Ahad, 29 Januari 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim Di Dengkil,Selangor 27/01/2012

Posted: 28 Jan 2012 10:20 PM PST

Ihsan Media Rakyat






Anwar Minta Ustaz Hadi Tarik Balik Hasrat Undur

Posted: 28 Jan 2012 09:21 PM PST

Harakah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

“Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.

“Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat,” tegas Anwar.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.

Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi (gambar) yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Tuan Guru Presiden.

Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?

Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran – yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…

Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?

Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.

Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?

Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.

Tiada ulasan:

Nuffnang