Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 02 Jan 2012 06:15 AM PST Sementara spekulasi pilihan raya umum ke-13 berlarutan, ahli-ahli politik negara, dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) melihat 2012 sebagai 'tahun untuk berperang' dengan persekitaran politik dijangka lebih panas dan hangat. Ketika ditanya isu yang akan menghangatkan tahun 2011, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara berseloroh berkata, "isu Tony Pua lah!" Beliau merujuk kepada pelawaannya untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bagi memberi gambaran jelas sebab berbilion ringgit dibayar untuk pembelian pertahanan. Bagaimanapun jelas Menteri Pertahanan ini, isu yang akan kekal 'hangat' pada tahun 2012 ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Putrajaya mengumumkan akan meminda Auku dan memansuhkan ISA, yang bakal digantikan dengan dua undang-undang baru. Di sebalik itu, Mac ini genap empat tahun pilihan raya umum 2008 berlangsung. "Tahun 2012, selain memperkasakan Umno, saya juga berharap walau berbeza pendapat dan pandangan, tetapi dalam soal agama, perpaduan ummah dan pertahanan negara, kita seharusnya tidak berbeza pendapat," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditanya mengenai 'gelora politik 2012'. Sehubungan itu tambah beliau, Umno juga akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan pilihan raya umum ke-13. Katanya, tidak guna jika ada jawatan dalam parti tetapi tidak dapat membentuk sebuah kerajaan negeri dan persekutuan. "Biarpun pembangkang merasakan mereka boleh cuba untuk menewaskan kami, hakikatnya rakyat telah sedar dengan tipu helah mereka," katanya yang turut mengharapkan agar segala cabaran pada tahun 2012 akan Umno hadapi dengan istiqamah, berlapang dada dan berfikiran terbuka. Jelasnya, usaha harus digandakan untuk perpaduan dalaman dan menguatkan roh perjuangan dengan berintegrasi dalam menghadapi apa jua cabaran. Rakan sejawatannya dari Pas, Salahuddin Ayub menekankan bahawa politik negara semakin bergerak ke arah politik yang lebih dinamik. Katanya, tidak kira sama ada pembangkang atau kerajaan, mereka harus menuju ke arah politik berintegriti yang harus dijelmakan dengan mengambil kira persekitaran dan kemahuan generasi muda yang dilihat bakal memberi faktor kemenangan kepada parti. "Tidak ada parti yang boleh rasa selesa dan berpuas hati dengan pencapaian yang mereka ada sekarang. "Kita perlu bergerak pantas untuk membuktikan bahawa kepimpinan dan ketrampilan parti semakin meningkat," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, "saya yakin dan percaya bahawa keadaan semakin mendesak untuk kita khususnya Pakatan Rakyat untuk menempatkan diri mereka dalam hati rakyat yang mahukan perubahan dan mula menunjukkan sikap bosan mereka dengan isu skandal dan kebangkitan rakyat juga dilihat semakin diabaikan." Selain itu, Salahuddin berkata, beliau mengharapkan agar kehendak dan dasar parti ke arah kontemporari. "Kalau Pas berjaya untuk terjemah keseluruhan yang ada di dalam buku Negara Berkebajikan dan Buku Jingga, saya yakin kedudukan Pas akan lebih baik. Selain itu, Pas juga akan terus meyakinkan orang bukan Islam dan Melayu bahawa Pas relevan dan sesuai untuk rakyat beri pengharapan," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, 2012 merupakan tahun yang akan menentukan masa depan PKR dan PR. Katanya, ia tahun penting kerana satu perubahan besar dalam senario politik diperlukan. "Bagi PKR, sebagai komponen dalam pakatan rakyat, hasrat kita, matlamat kita adalah untuk bawa perubahan besar di peringkat persekutuan. Masa sudah sampai untuk rakyat Malaysia membawa satu kerajaan baru bersama PR," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seri Setia. Bagi DAP pula, fokus utama parti komponen PR ini ialah untuk memenangi pilihan raya. Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, dengan kedatangan tahun baru, beliau berharap akan ada penambahbaikan dari segi pentadbiran kerajaan dan juga politik negara. "Saya juga berharap akan dapat kekalkan semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat jika PRU-13 diadakan tahun ini," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor. Bagaimanapun menurut Kok, walau tahun sudah berganti, Umno dan Perkasa akan terus memainkan isu politik perkauman dan isu sensitif lain. "Tetapi pada saya, Pakatan akan mengekalkan tadbir urus yang baik bagi boleh menunjukkan kepada semua pihak yang PR mampu mentadbir kerajaan, malah akan lebih baik dari tahun sebelum ini. "Kita harus lihat politik sekarang bukan lagi mengekalkan sesuatu parti politik, tapi berjaya secara bersama. Saya harap PR akan dapat kemenangan bersama dan mengekalkan perpaduan di kalangan kami," ujarnya. |
Malays should not fear the DAP Posted: 02 Jan 2012 05:41 AM PST I am not going to respond to the xenophobic responses around news that Aspan Alias and Sakmongkol are about to join DAP. No explanation will be able to change preconceived biases. So why bother? So we are about to join or have joined DAP. The DAP is a democratic party committed to the rule of law, good governance and good government. It abhors corruption and abuse of political office. To me those are attractive propositions. UMNO on the other hand has turned its back on these. It harps only on one primal worry of Malays- when UMNO is threatened it shares the threat with Malays at large. So a threat to UMNO is translated mindlessly into a threat to Malays as a whole. Nothing can be farther from the truth. That is how UMNO has approached politics in Malaysia basically- make its fears public, make the gains private for selected Malays within UMNO. I have only one message to that- those salad days and that halcyon period are over. UMNO is trapped by its own successes. Indeed its supporters and leaders assume ownership of the wrong things and end up digging in to support the wrong choices. My answer is, if we do indeed change our political vehicle that is what we are actually doing. Don't read our move as blasphemous or treasonable. The DAP is more relevant and functional in achieving a more democratic and abuse-free society. As a Muslim, we are changing wadah not aqidah. So, I thought it would be more substantive to answer my critics by writing an article, why shouldn't Malays embrace DAP politics? That's the only way to dominate and conquer your fears. How has DAP politics been inimical to the general political health of this country? Can any DAP Chinese leader be a PM when it's contesting only at most 50-55 seats? Can any DAP non Malay leader harbor the dream of becoming a PM in a country dominated by Malays? Has the DAP threatened the institution of Malay rulers? DAP has never done that or will not be mad to countenance such rebellious idea, but UMNO on the other hand has insulted the Malay rulers way back in 1998 constitutional crisis? Can we reasonably accept the allegation that the DAP is instrumental in claims that Malays are being converted into Christians when most DAP members are not themselves Christians? We have to do better than that to take Malays as imbeciles. Only UMNO seems to do that. * Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008). |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan