Selasa, 14 Februari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


KHAIRI JAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.

Posted: 13 Feb 2012 01:30 AM PST


KHAIRIJAMALUDDIN TIDAK LAYAK BERCAKAP SOAL BANTERAS RASUAH.

Saya agakterkejut dengan ulasan oleh YB Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysiayang disiarkan di akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2012. Pada sangkaansaya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Ahli ParlimenRembau beliau seorang yang peka kepada sesuatu isu semasa. 

Nampaknyasangkaan saya melesat dan komen beliau memberi gambaran jelas akan sebabsebenar kenapa beliau tidak dilantik menjadi menteri di bawah kabinet PM Dato'Sri Najib Razak, walaupun kedudukannya sebagai 'Naib Presiden' UMNO. Terbukti 'inteliktual'beliau tidak melayakkannya untuk duduk dalam kabinet menteri kerana carafikirnya amat tidak matang, kebudakan dan dangkal maklumat.

Tuduhanbeliau saya 'membersihkan' diri sendiri adalah tidak benar dan sama sekali tidak berbangkit. Jika kes lama yangdikitar semula ini boleh di ambil oleh YB Khairi sebagai suara Pemuda UMNO,jelas beliau amat perlukan bimbingan dalam politik. 

Penjelasansaya kepada media sebelum ini lebih kepada menjawap tuduhan oleh Raja PetraKamarudin (RPK) yang mengeluarkan salinan slip bayaran tulen bagi tujuan lain, tetapi di pesong serta dikaitkan kepada bayaransebagai dorongan mendapatkan kontrak. Ada perbezaan besar dalam manipulasi slipini yang perlu diketahui oleh rakyat, kontrak tidak wujud, pinjam di kaitkan 'tumbuk rusuk'. Saya hanya menjelaskan 'spin' ceritanegetif mahupun tokok tambah perbualan telefon RPK danberasaskan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) yang di petik seperti dibawah amat terang menjelaskanmaksudnya!

"The MACC says the A-G's Chambers has returned the investigationpapers and no charges were brought against the two assemblymen.

"The MACC would like toannounce that investigations on Sri Muda state assemblyman Mat Suhaimi Shafieiand Batu Caves state assemblyman Amirudin Shaari have been completed and (theinvestigation papers) handed over to the A-G's Chambers," the MACC said in astatement.


The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) saidtoday that it had completed investigations on the alleged sand theft syndicatein Selangor.


However, the Attorney-General's(A-G) Chambers had returned the investigation papers and had recommendedthat no further action be taken on the case."
 
Sayabukan seperti YB Khairi yang di tuduh melakukan 'rasuah politik wang' semasapemilihan UMNO dan hanya 'dibersihkan' oleh Jawatankuasa parti sendiri sahajabagi melayakkan bertanding Ketua Pemuda UMNO dan menang secara 'meragukan'.  Apakah cukup hormat Pemuda UMNO pada SPRM dalam skandal rasuah politi wang Khairi Jamaluddin? SPRM pun di tegah menyiasatnya oleh pimpinan UMNO!

Dalam sidang akhbar saya juga, saya tidakmenyebut sedemikian hanya sekadar memaklumkan dari apa yang saya difahamkan olehpegawai SPRM sendiri. Hak mereka yang disasat membolehkan mereka bertanya darimasa ke samasa tentang hasil siasatan yang dibuat dan jika di tanya oleh orang ramai kita mempunyai hak untuk menjawapnya sekadar yang kita tahu.

Umumsewajarnya dimaklumkan bahawa saya telahpun disiasat sepenuhnya bersama YBAmirudin. Mereka mereka  yang namanya disebutkan oleh RPK kesemuanya sudah di panggil untuk soal siasat jauh lebih awal,sebelum saya di siasat lagi. Kesemuanya disiasat berhari hari dan melaui prosesbiasa seperti mana orang biasa lain di saisat. Semua telefon individu terlibatdi ambil dan semua mereka yang telah di soal siasat 'masih terkeliru' hinggakehari ini. 

Apakah YBKhairi di soal siasat seperti itu yang telah 'membersihkan' beliau dari rasuahpolitik wang?

KetidakmatanganYB Khairi Jamaluddin yang telah lama dihidu Perdana Menteri semakin ketaraapabila mengarahkan pula Ketua Pemuda UMNO Selangor yang 'lurus bendul' membuatlaporan polis pada hari yang sama dan mahu melaporkan pada SPRM pada hari  isnin (13 Februari 2012) sedangkan kes yangdikaitkan dengan saya sudah pun selesai disasat SPRM. 

Lihatlahbetapa tidak peka dan matangnya pimpinan Pemuda UMNO Malaysia, apatah lagiPemuda UMNO Negeri Selangor. Membuat sesuatu tanpa menyiasat terlebih dahulu dudukperkara sebenar dan cerita 'golongan munafik' ini yang cuba disensasikan.

Apabilakes berkaitan kes 'baja, benih padi, wang zakat yang disalah guna, mahligaibesar di Shah Alam' dan National Feedlot Corporation (NFC) yang jelas terdapat unsur jenayah rasuah tiada pula kelihatan pemuda UMNO bergegas ke balai membuatlaporan polis apatah lagi laporan pada SPRM. Manakala kes yang sudah selesai disasatpula di buat laporan polis. Inilah 'lawak jenaka' Pemuda UMNO Malaysia.. Merekatiada visi dan hala tuju sejak berketuakan Ahli Parlimen Rembau yang 'sepatutnya'menjadi Menteri.

Sungguh amatmalang bagi UMNO mempunyai pemuda yang bukan sahaja tidak matang, bahkan juga'lulus bendul'. Tidak hairanlah Ungku Saleh yang 'cacat fikiran' selaku KetuaPemuda UMNO Selangor, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk MegatFirdouz Megat Junid 'badan besar otak kecil' dan "Pegawai Khas Baja kepada Dato' Sri NohOmar' yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan diambil supaya semua arahan Ketuanya akan dilaksanakan. Skrip yang dibaca olehSohaimi Shahdan juga jelas menunjukkan 'hidungnya semakin besar dicucuk'. Marikita semak apa kata Pemuda UMNO Selangor;

"Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Mohd Salleh Ungku Abdul Jamaldalam laporan polisnya berkata, di dalam blog tersebut terdapat pendedahanpenyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam Selangor oleh dua Adun, yang merujukkepada Adun Batu Caves Amiruddin Shari dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Katanya, isu ini harus dipandang serius memandangkan terdapatunsur jenayah rasuah dan berharap kes ini dapat disiasat secepat mungkin.

Semantara laporan kepada SPRM akan dikemukakan pihaknya Isninini….."

Pengamatansaya samada Pemuda UMNO Selangor atau Puteri UMNO Selangor, tahap 'lurus bendul'mereka sama sahaja 'bengkok'nya. Puteri UMNO Selangor yang 'terpaksa dipimpin' keranaamat mentah semasa timbul kes 'derhaka' dahulu juga mengeluarkan kenyataan 'lurusmelangkah bendul' semata mata mahu dilahit senada dengan Pemuda. Walhal masa yangada patut dimanafaatkan 'membakar lemak' supaya lebih berstamina pusingSelangor.

KepadaYB saudara Khairi Jamaluddin, saya sarankan agar saudara lebih peka dan fahamsesuatu isu sebelum saudara mengulasnya. Semasa saya bertemu saudara di rumahDato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) takala saudara menyerahkan passport DSAI satuketika dahulu, tafsiran saya pada saudara ialah, saudara antara pemimpin masadepan negara ini. 

Tetapikini persoalan yang berlegar di fikiran saya adalah, berapa lama agaknya saudaraakan mampu bertahan dalam dunia politik UMNO ini jika daya fikir saudara takberubah? Dalam keadaan saudara di kelilingi oleh 'badut yang lurus bendul' dan tanpapara penasihat yang rapat dengan PM, cita cita saudara akan 'mati meragan' dantidak kemana. Carilah masa berfikir halatuju politik saudara.

Persoalanyang paling ingin saya tanyakan pada saudara, layahkah saudara bercakap soalrasuah ini? Sudahkah saudara renungkan zaman saudara 'di tingkat 4' dahulu? Apajadi dengan ECM Libra dahulu?

UMNOsudah hampir ke zaman penamat, tempoh hayat hanya berbaki dalam bilangan bulan,bukan lagi tahun! Masa akan menunjukan kebenaran akhirnya akan menang. Masa ituKhairi Jamaluddin akan di kenang dalam sebahagian kecil sejarah sebagai anakmuda yang rakus dan antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal menjadi menteri.


Tiada ulasan:

Nuffnang