Ahad, 12 Februari 2012

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Pasar lama sarang penagih

Posted: 11 Feb 2012 09:41 AM PST

Petikan Sinar Harian :

TERENGGANU – Jadi 'port' dadah. Demikianlah keadaan tapak pasar lama Pekan Kedai Buloh di sini. Tapak pasar lama itu kini tidak lagi beroperasi selepas peniaga diarah berpindah ke pasar baru tidak jauh daripada kawasan itu setahun lalu.

Penduduk ditemui Sinar Harian melahirkan rasa kesal dengan kehadiran sekumpulan individu dipercayai penagih dadah pada setiap petang di kawasan itu. Malah, senario itu turut menimbulkan kebimbangan penduduk berdekatan.

Penduduk ditemui, Zulkepli Yusof, 49, berkata, keadaan tapak pasar lama itu juga dipenuhi dengan sampah dan pelbagai peralatan yang dibiarkan begitu sahaja.

Menurutnya, penduduk berdekatan terpaksa 'menutup mata' kerana bimbang kumpulan itu mengancam keselamatan mereka.

Namun, ada juga pihak yang berani memberi amaran walaupun langsung tidak diendahkan.

"Dahulu, bahagian hadapan pasar lama itu ditutup dengan zink tetapi selepas kehadiran penagih dadah penduduk membuka zink tersebut agar tidak menjadikan kawasan itu sebagai 'port' mereka.

"Namun, mereka tetap kelihatan di tapak pasar lama itu pada setiap petang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedai Buloh, Mohd Noor Omar, 71, ketika dihubungi mengesahkan wujudnya aktiviti penagihan dadah di situ dan pihaknya berharap ia segera dihentikan sebelum tindakan lanjut diambil.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu malah penagih itu juga menjadikan sebuah pondok telefon berdekatan dewan serba guna kampung ini sebagai tempat pertemuan mereka.

"Saya harap ia segera dihentikan kerana JKKK sentiasa membuat pemantauan bagi menjamin keselamatan penduduk kawasan itu," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang