Mohamad Taufek Abd Ghani |
Bayaran untuk kerusi, meja sekolah tidak wajar Posted: 09 Jan 2012 08:07 PM PST SAYA tertarik dengan tulisan Cikgu Keliru dari Dengkil, Selangor dalam ruangan ini baru-baru ini yang menyatakan bahawa para pendidik dan murid-murid akan dikenakan bayaran bagi menambah kelengkapan sekolah yang tidak cukup. Jika tidak silap saya dalam Belanjawan 2012 lalu peruntukan khusus untuk penambahbaikan kelengkapan sekolah, membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan diwujudkan di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang berjumlah RM1 bilion. Jadi di mana logiknya pihak sekolah mengenakan bayaran bagi murid dan guru untuk menambah peralatan sekolah? Menurut Perdana Menteri, dalam gagasan 1Malaysia dan pelbagai kempen Kementerian Pelajaran sendiri telah menyatakan tidak akan ada kekangan kewangan untuk mendapat pendidikan dari kerajaan. Malah usaha memansuhkan pelbagai yuran sekolah dilihat sesuatu yang amat dialu-alukan. Tetapi pihak sekolah tiba-tiba mengenakan bayaran lain yang dilihat tidak selari dengan niat sebenar kerajaan. Malah bayaran bagi kelengkapan bilik darjah sekolah seperti kerusi dan meja pada saya amatlah mengarut. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak bersekolah saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini. Jangan pula ia akan jadi polemik bagi pihak yang mencari isu untuk dibangkitkan untuk menentang kerajaan. Kempen pendidikan percuma yang sedang kerajaan jalankan kini amat membantu, terutama bagi golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya. KAS ISMAIL Bentong, Pahang 10 Jan 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan