Isnin, 2 Januari 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 01 Jan 2012 12:23 AM PST

Protes henti perkhidmatan bas
Masalah perkhidmatan yang dihentikan di laluan Jalan Kebun bukanlah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri atau ADUN, tetapi di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Di ulangi, kuasa kerajaan pusat!

Ia  tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan agensi kerajaan persekutuan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat atau SPAD. Walaupun demikian ia permasalahan yang di pandang serius oleh Kerajaan Negeri dan sehingga kini sudah dua kali perkara ini di bawa ke Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari jalan penyelesaian. Pertama mesyuarat dengan pengusaha bas dan kali kdua dengan wakil kerajaan pusat sendiri

Pernah beberapa kali pengusaha bas terlibat memberhentikan perkhidmatannya sebelum ini pada tahum 2009 dan 2010. Hasil usaha keras Ahli Majlis kawasan terlibat, Ketua Kampung dan seorang anak watan Kampung Jalan Kebun bersama Pejabat ADUN serta Pejabat Ahli Parlimen ia dapat ditangguhkan. Syarikat terlibat mendakwa mereka kerugian kerana tidak ramai penduduk menaiki bas bukan sahaja di Kg Jalan Kebun, tetapi juga di Kg Johan Setian 8 kampung lain di seluruh Daerah Klang. Ia bukan hanya dihentikan di Jalan Kebun sahaja.

Penduduk yang di dakwa terkesan dengan pemberhentian bas ini bukanlah 1000 orang seperti di dakwa oleh Ketua UMNO Cawangan Buang Basir. Difahamkan oleh penduduk kebanyakan yang menggunakan bas ini adalah warga asing terutama yang tinggal di sepanjang Jalan Bukit Kemuning. Hanya sebahagian kecil penduduk menggunakan perkhidmatan ini.

Disarankan kepada UMNO Jalan Kebun agar membuat demo bantahan di hadapan pejabat SPAD dan Pejabat Perdana Menteri kerana disitulah sepatutnya demo diadakan. Bukan di hadapan pejabat SUK kerana ia tidak membantu. Bantahan perlu diadakan di hadapan pejabat Noh Omar juga kerana bukankah Noh Menteri dari UMNO di Kerajaan Persekutuan yang amat berkuasa membantu keluhan orang UMNO..? Tambahan lagi bukankah Noh mempunyai 'kuasa veto' dalam UMNO Selangor..? Khir Toyo pun berjaya dikuburkannya! Simpati sungguh kami pada Khir..

Noh mendakwa sebanyak RM2.71 billion disalurkan ke Selangor, termasuk membina perhentian bas yang ada di Jalan Kebun. Kenapa ada perhentian bas, tetapi tiada bas yang lalu?. Jika ada pihak yang harus disalahkan, jari harus ditunjukkan kemuka Noh, PM Najib dan kerajaan persekutuan sendiri. Najib yang berjanji untuk membantu syarikat bas terlibat dengan menyediakan dana RM400juta ringgit, bukan ADUN mahupun kerajaan Negeri. Fakta ini harus di fahami oleh Shaari Basri dan Buang Basir. Umat disarankan belajar hingga ke liang lahat, jadi belajarlah.

Jika Buang dan rakan rakan UMNO mahu mengadakan demo atau bantahan, kami sedia turut bersama mereka. Beritahu sahaja masa dan ketikanya supaya kita sama sama demo depan pejabat Noh atau Najib. Atau di hadapan pejabat SPAD. Soalannya, beranikah Buang Basir ke sana? Ada baiknya pakai pampers sebelum kesana saudara Buang. Bimbang 'terkucil' bertemu orang no 1 UMNO.

Tempoh 7 hari sewajarnya di berikan pada Noh, PM Najib dan SPAD. Jangan memalukan orang kampung dengan tuduhan palsu dan jahat sdr Buang. Malu anak kariah dengan sikap tidak cerdik saudara... Walaupun usaha saudara Buang dan rakan rakan cuba memalukan kerajaan negeri dan ADUN, akhirnya malu itu jatuh ke mukanya sendiri. Bidang kuasa Pusat dan Negeri pun tidak faham, macamana nak demo depan pejabat PM? Buat malu orang kampung Buang ni... elok di buang sahaja dari kampung!

Bantahan yang diadakan semalam sememangnya bertujuan untuk memberi gambaran negatif terhadap ADUN dan Kerajaan Negeri namun perbuatan semua mereka ini dimaafkan kerana tindakan mereka akibat tidak mempunyai pengetahuan mendalam perbezaan kuasa negeri dan pusat. Apakah kita harus marah pada mereka yang jahil? Memaafkan orang yang berbuat salah adalah tindakan mulia. Kepada Buang dan rakan rakan, belajar bagi faham dahulu bidang kuasa, barulah demo... Nak belajar demo ajaklah orang KEADILAN, kami biasa di jalanraya bukan seperti orang UMNO, 'mmohh saja kuat ekor tercalit najis lembu"

kami tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami - Harap maklum. 

Oleh : SUBKHI SUDARJI
Tarikh : January 1, 2012
perhentian-bas
KLANG - Tempoh seminggu diberikan terhadap Kerajaan Negeri khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei untuk menyelesaikan masalah perkhidmatan bas henti yang ditutup operasi hingga menyusahkan penduduk.

Sekiranya isu itu masih gagal ditangani, penyerahan memorandum dan satu bantahan aman melibatkan penduduk Jalan Kebun serta kawasan sekitarnya akan diadakan di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Wakil penduduk, Buang Abdul Basir, 57, berkata, permasalahan itu sudah berlarutan hampir sebulan hingga memberi kesan kepada kira-kira 1,000 penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

"Hingga kini tiada respons positif atau keprihatinan Kera­jaan Negeri serta Penge­rusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sepatutnya peka dan mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan ini.

"Bayangkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos tinggi iaitu kira-kira RM35 untuk perkhidmatan kereta sewa dari Klang ke Jalan Kebun berbanding bayaran bas hanya RM3," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini penduduk boleh lagi bertahan memandangkan cuti persekolahan masih belum bermula.

"Mereka perlulah prihatin dengan permasalahan ini dan bukannya hanya sekadar pandai bercakap kerana yang menjadi mangsa kini adalah penduduk.

"Kita tidak mahu kejadian buruk berlaku disebabkan isu ini gagal ditangani.

"Kita harap perhimpunan aman ini akan membuka mata pihak bertanggungjawab untuk segera mengatasi masalah ini demi kebaikan bersama," katanya selepas mengadakan perhimpunan aman terhadap perkhidmatan bas yang dihentikan di Simpang Empat, Lorong Abdullah Jalan Kebun Klang, semalam.

Sementara itu, Shaari Basri, 53, yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya berkata, tempoh seminggu diberikan untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Penduduk sepakat untuk memberi masa dan ruang kepada pihak bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama.

"Usaha ini akan kita lakukan berterusan sehingga jalan penyelesaian yang memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk setempat dicapai," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang