdapat 27 blok di Felda Pasir Besar yang di anggarkan sejumlah 4,000 peneroka mendiami tanah rancangan Felda Pasir Besar tidak termasuk yang tinggal di kawasan kampong tradisional bersebelahan tanah rancangan Felda ini. Terdapat juga Taman Pasir Besar yang merupakan taman perumahan yang di miliki oleh kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan Felda Pasir Besar juga yang berkerja di kawasan Gemas juga terdapat juga pasaraya besar D.MART di kawasan Felda untuk kemudahan masyarakat di sini.

Tapi yang membuatkan kami penduduk kampong dan peneroka di sini kecewa adalah kerana kemudahan untuk mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM tidak terdapat di sini, mesin ATM amat di perlukan di sini untuk penduduk dan peneroka mengeluarkan wang bila memerlukan wang tanpa perlu keluar ke pekan Gemas sejauh 15 kilometer atau ke Pekan Rompin sejauh 12 kilometer hanya untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk kegunaan harian penduduk di sini. katanya lagi.

Kemudahan mesin ATM amat diperlukan bagi memudahkan warga Emas mengambil duit pencen dari kerajaan tanpa perlu bersusah payah ke Pekan Gemas juga Rompin, di tambah pula warga emas yang usur ianya amat baik kepada mereka.

Kami berharap ada satu daya usaha yang bersepadu untuk pihak -pihak tertentu membantu kami agar di dirikan sebuah mesin ATM di kawasan Pekan Felda Pasir Besar akan tercapai. Tempat untuk mendirikan mesin ATM tiada masalah kerana terdapat sebuah stesen minyak yang besar di sini boleh di letakan di kawasan dalam premis mereka bagi menjamin keselamatan mesin ATM berkenaan.

Kami penduduk mengharapkan keluhan kami di sini di ambil tindakan, bagi kami jika kami di bantu untuk mendapatkan kemudahan yang kami amat perlukan pasti kami akan tetap menhargainya malah akan membantu siapa yang sudi membantu kami di masa akan datang.

Sumber : http://saparsutir66.blogspot.com/2012/03/peneroka-felda-pasir-besar-mohon-mesin_10.html

Tiada ulasan:

Nuffnang