N50 Dun Sri Muda |
Noh Sibuk Isu Pasir Untuk Elak Skandal NFC Posted: 22 Feb 2012 04:53 AM PST
Oleh Hafizan Taib 22/02/2012 69 View SHAH ALAM, 21 FEB : Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sewajarnya memberi perhatian terharap isu besar seperti skandal Lembu Fidlot NFC yang dipertanggungjawabkan kepadanya daripada memperkatakan mengenai kes pasir di Selangor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, Noh tidak seharusnya lepas tangan dalam isu itu dan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap pecah amanah duit rakyat berjumlah RM250 juta yang didakwa melibatkan seorang menteri. Menurutnya, keutamaan perlu diberikan kepada kes itu sepertimana arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Noh untuk memantau kes tersebut. Katanya, pihaknya bersetuju dengan saranan Noh supaya isu kepentingan rakyat dibawa ke "mahkamah rakyat" supaya rakyat boleh membuat penilaian berhubung sesuatu isu dibangkitkan. "Apakah Noh masih belum menyiapkan kertas laporan untuk dibawa ke 'mahkamah rakyat' seperti diarah Perdana Menteri untuk Noh pantau dalam skandal Lembu Fidlot NFC? Dalam perkembangan terkini yang saya ikuti sewaktu ditanya wartawan berhubung perkembangan skandal yang melibatkan RM250 Juta wang rakyat, dilaporkan beliau terkial-kial untuk menjawab soalan wartawan dalam mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa terdapat pecah amanah dana rakyat dalam pembelian aset NFC. "Jawapan diberi Noh berhubung isu salahguna skandal Lembu Fidlot NFC adalah 'saya tidak tahu'. Apakah itu jawapan seorang menteri yang ditugaskan oleh Perdana Menteri untuk memantau kegagalan projek Lembu Fidlot NFC? soalnya dalam satu kenyataan media dibuatnya hari ini. Shuhaimi berkata, tidak cukup dengan itu adakah juga Noh bersedia untuk bersemuka di "mahkamah rakyat" berhubung skandal PKFZ, skandal tanah ADUN Umno dan yang lainnya. Tidak mahu menyebut mana-mana pemimpin Umno Selangor, beliau berkata, cukuplah sekadar menjelaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit kerana terpaksa membeli tanah milik seorang ADUN Umno Selangor satu masa dahulu dan sehingga sekarang tiada siasatan pihak berkuasa berkaitan perkara itu. Tambahnya, Noh tidak sepatutnya menyibuk dalam urusan lain yang bukan di bawah tugasnya dan perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab diberikan kepadanya. "Isu pasir di Selangor ditangani dengan baik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam masa hampir empat tahun dengan angka dan statistik menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir. | |||
Shuhaimi Cabar Noh Berdebat Isu Pasir Di Tanjung Karang Posted: 22 Feb 2012 04:49 AM PST
Oleh Hafizan Taib 21/02/2012 524 View SHAH ALAM, 21 FEB : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie secara terbuka mencabar Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk berdebat demi kepentingan rakyat Selangor berhubung pelbagai isu termasuk pengurusan pasir. Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor menjelaskan debat dicadangkan itu adalah jalan terbaik bagi rakyat membuat penilaian di "mahkamah rakyat" akan kebenaran dan penyelewengan yang berlaku sebagaimana diinginkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu. Menurutnya, isu pasir itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih tumpuan rakyat berhubung isu pecah amanah wang rakyat yang didakwa melibatkan seorang menteri. "Maka saya cabar Noh untuk berdebat secara terbuka dalam isu ini jika dia benar ikhlas dan jujur. Noh tentukan masa dan tempat hatta di Tanjung Karang sekalipun saya akan turun untuk berdebat dengan beliau. Biar rakyat Selangor menjadi hakim," katanya dalam kenyataan media hari ini. Shuhaimi berkata, dirinya yang dikaitkan dengan isu pasir itu telah disiasat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak hampir dua tahun lepas dan sebaiknya semua pihak menunggu hasil perbincangan semula jawatankuasa khas SPRM sebelum membuat sebarang rumusan apatah lagi spekulasi liar. Beliau berkata, Noh seharusnya sedar selama hampir empat tahun pengurusan pasir di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor, angka dan statistik telah menunjukkan pencapaian dalam peningkatan royalti pasir. "Pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran cacamarba UMNO Selangor dahulu. Malah banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa di sepanjang pentadbiran Umno dulu termasuk isu skandal PKFZ, tanah ADUN Umno dan lainnya. "Maka saya cabar Noh untuk berdebat dan jangan cuba mengalihkan tumpuan rakyat," katanya. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan