Sabtu, 7 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dapatkah mahasiswa kita menyaingi mahasiswa Indonesia?

Posted: 06 Jan 2012 11:26 PM PST


Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil kereta di bengkel

Kosmo , 7 Jan 2011

SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya.

"Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat.

Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat.

Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk.

Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono.

Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta."

Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718).

Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Pabila Pengerusi Cegah Jenayah pun menjadi mangsa penjenayah

Posted: 06 Jan 2012 08:44 PM PST


Apabila rumah Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah pun menjadi sasaran penjenayah, apatah lagi kita rakyat jelata. Jenayah semakin menjadi-jadi ketika ini. Penjenayah menyerang sesiapa sahaja tanpa batasan perkauman, bangsa, agama dan fahaman politik.

Lima Lelaki Pecah Masuk Rumah Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah NS

SEREMBAN, 6 Jan 2012 (Bernama) - Lima lelaki memecah masuk rumah pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sembilan Datuk Goh Siow Huat, 63, di Taman South East Asia, Rahang di sini Khamis malam sebelum melarikan sepasang jam Rolex, barangan kemas, wang dan beberapa botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Goh, yang juga Ketua MCA Bahagian Rembau, berkata kelima-lima lelaki itu dipercayai masuk rumahnya melalui satu daripada pintu belakang yang tidak berkunci pada pada kira-kira pukul 8.15 malam.

"Saya sedang berehat di ruang tamu setelah makan malam bersama isteri saya Datin Cheng Kiow Hee serta tiga cucu, dua perempuan dan seorang lelaki berusia 6 hingga 11 tahun, apabila tiba-tiba lima lelaki bersenjata parang dan pisau menyerbu masuk.

"Kelima-lima lelaki itu memakai cap (topi) manakala muka mereka ditutup dengan kain. Mereka kemudian bertindak mengurung isteri dan cucu saya dalam sebuah bilik. Tiga daripada lelaki itu menyelongkar kesemua bilik bawah dan atas manakala dua lelaki itu mengugut saya supaya bekerjasama menunjukkan peti besi kerana jika tidak saya akan dicederakan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Bekas anggota Parlimen Rasah itu berkata suspek kemudiannya bertindak memecah peti besi di tingkat atas dan melarikan sepasang jam tangan Rolex, barang kemas dan wang.

"Suspek turut melarikan beberapa botol minuman keras di dalam almari pameran. Kerugian dianggarkan bernilai RM100,000. Kejadian ini kemudian saya laporkan kepada polis. Walaupun mengalami kerugian, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya selamat," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=638440&cat=tn


Boikot mahkamah sivil yang bertentangan dengan Islam - ISMA

Posted: 06 Jan 2012 08:01 PM PST


Artikel ini di bawah ini ditulis oleh Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah yang merupakan Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) yang ada kaitan dengan keputusan mahkamah pada 9 Januari 2012 nanti :

"Hendaklah anda memboikot mahkamah-mahkamah sivil dan semua kehakiman yang tidak Islamik, kelab-kelab, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan yang bertentangan dengan Fikrah Islam anda, dengan pemboikotan yang sepenuhnya".

Artikel penuh dalam blog beliau di http://inijalanku.wordpress.com/2012/01/06/wajibat-2538-boikot-mahkamah-sivil-yg-bertentangan-dgn-islam/

Tiada ulasan:

Nuffnang