Khamis, 26 Januari 2012

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


KENYATAAN MEDIA - MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN WAJIBKAN PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA

Posted: 26 Jan 2012 08:03 AM PST









KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MPN N. SEMBILAN/AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG

26 JANUARI 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN WAJIBKAN PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA

Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang telah dilancarkan pada 15 Januari 2012 yang lalu telah membuat ketetapan supaya Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan N. Sembilan diwajibkan mengisytiharkan harta kepada rakyat jika Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Sembilan.

Ini adalah bukti komitmen integriti dan pelaksanaan 'Good Governance' oleh pemimpin Pakatan Rakyat N. Sembilan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat bagi menguruskan Kerajaan Negeri Sembilan.

Sikap serta komitmen ini jelas berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh pimpinan UMNO/BN dalam Kerajaan N. Sembilan sekarang yang jelas gagal untuk mengisytiharkan harta kepada rakyat bagi menunjukkan ketelusan mereka.

Kenyataan bahawa pimpinan UMNO/BN dalam kerajaan negeri telah mengisytiharkan harta adalah suatu kenyataan yang palsu dan mengelirukan rakyat sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa juga bentuk akses maklumat atau pengisytiharan harta mereka kepada rakyat.

Rakyat boleh menilai bagaimana keterbukaan serta ketelusan pimpinan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang telahpun mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dan boleh disemak dilaman web rasmi kerajaan negeri.

Pengisytiharan harta kepada rakyat mampu untuk membendung budaya rasuah dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ketegasan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam soal mewajibkan pengisytiharan harta ini wajar menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak UMNO/BN di Negeri Sembilan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

Pengerusi MPN N. Sembilan/Ahli Parlimen Telok Kemang

Tiada ulasan:

Nuffnang