Ahad, 29 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masih ramai teraniaya dek Projek Perumahan Terbengkalai

Posted: 28 Jan 2012 08:48 PM PST

Walapun pelbagai skim perumahan rakyat yang diperkenal, hakikatnya masih ramai rakyat Malaysia yang teraniaya akibat terbelenggu dengan masalah projek perumahan yang terbengkalai, ada yang menanggung hutang, ada yang muflis, ada yang hutang keliling pinggang akibat permasalahan perumahan terbengkalai yang tiada nampak jalan penyelesaiannya disebalik begitu banyak nama perumahan untuk rakyat dilancarkan , dicanang-canangkan setiap hari.

Berikut hanya sebahagian kecil sahaja permasalahan rakyat yang terbelenggu dek projek perumahan terbengkalai dari http://terbengkalai.blogspot.com

PROJEK PERUMAHAN SEPEKAN MAKMUR, PEKAN, PAHANG

Untuk makluman pihak tuan, kami pembeli rumah Sepekan Makmur di bawah pemaju Sepekan Sdn Bhd di Pekan, Pahang ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaiakn masalah CF masih tidak dapat dan masih tidak dapat menduduki rumah yang kami beli. Mengikut perjanjian rumah siap pada tahun 2006 aduan telah dimaklumkan kepada yb. di kawasan ini tetapi sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju janji hanya tinggal janji sejak 2006 hingga lah sekarang.

TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

TAMAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

Kira-kira 600 pembeli unit rumah kos rendah dan sederhana Fasa 3, Taman Desa Kempas dekat Tampoi di sini, kecewa kerana rumah yang mereka beli sejak lebih 10 tahun lalu masih belum siap, selain terpaksa membayar ansuran pinjaman bank.

TAMAN SRI BEMBAN, BATU GAJAH, PERAK

Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.

TAMAN PULAI JAYA, KULAI, JOHOR

Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya

TAMAN SRI LAMBAK, JOHOR

Semenjak tahun 2004, Rumah yang dibeli di Fasa 4, Taman Sri Lambak, Kluang Mukim Rengam masih terbengkalai. Dailog telah beberapa kali diadakan tetapi tiada apa tindakan hingga sekarang. Syarikat USRA ASS. Sdn Bhd tiada lagi rasa bertanggungjawab. Aduan Ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah dibuat, Lawatan Pegawai juga telah melawat kedudukan di tahap sama. Ini Rumah Pertama pun tiada pembelaan oleh Kerajaan bagaimana pula Program Rumah Pertamaku yang dilancarkan.

TAMAN SRI NILAM, TANGKAK, JOHOR

Saya mewakili pembeli-pembeli rumah di Taman Sri Nilam, Tangkak, Johor ingin membuat aduan mengenai projek terbengkalai di Taman Sri Nilam ini. Projek tersebut dijanjikan siap pada penghujung tahun 2004 dan akan diberi kunci pada awal tahun 2005, tetapi sehingga sekarang projek masih terbengkalai. Bagi kami kakitangan kerajaan dan swasta yang membeli rumah tersebut, setiap bulan gaji kami dipotong melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan dan swasta melalui Pinjaman Bank.

PUTATAN PLATINUM APARTMEN, KOTA KINABALU

Alasan yang diberikan SPNB bahawa kelewatan projek ini kerana permasalahan yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah berlainan daripada sumber yang saya perolehi iaitu kerana pembayaran yang tertangguh daripada pihak SPNB. Semestinya ia menyukarkan kontraktor sekiranya tiada pusingan modal setelah kerja yang mereka telah laksanakan tidak mendapat bayaran.(common-senselah). Tempoh siap yang dijanjikan sepatutnya bulan Ogos 2011 terpaksa dilanjutkan lagi sehingga tahun depan iaitu bulan September 2012 memakan masa selama setahun.

PEMAJU RHID DEVELOPMENT SDN BHD

Saya salah seorang pembeli rumah projek perumahan terbengkalai di Jalan Kebun Telok Panglima Garang klang selangor.saya amat kecewa dengan apa yang telah berlaku,sehingga kini tiada apa-apa pembinaan diatas tanah yg telah diratakan.Dari tahun 2004 sehingga kini 2012 hutang bank makin bertambah,kini telah mencecah lebih dari 100 ribu ringgit,dan tindakan undang2 yang diambil untuk mengisytiharkan muflis terhadap saya.pemaju yang menjalankan projek ini ialah RHID DEVELOPMENT SDN BHD.

Jelajah Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan Feb 2012

Posted: 28 Jan 2012 08:08 PM PST


SIRI JELAJAH CERAMAH PENERANGAN

Manifesto Pakatan N.Sembilan serta isu semasa


CERAMAH SIRI 1

Tarikh : 5 Feb 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban

Penceramah : YB Salahuddin Ayub, Adly Zahari, Chegubard, YB Hj Taufek, Ustaz Fairus


CERAMAH SIRI 2

Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : DUN Paroi , UPU Senawang(tempat akan dimaklumkan)

Penceramah : YB Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa, Nazree Yunus, Hakki Bawadi


CERAMAH SIRI 3

Tarikh : 24 Feb 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : DUN Paroi (tempat akan dimaklumkan)

Penceramah : Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Nazree Yunus, Ustaz Nasaei, Hakki Bawadi


CERAMAH SIRI 4

Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : DUN Chembong (tempat akan dimaklumkan)

Penceramah : YB Ng Suee Lim, Chegubard, Ustaz Norazman Mohamad, Dr Rosli Yaakop, Rozmal Malakan

Makan ala kampung bersama Presiden PAS

Posted: 28 Jan 2012 03:24 PM PST

Orang ramai adalah dijemput hadir ke Majlis Kenduri Rakyat bersama Presiden PAS YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang pada 19 Feb 2012 hari Ahad bermula jam 8 malam di Kg. Batu, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Majlis ini adalah merupakan program anjuran bersama PAS Kawasan Rembau, PAS DUN Chembong, PAS DUN Kota serta PKR Rembau dan Kg. Batu.

Tiada sebarang bayaran atau kupon dikenakan untuk Program Makan Malam sempena Majlis Kenduri Rakyat ini.

Alhamdulillah pihak penganjur setakat ini telah menerima sumbangan seekor lembu, beras serta bahan masakan lain untuk program ini.

Kepada mereka yang masih ingin menyumbang untuk menjayakan lagi program ini, masih ada peluang untuk menaja peralatan logistik seperti beberapa buah khemah yang dianggarkan kosnya sekitar RM2,000.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Rembau di BIMB 05012010073347 atau di Maybank 155126945930 atau menghubungi Pengarah Program Sdr Rozmal di talian 012-2267406 .

Ceramah Us Norazman Mohamad 8 Feb 2012 di Senawang

Posted: 28 Jan 2012 05:53 AM PST


CERAMAH MAULID NABI

Oleh Ustaz Nor Azman bin Mohamad

Tarikh : 8 Feb 2012, Rabu

Masa : 7.45 malam

Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

Sambutan MaulidurRasul Bandar Seremban Selatan Februari 2012

Posted: 28 Jan 2012 05:52 AM PST

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tarikh : 4 Februari 2012 (Sabtu)

Masa : 7.30 malam - 9.30 malam (solat maghrib berjamaah)

Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Tetamu : Ustaz Yusmi Hanif bin Ariffin http://yusmialfaruqi.blogspot.com (Nazir Masjid Jamek Bandar Baru Salak Tinggi)


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 10 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 7.30 malam - 9.30 malam (solat maghrib berjamaah)

Tempat : Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2

Tetamu : Ustaz Johari bin Mohd Som


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Projek Pembinaan Masjid di Pekan, Pahang Terbengkalai?

Posted: 28 Jan 2012 02:54 AM PST


Semoga rakan seperjuangan kita di Pahang, khususnya di Pekan dapat menyiasat laporan di bawah ini yang disiarkan melalui laman sesawang Aduan Rakyat Online :

Masjid Tanjung Agas Bila Nak Siap

January 28th, 2012

Saya penduduk Tanjung Agas Pekan mahukan penjelasan dari pihak yang terbabit berkenaan pembinaan Masjid Tanjung Agas yang baru. Apa yang saya dapati kerja-kerja di tapak tidak lagi berjalan dan kelihatan seperti projek terbengkalai.

Sampai bilakah masalah ini dapat di atasi dan sampai bilakah penduduk Tanjung Agas Pekan dan sekitar perlu bersembahyang di masjid lama yang sangat daif.

Harap perkara ini dapat diatasi segera demi keselesaan penduduk Tanjung Agas dan sekitar.

Janganlah biarkan orang luar seperti tersenyum sinis bila sebut sahaja nama Tanjung Agas Pekan, mereka dapat bayangkan betapa daifnya kemudahan yang dapat diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Tanjung Agas satu nama tempat yang semua orang tahu akan dibangunkan projek Mega Petronas tetapi sampai sekarang kemudahan asasnya sangat menyedihkan.

Orang Tanjung Agas

Pekan Pahang.

Sumber dari http://www.aduanrakyat.com.my/masjid-tanjung-agas-bila-nak-siap

Tiada ulasan:

Nuffnang