Khamis, 23 Februari 2012

.

.


PRU13: Calon Pas wajib ambil bai'ah

Posted: 22 Feb 2012 07:34 PM PST


21 Februari 2012
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."
Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.
"Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. - Bernama

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/pru13-calon-pas-wajib-ambil-bai-ah-1.25692

Tiada ulasan:

Nuffnang