Selasa, 10 Januari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 09 Jan 2012 02:55 AM PST


CATATAN PERJALANAN TEAM PENERANGAN  KEADILAN SELANGOR 901: 9 JAN 12

12.40pagi: Selepas selesai tugasan di Rapat Rayat BEBAS ANWAR bergerak keluar dari Dewan H, Kg Pandan ke Stesen Bas Jalan Duta. Polis sudah mula meletakkan kenderaan mereka. Keadaan jalan lengang. Kelihatan SB muka lama yang bersantai di hadapan simpang hadapan Masjid Wilayah

1 pagi: Minum di Restoran Pelita Sri Hartamas dengan 20 rakan KEADILAN Selangor sambil berborak tentang strategi masuk ke Jalan Duta pagi nanti. Sambil melayani twitter BebasAnwar901 dan update berita terkini

 2 pagi: Kembali sebentar di 'base' berhampiran kawasan MK selepas pekena setengah pinggan mee goreng mamak

 3 pagi: Wacana 'pagi buta' dengan lima orang kuat termasuk tuan rumah. Tajuk wacana; Bebas atau Salah. Keputusan; SSWF kata Salah, MAT kata, Salah, KHI kata Salah, Tuan Rumah kata Salah. saya kata BEBAS. Ada alasan - lain kali tulis ulasannya. Tunggu pagi nanti siapa betul. Masing masing berhujah.

3.30 pagi: Melelapkan mata sebentar

4.50 pagi: Keluar bersama semua rakan rakan dan terus menghala ke Masjid Wilayah. Jalan di tutup di beberapa tempat. Simpang hadapan ke mahkamah di tutup sepenuhnya. Hujan renyai renyai dan adakanya agak lebat

5.20 pagi: Memasuki masjid. Bertembung dengan YB Dr Mariah, Dr. Md Noor Manuty, Hj Yahya dan ramai pimpinan parti. Utz Shamsul sedang mengepalai solat hajat. Kemudian solat subuh oleh Imam Masjid Wilayah. Hujan renyai renyai amat syahdu di luar

6 pagi : Bersama semua penyokong Pakatan Rakyat mula dari masjid hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan 901 dan mendengar keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berlegar-legar walaupun masih hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah dengan rakan lain. Ingat nak join, tak ada parking...

6.25 pagi : Kelihatan sebuah helikopter Polis DiRaja Malaysia terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di tepi jalan masjid dan menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan.  Suasana terasa tegang apabila melewati simpang yang di kawal Polis tapi teratur 

6.40 pagi : Keadaan di pintu masuk utama mahkamah mulai sesak dibanjiri orang awam dan penyokong Pakatan sebaik sahaja selesai solat subuh. 901 setakat ini dianggarkan sudah mencecah sekitar 4,000 orang.
7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan 901 supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah. Lenguh tangan update 901 di twitter.. haha
Suasana perhimpunan amat terasa dengan lensa media tertumpu pada kami dan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" Pengarah strategi Rafizi Ramli di belakang

7.10 pagi : Keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Harap cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.
7.30 pagi: William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot  dihadapan mahkamah agak penuh dan keadaan terkawal. Kami berlegar di kawasan pakir saja

7.55 pagi: Rakan baik teman, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan

8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizamberkawal dan  menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawa. Kami di sudut pakir update 901 selang beberapa minit. Bateri ipad pun dah tinggal 50% ni

8.15 pagi: YB Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"

8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liew serta MBTS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin ramai masuk
8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta Presiden KEADILAN DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas membahang
8.50 pagi: Anwar dan keluarga bergerak masuk ke ruang mahkamah. Kelihatan seorang wanita tua diberi bantuan oleh Squad AMK. Masih update 901.

9.39pagi: Terbaca twitter Anwar Bebas! Kaget semuanya bila dimaklumkan hal ini. Antara percaya dan tidak aku dapatkan kepastian dari dalam mahkamah

10.20 pagi : SAH, BEBAS!! Twitter 901 menjadi sibuk. Lenguh tangan melayani pertanyaan.. Sebahagian penyokong sudah mula bergerak ke Masjid Wilayah setelah mendapat tahu Anwar telah dibebaskan mahkamahmelalui sumber lain. Bunyi letupan seperti kereta berlanggar dan meletop.. Ramai bertempiaran ke arah bunyi

Kelihatan DS Anwar bergerak keluar dari perkarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti oleh penyokong Pakatan sambil mengangkat ibu jari. Ramai penyokong mahu meyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah

10.45 pagi : Satu lagi letupan kedengaran di tepi Jalan. Pelbagai teori diberikan.
11.10 pagi : Kenderaan yang membawa DS Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan disyaki bom

Kami terus ke  gerai di Sri Hartamas, makan dan sembang. JAB belanja makan, telahan aku benar. Anwar Bebas!!!!!

Bersurai.

Posted: 09 Jan 2012 01:51 AM PST

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN
Oleh Mat Zahari Bin Ali
08/01/2012
1424 View
Share


Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Daya tahan pemimpin ulung

Pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan.

Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.


Sebagai seorang ahli politik, ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah.

Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar.

Pengorbanan Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri Anwar ketika berucap malam tadi di Kampong Baru Kuala Lumpur berkata bahawa beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Anwar bukan sahaja milik beliau malah milik seluruh rakyat yang cintakan keadilan.

Katanya, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa samaada Anwar di penjara atau dibebaskan bukan persoalannya. Beliau telah berpengalaman menanggung beban selama 13 tahun hidup bersama Anwar yang tidak henti-henti difitnah dengan pelbagai konspirasi.

"Saya rela biarkan Anwar di penjara sekiranya perjuangan beliau tersebut untuk membela keadilan untuk semua rakyat negara ini. Biarlah saya, anak-anak dan Anwar menjadi korban asalkan rakyat sedar dan bangun menghancurkan segala kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim.

"Andai kesabaran dan pengorbanan ini yang perlu saya bayar maka inilah yang saya akan lakukan."

Gelombang kebangkitan Rakyat

Mungkin hari ini, esok dan beberapa hari ini pemimpin-pemimpin Umno/BN akan mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Anwar membuktikan kerajaan tidak campurtangan atau mempengaruhi institusi kehakiman negara sebagimana sangkaan pembangkang.

Mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula akan berkata pembebasan Anwar juga membuktikan tranformasi yang sedang beliau lakukan dalam negara termasuk dalam bidang kehakiman telah terbukti dan tidak memilih bulu.

Skrip-skrip inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sejak 54 tahun menguasai negara apabila sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap dipentas yang sama bersama wan Azizah malam tadi berkata sejak kebelakangan ini media kerajaan memainkan isu berhubung siapa pemimpin pembangkang yang layak menjadi perdana menteri.

"Ini bukti jelas bahawa pemimpin serta media milik Umno/BN sendiri tidak yakin lagi untuk menang dalam pilihanraya akan datang. Sedangkan dalam pilihanraya sebelum ini isu ini tidak pernah timbul.
"Ini juga bukti bahawa kita penuh yakin pilihanraya akan datang pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya kerana kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dihalang lagi," katanya dihadapan lebih 5,000 penyokong.

Kenyataan beliau sememangnya ada kebenarannya. Ini memandangkan ramai pengundi senyap yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sudah berani menyokong PR. Pendedahan pelbagai transaksi dan lapuran-lapuran kewangan yang diserahkan kepada pemimpin PR supaya didedahkan kepada pengetahuan rakyat membuktikan rakyat sudah benci kepada pemimpin-pemimpin korap.

persoalannya apakah dengan pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebaginya oleh kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib.
Apakah dengan tertawannya lima negeri kepada PR membuktikan Umno/BN berjaya membela nasib rakyat sehingga akhirnya rakyat menolak mereka.

Seharusnya sikap 'syok sendiri' dikalangan pemimpin Umno/BN ini dibiarkan berterusan.
Kita tidak boleh menolak bahawa keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga kesan dari kesedaran oleh para hakim sendiri untuk memastikan integriti kehakiman negara dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil para hakim yang pintar, bijak dan mampu menilai kebaikan disebalik melaksanakan proses keadilan itu tidak sanggup untuk berubah.

Keberanian para hakim ini didorong oleh kebangkitan rakyat yang mahu memastikan negara ini berdaulat melalui perlaksanaan sistem pengadilan yang berteraskan keadilan dan kebenaran.

Ramai yang percaya sekiranya hakim Datuk Mohamad Zabidin dipecat atau diperlakukan sesuatu oleh pemimpin-pemimpin Umno ekoran keputusan membebaskan Anwar, rakyat akan membela mereka.

Kebangkitan rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan dan idola kepimpinan.

Selain Anwar telah wujud nama-nama seperti Adam Adli yang dilihat sebagai simbol perjuangan mahasiawa membebaskan diri dari cengkaman AUKU.

Atau dalam kata lain. sesiapa sahaja yang menjadi musuh kepada Umno/BN akan dianggap wira oleh rakyat. Inilah gerakan yang sedang bertiup di negara ini. Hinggakan segala kepincangan kerajaan terbocor satu demi satu kepada rakyat.

Siapa Perdana Menteri terjawab

Polimik berhubung siapa perdana Menteri sekiranya Anwar di penjara bermula dengan mainan politik murahan pemimpin-pemimpin serta media milik mereka yang cuba memecahbelah parti-parti komponen pakatan Rakyat.

Mereka sedar Anwar adalah 'pengikat' kepada PAS-DAP dalam PR. Tanpa Anwar kewujudan PR tidak akan menjadi realiti. Dalam kebanyakan mesyuarat pimpinan tertingi PR, Anwarlah yang menjadi pengerusinya.

Andai Anwar dipenjara maka hilanglah meteri pengikatnya. Lalu isu siapa perdana menteri apabila ketiadaan Anwar sengaja dimainkan dengan harapan ia sebagai cubaan melaga-lagakan antara PAS dan DAP.

DAP telah mengistiharkan semasa konvensyen parti itu semalam bahawa DAP akan tetap meletakkan Anwar sebagai perdana menteri walaupun beliau dipenjara.

Manakala PAS pula bersetuju untuk meletakkan perdana menteri sementara bagi membolehkan Anwar dibebaskan.

Akhirnya dengan pembebasan Anwar maka secara tidak langsung isu yang cuba diketangahkan itu mematikan harapan strategi pecah perintah yang dilakukan kepada kepada pembangkang selama ini.

Himpunan Aman

Berdasarkan kepada laporan beberapa wartawan TVSelangor yang berada disekitar kawasan mahkamah jalan Duta hari ini ada memaklumkan berlaku satu letupan yang mencederakan dua orang.

Letupan itu didakwa berlaku berhampiran sebuah kereta sejurus selepas hakim memutuskan pembebasan Anwar.

Manakala sebelum keputusan tersebut diputuskan berlaku suasan tegang antara orang yang memberi sokongan kepada Anwar dengan kumpulan Saiful yang terdiri dari anggota Perkasa dan Pekida.

Sementara itu sejak semalam Perkasa dan Pekida pula mengadakan majlis Qiamulai di Masjid Wilayah persekutuan berdekatan dengan bangunan mahkamah Jalan Duta.

Namun dengan kerjasana pihak polis dan Skuad marshal AMK keadaan tersebut terkawal.
Masej dari perhimpunan aman tersebut amat besar ertinya. Sebagaimana berlaku dalam himpunan aman yang dianjurkan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini sekiranya tanpa sabotaj dari mana-mana pihak.

Bimbang dan takut untuk menyaksikan himpunan yang besar adalah dari pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana himpunan yang besar akan memberikan sokongan yang besar terhadap penganjurnya.

Masej ini yang cuba dihindarkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut dengan memperkuda institusi polis. Sedangkan sekiranya Umno/BN pula dibenarkan menganjurkan pelbagai perhimpunan seperti himpunan sejuta belia, himpunan sejuta umat dan perayaan hari kemerdekaan atau perarakan maulidurrasul.

Begitu juga malam sambutan tahun baru yang dibanjiri oleh ribuan rakyat ke bandar-bandar yang tidak menimbulkan sebarang ancaman walaupun tidak diberi permit.

Perhimpunan aman yang berlangsung membuktikan tanpa provokasi dari mana-mana pihak akan menghasilkan himpunan yang aman.

Apa pun pembebasan Anwar hari ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi PR menghadapi PRU13 akan datang dalam usaha menyelusuri laluan menuju ke Putrajaya.

Posted: 07 Jan 2012 03:19 AM PST

Suhaimi : PKR Tak Jaga Tepi Kain PAS Tetapi Pertahan Maruah Parti

Post Pic
SHAH ALAM, 8 JAN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menegaskan ia bukan masuk campur dalam urusan PAS tetapi  tetap mahukan parti itu mengambil tindakan wajar terhadap  terhadap Datuk Dr Hasan Ali yang disifatkan celupar dan membawa agenda Umno.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafiei berkata tuntutan PKR itu tidak harus dilihat sebagai campur tangan dalamh kepentingan  PAS , tetapi membabitkan maruah PKR ekoran  tindakan Hasan membantah  perhimpunan Anwar 901 esok.

"Ini bukan soal masuk campur. Ini soal prinsip penghormatan. Ini soal penghormatan di antara rakan-rakan dalam Pakatan. Seharusnya mana-mana pihak mesti mempunyai satu disiplin yang tidak melukakan antara satu sama lain."

"Kalau nak menghentikan, maka sewajarnya pihak rakan-rakan….. memberi perhatian kepada apa yang disuarakan oleh Hasan Ali. Saya sendiripun ada mengeluarkan sedikit komentar atas apa yang diucapkan oleh Hasan Ali," katanya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini menyifatkan Hasan celupar dan menuntut PAS mengambil tindakan terhadap EXCO Kerajaan Negeri Selangor itu kerana menggesa orang ramai memulau perhimpunan itu. Azmin adalah juga Ketua PKR Selangor.

Dalam surat terbuka kepada Hasan semalam, Suhaimi menyifatkan bekas Pesuruhjaya Pas itu sebagai "masalah" kepada Pakatan Rakyat.

Hasan  mencetuskan kemelut baru untuk Pas apabila  menyifatkan perhimpunan Bebas Anwar 901  diadakan semata-mata untuk menyokong agenda peribadi Ketua Pembangkang itu  sempena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit tuduhan liwat yang dihadapi beliau.

Komen Hasan itu dilihat sebagi menongkah arus pembangkang dan Pas sendiri yang menyokong perhimpunan itu dan komited  untuk menyertainya.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub dan Ketua Pemuda parti itu Nasarudin Hassan Tantawi  senada menegaskan PKR tidak perlu masuk campur dalam urusan PAS.

Ketiga-tiga pemimpin itu yakin parti mereka akan bertindak mengikut perlembagaan dan tidak perlu tunduk kepada desakan mana-mana pihak.

Jawatankuasa Pas Pusat dijangka membincangkan isu terbaru Dr Hasan pada mesyuaratnya hari ini.

Suhaimi berkata desakan pemimpin  PKR mahukan tindakan diambil terhadap Hasan adalah "teguran  adik beradik saja. Kenapa nak ambil serius sangat?"

"Kita menerima semua pandangan dan teguran secara terbuka sepertimana kita juga menerima teguran orang lain. Ini adalah satu proses mematangkan parti, mematangkan Pakatan Rakyat," kata beliau.    

Tiada ulasan:

Nuffnang