. |
- Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh
- ISLAM ADALAH RAHMAT SEKELIAN ALAM
- Mazlan Aliman ditahan, dihalang masuk Sabah
Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh Posted: 12 Mar 2012 01:15 AM PDT Ratusan demo di KK bantah tanah adat diceroboh Ratusan orang dari beberapa kumpulan NGO termasuk mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan menyertai himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu, pagi ini, bagi mempertahankan tanah adat daripada terus dicerobohi dan pelbagai masalah lain di negeri itu. Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum mereka berarak ke Wisma Innoprise - yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Peserta yang berhimpun sejak jam 7 pagi, mula bergerak ke bangunan itu - yang terletak kira-kira 200 meter dari padang berkenaan - kira-kira jam 9 pagi bagi menyampaikan memorandum menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya. Bagaimanapun Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan, sebaliknya mereka hanya dibenar berkumpul di sebatang pokok di hadapan bangunan itu. "Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja. "Wakilnya datang ke pokok berkenaan... Jadi kita buat keputusan kita batal serah memorandum. Kita akan tentukan tarikh untuk buat perhimpunan lebih besar," kata Mohd Firdaus ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. Kumpulan itu mendakwa perhimpunan berkenaan terpaksa diadakan kerana isu tanah adat Sabah kini dalam keadaan kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan. Sebelum ini, setiausaha TABAH Lahirul Latigu dilaporkan berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi sebanyak 977 kes. Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi pula membidas Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez kerana mendakwa tiada lagi Tanah Hak Adat Negeri (NCR) di Sabah selepas 1930. Beliau juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah pula dilapor mempersoalkan mengapa kes masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan. Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, selain Hamzah, turut hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Razman Zakaria dan pengerusi TABAH Hishamuddin Sulaiman. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut dihalang masuk ke Sabah malam tadi, dan diarahkan meninggalkan negeri itu serta merta. Mohd Firdaus berkata peserta membawa beberapa kain rentang antaranya tertulis "Jangan musnahkan periuk nasi kami, Jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri" dan "Inikah konsep 1Malaysia, beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Perhimpunan itu berakhir kira-kira 10.30 pagi, kata Mohd Firdaus yang juga pegawai media Dewan Pemuda PAS Sabah. Sementara itu, seorang wakil mahasiswa yang enggan namanya disebut memberitahu Malaysiakini, beliau mengetuai kira-kira 100 mahasiswa hadir dalam himpunan tersebut bagi menyokong perjuangan TABAH. Source: http://malaysiakini.com/news/191798 | ||
ISLAM ADALAH RAHMAT SEKELIAN ALAM Posted: 11 Mar 2012 03:29 PM PDT 1. Islam adalah wahyu dari Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . Bukan hanya manusia tetapi seluruh makhluk mengambil manafaat dari risalahnya . 2. Manusia selaku mukallaf [ yang menggalas taklif syara' ] tentu sahaja merupakan makhluk yang menerima secara langsung segala amanah perutusan syariatnya . 3. Selaku khalifah Allah di atas muka bumi , manusia dipandu seadilnya untuk mengurus dan mengatur kehidupan mereka agar berjaya dan sejahtera . Panduannya al Quran dan pemandunya Rasul saw. 4. Negara kita hari ini jelas sedang bergerak menuju kehancuran dan kebinasaan apabila Al Quran dan as Sunnah tidak diterima pakai sebagai dasar dan pedoman untuk membina tamaddun dan peradaban . Kebanjiran maksiat dan mungkar malah peningkatan indeks jenayah , rasuah , penyelewengan amanah , penyalahgunaan kuasa serta pencemaran sosial yang semakin parah sebagai petanda utama negara kian binasa . 5. Ringkasnya , pelaku segala macam mungkar dan aneka maksiat jua jenayah ini adalah mereka yang tidak tahu membezakan syurga neraka dan dosa pahala . Kedudukan mereka sangat terpisah dari cahaya al Quran dan didikan sunnah . Sedang al Quran dan as Sunnah sahajalah satu - satunya formula yang mampu membebaskan dari perangkap yang menjerumuskan mereka ke lembah yang hina . 6. Malang masih ramai yang sangsi dan keliru tentang Islam , bahkan sebahagian ummat Islam mengalami kekeliruan tersebut . Apakah Islam ini hanya agama sekadar mengucap dua kalimah syahadah , solat , puasa , zakat dan haji semata - mata ? atau Islam sebagai sebuah cara hidup yang mesti diambil segala prinsip dan syariatnya . 7. Sebahagian ummat Islam pula turut terpengaruh dengan propaganda musuh yang mengaitkan Islam dengan aktiviti terrorist dan ganas . Lantas Islam dan para pejuangnya digelar militan, wahhabi , pengganas dan sebagainya , walhal Islam adalah agama yang benar dan tepat . Sesuai dan wajar dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa membezakan warna kulit dan bahasa lidah mereka . 8. Justeru itu , langkah pertama bagi semua pihak ialah merujuk apa jua perkara berkait dengan Islam kepada mereka yang benar - benar mendalami agama Islam dan ikhlas berjuang untuk agama Islam . Jika Islam dirujuk kepada golongan Islam Liberal , Islam Hadhari , Orientalis dan seumpamanya , akan ditemui satu kekeliruan yang membingungkan mengenai Islam terutama bagi mereka tidak memiliki basic agama Islam yang baik . 9. Melihat keindahan Islam dan kehebatannya dalam menangani persoalan hubungan manusia dengan tuhan jua manusia dengan manusia ialah apabila diambil sumber yang jelas dan tulen iaitu al quran dan sunnah . Malang sekali jika Islam diambil persepsi dan perspektif mengenainya dari surat khabar jalanan . Terhasillah sebuah kecelaruan dan kekeliruan yang sukar dibetulkan kembali . 10. Islam bukan teori , fantasi dan ilusi sebaliknya Islam adalah Manhaj hidup yang praktis dan realistik untuk diamal di semua tempat dan masa jua untuk semua bangsa dan bahasa . Islam adalah cara hidup yang universal . Merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan menyusun kehidupan manusia dengan wahyu Allah Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijak . Tidak pernah diketemui satu pun peraturan dan undang - undang Islam yang zalim , kejam dan menindas dan menginaya sebaliknya ia adalah setimpal dengan jenayah yang dilakukan oleh manusia yang zalim dan kejam . Source: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150581460037312&id=303331692311 | ||
Mazlan Aliman ditahan, dihalang masuk Sabah Posted: 11 Mar 2012 10:53 AM PDT
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) hari ini dihalang dari memasuki Sabah. Mazlan ditemani pegawai khas lajnah, Fadhil Osman, Razman Zakaria (Pengerusi Bapa),Kol.(B) Nazari (Kerabat), Abd. Rahman Ramli (Bangkit). Beliau dijadual menyertai himpunan aman 123 Bangkit esok di Kota Kinabalu dan akan menubuhkan NGO Keabat dan Bangkit bagi negeri Sabah. Menurutnya, ketika cuba mendapatkan penjelasan mengapa ditahan, pegawai Imigresen tersebut menyatakan hanya menjalankan tugas. Setelah ditahan hampir sejam, beliau telah diarahkan supaya pulang ke Semenanjung serta merta. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8730-mazlan-aliman-dihalang-masuk-sabah?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan