Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ceramah Maulid Nabi 28 Jan 2012 di Senawang
- Usung keranda tanda protes dihenti kerja
- Cabut bendera PAS rajin, tapi warga Nigeria tak terkawal
- Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat
Ceramah Maulid Nabi 28 Jan 2012 di Senawang Posted: 25 Jan 2012 10:44 PM PST |
Usung keranda tanda protes dihenti kerja Posted: 25 Jan 2012 07:51 PM PST Usung keranda tanda protes dihenti kerja Januari 26, 2012 NILAI - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan. Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat. Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu. "Sebelum ini, MTUC bersama pihak JTK dan wakil daripada kilang sudah pun mengadakan perbincangan tetapi saya kecewa kerana apa yang kita tuntut bagi membela nasib pekerja tempatan tidak dipersetujui. "JTK seolah-olah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikan masalah ini yang dianggap mereka remeh. Masalah ini melibatkan nasib pekerja tempatan bukannya pekerja asing dan kemana lagi pekerja mahu mengadu kalau bukan dengan JTK," katanya kepada Sinar Harian selepas pekerja terbabit sekali lagi membuat piket, semalam selepas tindakan sama dilakukan pada 20 Januari lalu. Semalam, mereka berjalan kaki sambil mengusung keranda sejauh 500 meter sehingga depan pintu utama kilang sambil melaungkan 'di mana keadilan kami' sebagai tanda protes . Mereka berbuat demikian selepas beberapa tuntutan dibuat kepada pihak pengurusan syarikat, terutama menggesa supaya menghentikan pekerja asing dan mengambil pekerja tempatan. Menurut mereka, isu mereka mahu mengecilkan operasi tidak timbul kerana syarikat masih mampu membayar pekerja asing berbanding tempatan. Sementara itu, seorang bekas pekerja, Ahmad Kamal Affendi Shaari, 47, berkata, pekerja yang diberhentikan itu akan mengadakan piket secara berterusan, sehinggalah pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya. "Kita akan adakan piket lagi bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dalam menentang syarikat yang hanya mengutamakan pekerja asing berbanding tempatan. "Sepatutnya syarikat perlu mengutamakan kami kerana kami ini adalah rakyat negara ini. Malah, sebahagian besar sudah bekerja lebih 10 tahun, tetapi malangnya syarikat membuat aniaya pula," katanya. http://www.sinarharian.com.my/nasional/usung-keranda-tanda-protes-dihenti-kerja-1.20168 |
Cabut bendera PAS rajin, tapi warga Nigeria tak terkawal Posted: 25 Jan 2012 02:56 PM PST Apakah Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan hanya rajin untuk mencabut bendera-bendera PAS dan PKR yang dipasang di sekitar Seremban tetapi tidak dapat mengawal warga Nigeria yang tidak mematuhi undang-undang negara serta tidak menghormati budaya rakyat tempatan? Gambar petugas Majlis Perbandaran Nilai sedang melakukan operasi mencabut bendera-bendera PAS dan PKR dari Facebook Sdr Husaini di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000436580783
Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin Aduan Rakyat Online 24 Jan 2012 Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur? Malam tahun baru cina ini, mereka buat hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini, bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang Islam yang tidak tahu mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu? Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di tasik itu, makan ikan nya? Bila kita tegur, mereka marah kita balik, maki kita pula. Ini negara siapa? Undang-undang siapa? Hak siapa? Pemberi sewa pun satu masalah juga, sanggup pekakkan telinga, butakan mata, semata-mata kerana wang. Kalau mereka tidak menyewakan kepada warga asing ini memang tak akan ada masalah. Bukan semua warga asing ini bermasalah, hanya mereka yang berasal dari Nigeria. Apartment ini bukan untuk mereka pun. Pihak Kolej dah pun memberi mereka hostel. Sebabkan nak kebebasan, orang lain yang kena tanggung. Malu saya nak mengaku yang rakyat Malaysia ini selalu tidak fikir panjang. Tolong fikir tentang akibatnya sekali sebelum buat sesuatu. Sudah 3 tahun lebih perkara ini semua asyik berulang. Kami sebagai penduduk sudah pun mengambil tindakan yang kami mampu. Tapi malangnya, bila penyewa dan pihak berkuasa tidak sama-sama memberi kerjasama. Perkara yang sama terus berulang. Kami pembeli rumah yang tinggal di sini pula yang kena tahan? Kene pindah keluar? Dimanakah rasa tanggungjawab? Wang memang membutakan mata manusia.. Diharap pihak yang berkaitan, dapat bawa ke tengahkan hal ini. Sedarkan semua rakyat. Ini negara islam, ada batas yang perlu dijaga atau mereka ketahui. Bukan kita larang mereka untuk minum arak dan sebagainya, tapi jangan sampai melampaui batas. Minum arak dirumah bukan tak boleh. Merata-rata botol arak mereka buang. Tangga, lif, taman, laluan kaki lima, tempat parking. Kadang-kadang balik dari tingkat atas ke bawah. Macammana kami nak tahu tempat yang kami pegang itu suci? Kena pakai sarung tangan pergi kemana-mana? Ini sahaja aduan yang saya hantarkan walaupun ada banyak lagi. Kalau nak tulis, panjang nya boleh jadi macam satu novel. Anda boleh gelak, anda boleh cakap yang kami ini terlalu cerewet, kami tak kisah. Tak sudi atau rasa tak perlu datang tolong pun kami tak kisah. Janji kami tak berdiam diri dan akan terus mencuba untuk menanggani masalah ini. InsyaAllah, perkara macam ini akan berakahir satu hari nanti. Terima Kasih. By: Awan http://www.aduanrakyat.com.my/warga-asing-bermasalah-di-sri-palma-villa-mantin |
Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat Posted: 25 Jan 2012 05:18 AM PST CERAMAH ASALKAN BUKAN UMNO – ABU Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu Masa : 8.30 mlm Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, N.Sembilan Penceramah : YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Kuala Selangor En. Haris Ibrahim, ABU En. Sambulingam, HINDRAF Chegubard, SAMM Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2171942 , 017-3851930 Semua dijemput hadir |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan