Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Guru JQaf di Sarawak mohon tukar 6 kali ditolak
- Betul ke program PLKN kini diterima meluas?
- Sahreny perlu rumah PPR demi keselesaan keluarga
Guru JQaf di Sarawak mohon tukar 6 kali ditolak Posted: 27 Jan 2012 06:50 PM PST 28 Jan 2012, JOHOR BAHRU: "Ketika isteri yang tinggal di Sarawak keguguran pada 17 Januari lalu, saya sedih kerana tidak mampu membantu sebaliknya hanya mendoakan keselamatannya kerana tinggal berjauhan (di Johor)," kata pekerja hotel, Mohd Fauzi Borhan, 37, yang amat bimbangkan keadaan isterinya kerana sudah dua kali keguguran dalam tempoh tiga tahun, dipercayai akibat tekanan hidup. Menurutnya, lebih mengecewakan apabila usaha isterinya, Lida, 32, yang bekerja sebagai guru Lepasan Ijazah J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sarawak, untuk bertukar ke Johor, tidak mendapat maklum balas positif sejak tiga tahun lalu. Menurutnya, hasratnya membuat rayuan pertukaran isterinya itu menemui jalan buntu apabila tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
Katanya, keluarganya dimaklumkan pengurusan di Putrajaya bahawa permohonan dikemukakan isterinya ditolak berikutan tidak menerima sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. "Saya dan isteri tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu dan isteri sudah membuat permohonan pertukaran tempat kerja sebanyak enam kali iaitu dua kali setahun (sejak tiga tahun lalu). "Dua tahun lalu, dia keguguran kali pertama, tetapi kami bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki pertengahan Mei lalu," katanya. Fauzi berkata, kini dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak lelakinya berusia lapan bulan berikutan permohonan kali keenam pada November lalu ditolak tanpa alasan dan dia difahamkan keputusan itu muktamad. "Apa yang kami minta ialah budi bicara, isteri sudah enam tahun berkhidmat di Sarawak, wajarlah dia berpindah balik ke sini. Saya risaukan keadaan isteri kerana doktor menasihatkannya banyak berehat, namun disebabkan tinggal berseorangan, dia perlu bekerja dan mengurus anak. "Saya harap kementerian prihatin dengan masalah kami dan membenarkan pertukarannya," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Permohonanditolakenamkali/Article/index_html |
Betul ke program PLKN kini diterima meluas? Posted: 27 Jan 2012 03:10 PM PST Jika Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi begitu yakin program PLKN kini diterima meluas, kenapa perlu pemilihan ke program PLKN ini dibuat secara rawak melalui komputer dan diwajibkan untuk peserta yang dipilih secara rawak tersebut hadir, jika tidak, tindakan keras akan diambil? Dalam perkembangan berkaitan, setelah kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos 2011, kenapa pakaian PLKN dilaporkan mudah koyak? Program PLKN Kini Diterima Dengan Meluas:Ahmad Zahid Jumaat Januari 27, 2012 SIBU: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diterima dengan meluas dan mendapat kepercayaan ibu bapa berikutan kesan positifnya terhadap anak mereka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika diperkenalkan pada 2004, tahap keyakinan tidak ada, katanya.
"Selepas tahun ketiga, kami telah membuktikan bahawa modul yang diperkenalkan kepada peserta berjaya mengubah, dan ke arah yang lebih baik, bukan sahaja corak pemikiran tetapi juga sikap mereka.
"Ibu bapa mula meletakkan tahap keyakinan yang lebih tinggi terhadapnya," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sesi Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem Latihan PLKN Junaco di Jalan Ulu Oya di sini, Jumaat.
Zahid berkata malah penasihat DAP Lim Kit Siang menyaksikan sendiri cucu perempuannya, yang dihantar ke Kem Balik Pulau, berubah ke arah yang lebih baik selepas menyertai program berkenaan.
"Anak lelaki beliau (Kit Siang) dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga memberitahu saya kesan positif daripada program ini terhadap anak perempuannya, dan mengucapkan terima kasih kepada saya.
"Sungguhpun pembangkang tidak pernah mengatakan sesuatu yang positif mengenainya, kami tahu jauh di sudut hati, mereka mengakui usaha kami," katanya. - BERNAMA http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/27/mstar_berita/20120127160552&sec=mstar_berita Isu pakaian PLKN mudah koyak SIBU 27 Jan. 2012 – Kementerian Pertahanan memandang serius isu peralatan tidak berkualiti yang dibekalkan kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) termasuk memotong bayaran kepada pembekal yang terlibat.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun isu berkenaan adalah masalah terpencil dan tidak perlu diperbesarkan.
"Ia cuma masalah terpencil dan secara kebetulan kita akan mengeluarkan tender baru dalam masa terdekat.
"Jika ada sebarang kerosakan, kita akan cari penyelesaiannya termasuk meminta ganti yang baru atau mengurangkan bayaran kepada pembekal tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem PLKN Junaco Park di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan peserta PLKN tentang peralatan tidak berkualiti yang dibekalkan kepada mereka seperti pakaian seragam yang mudah koyak.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar; Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid memberitahu, Briged Sukarela PLKN yang pernah diumumkan penubuhannya sebelum ini dijadual dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Tasik Chini, Pahang pada 4 Februari depan.
Setakat ini, katanya, hampir 15,000 alumni PLKN mengisi borang untuk menganggotai briged tersebut. |
Sahreny perlu rumah PPR demi keselesaan keluarga Posted: 27 Jan 2012 03:08 PM PST SEREMBAN 27 Jan. 2012 - Walaupun telah menerima bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal, pasangan suami isteri, Sahreny Abdul Aziz, 46, dan Norma Mat Lazin, 42 sekali lagi merayu supaya dipertimbangkan permohonan bagi mendiami unit perumahan di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk keselesaan mereka enam beranak.
Menurut Norma, dia berharap supaya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan permohonan yang telah dibuat sejak sekian lama untuk mendiami salah satu unit perumahan di bawah PPR.
"Saya telah memohon tetapi ditolak kerana alasan, kami tidak layak.
"Tempat tinggal kami terlalu kecil. Lama sudah kami mohon untuk duduk di rumah pangsa PPR, tetapi tidak berhasil. Berilah kami peluang untuk membina kehidupan yang selesa," katanya di pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Utusan Malaysia pernah menyiarkan penderitaan keluarga ini 7 April 2008 dan banyak pihak yang membantu termasuklah kerajaan negeri, selain ada pihak yang menjanjikan pelbagai bantuan lain ketika itu.
Menurut Norma, keluarganya telah menerima bantuan JKM RM300 untuk empat anaknya, RM250 (Baitulmal) dan RM150 kerana status Sahreny sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas terbabit dalam kemalangan beberapa tahun lalu. Pasangan itu mempunyai empat anak, Siti Norhidayah, 14, berada di tingkatan dua Sekolah Menengah Seri Ampangan; Siti Nuriman, 10, dan Siti Norshaniza, 8, kedua-duanya di Sekolah Kebangsaan Ampangan dan yang bongsu, Mohd. Sahnor, 6.
Menurutnya, suaminya tidak mampu bekerja dan menghidap penyakit bengkok tulang belakang (scoliosis). Dia tidak boleh berdiri lama dan kadangkala sarafnya terganggu dan tangan terketar-ketar.
"Saya pula menghidap asma dan masalah batu karang. Saya tidak mampu bekerja," katanya.
Sesiapa yang sudi membantu bolehlah menghubungi Norma di 99, Kampung Sekolah, Ampangan atau menghubungi 017-3974701. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan