Selasa, 7 Februari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KENDURI SEKAMPUNG GULAI KAWAH MERIAH

Posted: 06 Feb 2012 09:04 PM PST


TELUK INTAN, 6 Februari - Bertempat perkarangan Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah Kg. Changkat Jong, program Kenduri Sekampung Gulai Kawah telah berjaya menarik sebahagian besar penduduk kampung datang hadir beramai-ramai. Program tersebut adalah anjuran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Changkat Jong. Antara objektif program diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara ADUN dan penduduk kampung serta mengukuhkan ukhuwah sesama masyarakat setempat.
Acara kopek kelapa untuk orang dewasa lelaki.

Acara melastik.

Menarik....tiup tepung cari gula-gula.

Boleh kena ke....acara boling kelapa.

Acara gubah tuala bagi kaum wanita.

Kupas epal....
Pelbagai acara menarik telah disediakan merangkumi acara bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Antaranya ialah acara tiup tepung, baling dart, boling kelapa, kopek kelapa, kupas epal, gubahan tuala, lastik kertas, gusti lengan dan lain-lain.
YB Anuar turut menyertai acara gusti lengan.

Pada masa yang sama, tradisi masyarakat kampung iaitu bergotong-royong telah dijalankan semasa aktiviti memasak hidangan kenduri. Suasana begitu harmoni melibatkan golongan tua dan muda, lelaki dan wanita bekerjasama menyiapkan juadah tengah hari dengan tanpa mengira fahaman politik.
Bergotong-royong memasak nasi dan lauk.



YB Anuar turut mengacau gulai.


Isteri YB, Hjh. Faridah Rajiah turut sibuk membantu di bahagian wanita.

Di samping itu, program tersebut telah mendapat kerjasama daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan untuk mengadakan pameran seperti pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hilir Perak serta pameran penyalahgunaan dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hilir Perak. Terdapat juga kaunter jualan kain, Takaful Ikhlas dan Proton Edar. 

YB Anuar meninjau kaunter pemeriksaan kesihatan.

Mendengar penerangan daripada pegawai AADK.
YB Anuar di gerai Proton Edar.

Selain itu, orang ramai yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan band anak-anak muda serta paluan kompang.


ADUN Changkat Jong, YB Mohd. Anuar Sudin mengambil peluang bertemu serta beramah mesra dengan penduduk kampung serta sempat menyertai acara gusti lengan. Pada waktu tengah hari, penduduk kampung beramai-ramai menikmati hidangan tengah hari yang menyelerakan.
Kenduri bermula...!

YB Anuar berehat sebentar.

Pada program tersebut juga, sumbangan bantuan kepada penduduk yang kurang mampu dan para pelajar sekolah agama juga turut dilakukan.
Pengarah program, Ustaz Abdul Fatah Awang menyampaikan ucapan.

YB Anuar berucap merasmikan penutupan program.

YB Anuar menyampaikan hadiah.

Hjh. Faridah turut menyampaikan hadiah.

Seorang pemuda menerima hadiah daripada pengarah program.

Timbalan Pengarah program, Sdr. Salleh Ibrahim menyampaikan hadiah.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan serta ucapan perasmian penutup oleh YB Anuar sendiri. Di dalam ucapan tersebut beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut. Begitu juga beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah agama yang telah membenarkan pihak penganjur menggunakan kawasan sekolah tersebut sebagai tapak program. 
Upacara menyerahkan jersi bola kepada wakil pasukan bola sepak.
YB Anuar sempat lagi mencatat aduan seorang penduduk kampung.

Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa sempena maulidur rasul yang disambut sekarang, umat Islam bukan sahaja sekadar mengingati tarikh kelahiran Nabi malah perlu juga cinta dan kasih kepada Rasulullah. 

"Cara cinta Rasulullah ialah dengan mengamalkan setiap ajaran baginda serta sunnah baginda demi kebaikan di dunia dan akhirat. Ini adalah kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi meliputi dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada perkara yang lebih besar iaitu tentang kenegaraan, " kata beliau.

Menurut beliau lagi, untuk mengamalkan ajaran dan sunnah Nabi, umat Islam perlulah bersedia mencari dan menambah ilmu yang sedia ada di mana-mana pengajian dan kuliah agama.

Selepas itu, YB Anuar telah pergi ke beberapa buah rumah di sekitar Kg. Changkat Jong untuk menyerahkan lauk kenduri.

Syabas dan tahniah kepada Unit Amal Teluk Intan dan Nisa Teluk Intan yang bersama-sama bekerja keras menjayakan program Kenduri Sekampung Gulai Kawah.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang