Sabtu, 7 Januari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 06 Jan 2012 04:29 AM PST

Surat terbuka dari PKR Selangor kepada Hasan Ali

Shuhaimi Haji Shafiei | Jan 06, 2012 07:32:45 pm
 
Penerangan KEADILAN Selangor terpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini.  Kenyataan ini pastinya adalah pendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga senak terasa di perut! Hendak dibuang "angin bimbang berbau busuk, hendak ditahan sakit sudah melata ke dada".

Saya percaya Hasan Ali (gambar kiri) adalah seorang yang istimewa.  Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawa Hasan Ali mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas.  Namun saya juga mempercayai bahawa Hasan Ali, dengan sesungguhnya tanpa ragu-ragu, mempercayai bahawa Hasan Ali sendiri terlebih-lebih istimewa.  Perkara ini dapat disimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Hasan Ali sehingga kini, erutamanya apabila melihat isu pertelagahan "dalam kain" antara pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Selangor.

Saya tidak begitu "berani" mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isu ini kerana "amat hormatkan saudara tua", namun apabila saya terlihat temubual Hasan Ali agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari "penultimate" Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagi menahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan "perasaan menyampah sangat" dengan tindakan Hasan Ali.

Apakah siswa dan siswi akan secara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkan kebenaran dan keadilan?  Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yang berintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Hasan Ali telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN dan mereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya.  Umum mengetahui bahawa di Malaysia ini "justice is only available to those who could afford it" dan sekiranya manusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepada kes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang Syari'ah kepada kedudukan "second-tier", apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka? Sekurang-kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepada mangsa fitnah berterusan!  

Pencapaian akademik tidak selama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana "otak tanpa ruh Islam" akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarang di United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Hasan Ali seolah-olah terperangkap dengan hujah "counter-intelligence" UMNO bahawa isu ini hanyalah isu peribadi.  Sebenarnya Hasan Ali, isu ini adalah isu nasional.  Buktinya adalah perjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat.  Polisi Pakatan Rakyat dimodelkan atas premis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh mereka sendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendiri menyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan!  Bagaimana Hasan Ali boleh mengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telah menunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupun dalam keadaan genting.  Namun tindakan Hasan Ali  cuma menambahkan derita dengan tidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadir ke Mahkamah.  Apakah Hasan Ali sebegitu buta hati terhadap masalah Anwar Ibrahim (DSAI)?  Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Hasan Ali terhadap DSAI?  Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Hasan Ali mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang akhirnya menjayakan Hasan Ali menduduki kerusi empuk di Bangunan SSAAS Shah Alam?  Inilah padahnya jika "terlalu kerap terlewat hadir di taklimat dan mesyuarat yang diadakan".  Saya percaya Hasan Ali tertinggal semua taklimat penting hingga Hasan Ali tenggelam punca.

Tindakan Hasan Ali seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dan kita harus mendiamkan diri.  Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkan diri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Hasan Ali juga sebegitu pasif dan naif dalam membuat kenyataan.  Hasan Ali sehingga hari ini gagal menjawab Harakah berkenaan dakwaan Hasan Ali bahawa pertemuan Hasan Ali bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan adalah berkenaan permohonan maaf.  Apabila kes diumumkan tutup, Hasan Ali  tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat serangan selanjutnya.  Apakah sebegitu dendam Hasan Ali sehingga sanggup membakar rumah sendiri?  KEADILAN Selangor yakin Hasan Ali sudah "terkena sesuatu".

Hasan Ali, sama ada setuju atau tidak Hasan Ali kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat.  Hasan Ali mungkin merasakan Hasan Ali berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Hasan Ali bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Hasan Ali benar-benar di pihak yang benar atau benar-benar keliru.  Kedua-duanya lain dan melihat tindakan Hasan Ali yang terkini, seolah-olah Hasan Ali menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dan tersasar.  Apakah Hasan Ali sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggup menyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itu satu Hasan Ali?  Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yang memerlukan Islam.  Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkan kepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anak bangsa di luar Negara kini.
Saya menyeru agar Hasan Ali jangan terlalu mengikut perasaan.  Masa Hasan Ali untuk menjadi Menteri Besar masih ada.  Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri.  Masih ada ruang "untuk berjiwa besar" dengan menoleh sejenak ke belakang.  Apakah langkah Hasan Ali sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang?  Hasan Ali lebih mengerti dengan maksud "kura kura dalam perahu".

Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya menyakiti hati dan perasaan Hasan Ali.  Sesungguhnya tulisan, ucapan dan tindakan Hasan Ali telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yang lain termasuk Anwar dan keluarganya.  Dalam keadaan mereka memerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkan lagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali dan berhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

*Surat terbuka ini ditulis oleh Shuhaimi Haji Shafiei (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, merangkap ADUN Sri Muda.

Surat Terbuka Pada Dato Hasan Ali

Posted: 06 Jan 2012 02:53 AM PST


KENYATAAN PENERANGANKEADILAN SELANGOR

SURAT TERBUKA KEPADA YB.DATO' DR. HASAN MOHD. ALI

Penerangan KEADILAN Selangorterpanggil untuk memberikan sedikit kenyataan terhadap YBhg. Dato' Dr. Hasan Mohd.Ali dalam beberapa liputan media kebelakangan ini. Kenyataan ini pastinya adalahpendirian yang dilahirkan setelah sekian lamanya tersimpan hingga "senak terasadi perut!. Hendak di buang 'angin bimbang berbau busuk, hendak di tahan sakitsudah melata kedada'.

Saya percaya Dato' adalah seorangyang istimewa. Saya sendiri, malah ramai rakan-rakan saya bersetuju bahawaDato' mempunyai kelebihan dan perwatakan yang menarik, petah dan tegas. Namunsaya juga mempercayai bahawa Dato', dengan sesungguhnya tanpa ragu ragu,mempercayai bahawa Dato' sendiri terlebih-lebih istimewa. Perkara ini dapatdisimpulkan dalam pelbagai tindakan, ulasan dan gaya Dato' sehingga kini,terutamanya apabila melihat isu pertelagahan 'dalam kain' antara pimpinan PartiIslam SeMalaysia ("PAS") di Selangor.

Saya tidak begitu 'berani'mempersoalkan pentadbiran dalaman sahabat seperjuangan PAS dalam menangani isuini kerana 'amat hormatkan saudra tua', namun apabila saya terlihat temubualDato' agar adik-adik siswa dan siswi menjauhkan diri daripada menghadiri hari 'penultimate'Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penerangan KEADILAN Selangor tidak terdaya lagimenahan jari untuk menulis kenyataan ini dengan menyatakan 'perasaan menyampahsangat' dengan tindakan Dato'.

Apakah siswa dan siswi akansecara otomatisnya gagal dan mencapai CGPA yang rendah apabila memperjuangkankebenaran dan keadilan? Apakah perjuangan hanya digalas oleh mereka yangberintelek dan berijazah daripada Universiti Pittsburgh?

Secara tidak langsungnya Dato'telah menghina mereka yang turut merasakan kezaliman rejim UMNO dan BN danmereka yang dianiaya tanpa pembelaan sewajarnya. Umum mengetahui bahawa diMalaysia ini 'justice is only available to those who could afford it' dan sekiranyamanusia Anwar Ibrahim ini dapat menyatukan rakyat untuk menyatakan tidak kepadakes fitnah 2 tanpa bukti kukuh, dan membelakangi undang-undang  Syari'ah kepada kedudukan 'second-tier',apakah salahnya mereka hadir untuk menyatakan dan menzahirkan sokongan mereka?Sekurang kurangnya sebagai sokongan moral kepada Anwar Ibrahim: simbol kepadamangsa fitnah berterusan!   

Pencapaian akademik tidakselama-lamanya merupakan pre-requisite kejayaan kerana 'otak tanpa ruh Islam'akan menyebabkan keruntuhan akhlak para genius Melayu sepertimana berlaku sekarangdi United Kingdom dan Eropah.

KEADILAN Selangor hairan, Dato' seolah-olahterperangkap dengan hujah 'counter-intelligence' UMNO bahawa isu ini hanyalahisu peribadi. Sebenarnya Dato', isu ini adalah isu nasional. Buktinya adalahperjuangan beliau dan rakan-rakan semuanya berlandaskan kepentingan rakyat.Polisi  Pakatan Rakyat dimodelkan ataspremis primer ini dan kini Rakyat dapat merasakan hasil titik peluh merekasendiri walau dinafikan oleh UMNO selama ini.

Sedangkan UMNO dan PDRM sendirimenyatakan bahawa ini melibatkan keselamatan persekutuan! Bagaimana Dato' bolehmengatakan ia peribadi?

Parti Keadilan Rakyat telahmenunjukkan solidaritinya bersama PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengheret ahliParlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan menyingkirkannya walaupundalam keadaan genting. Namun tindakan Dato' Cuma menambahkan derita dengantidak menggalakkan secara terbuka (melalui RTM dan TV3 juga) agar tidak hadirke Mahkamah. Apakah Dato' sebegitu buta hati terhadap masalah Dato' Seri AnwarIbrahim ("DSAI")? Apakah sebegitu gelap dan jijik pandangan Dato' terhadapDSAI? Bukankah isu DSAI itu sendiri membantu Dato' mendapat kemenangan dalampilihanraya yang akhirnya menjayakan Dato' menduduki kerusi empuk di BangunanSSAAS Shah Alam? Inilah padahnya jika 'terlalu kerap terlewat hadir di taklimatdan mesyuarat yang diadakan'. Saya percaya Dato' tertinggal semua taklimatpenting hingga Dato' tenggelam punca.

Tindakan Dato' seolah-olahmenyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menuduh zina kepada mana-mana Rakyat dankita harus mendiamkan diri. Tindakan ini adalah tindakan pengecut, pentingkandiri sendiri dan kebas terhadap penderitaan mereka yang difitnah.

Dato' juga sebegitu pasif dannaïf dalam membuat kenyataan. Dato' sehingga hari ini gagal menjawab Harakahberkenaan dakwaan Dato' bahawa pertemuan Dato' bersama Tuan Guru Nik Aziz diKelantan adalah berkenaan permohonan maaf. Apabila kes diumumkan tutup, Dato'tanpa segan silu menggunakan media UMNO lagi untuk membuat seranganselanjutnya. Apakah sebegitu dendam Dato' sehingga sanggup membakar rumahsendiri? KEADILAN Selangor yakin Dato' sudah 'terkena sesuatu'.

YB. Dato' Hasan, sama ada setujuatau tidak Dato' kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Dato' mungkinmerasakan Dato' berjuang berlandaskan jalan Allah SWT namun saya ingin Dato'bermuhasabah diri sendiri dan bertanya sama ada Dato' benar-benar dipihak yangbenar atau benar-benar keliru.  Kedua-duanyalain dan melihat tindakan Dato' yang terkini, seolah-oleh Dato' menyatakanbahawa Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersilap dantersasar. Apakah Dato' sebegitu fasih, qatam dalam agama sehingga sanggupmenyatakan sedemikian?

Sejak bila Islam dan Melayu itusatu Dato'? Islam tidak memerlukan Melayu malah Melayu dan manusia amnya yangmemerlukan Islam. Menyatukan keduanya adalah sesuatu yang jahil melihatkankepada kes perkahwinan jantina sejenis bersongkok dan keruntuhan moral anakbangsa diluar Negara kini.

Saya menyeru agar Dato' janganterlalu mengikut perasaan. Masa Dato' untuk menjadi Menteri Besar masih ada.Jangan kita merajuk sampai terlupa kita sebenarnya membakar rumah kita sendiri.Masih ada ruang 'untuk berjiwa besar' dengan menoleh sejenak ke belakang.Apakah langkah Dato' sederap dengan pimpinan, atau ia semakin sumbang? Dato'lebih mengerti dengan maksud 'kura kura dalam perahu'.

Saya memohon maaf sekiranyatulisan saya menyakiti hati dan perasaan Dato'. Sesungguhnya tulisan, ucapandan tindakan Dato' telah melukakan hati saya dan ramai teman seperjuangan yanglain termasuk  Dato' Sri Anwar  dan keluarganya. Dalam keadaan merekamemerlukan, sekurang-kurangnya janganlah kita merendahkan moral dan menjatuhkanlagi semangat mereka yang mungkin perlu dipaksa berpisah lagi sekali danberhubung hanya melalui jeriji besi.

Sila bayangkan sekiranya perkarayang sama berlaku kepada Dato'.

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
ADUN Sri Muda

Tiada ulasan:

Nuffnang