Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 28 Jan 2012 02:57 AM PST Jangan ada pula selepas ini ada yang memandai-mandai membuat pelbagai spekulasi berkaitan hasrat TGHH kerana Pas pusat akan membincangkan hasrat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut beliau, Abdul Hadi telah lama melahirkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya demi memberi laluan kepada tenaga-tenaga muda dan pelapis. "Kami akan membincangkan hasrat beliau apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, bulan depan, pada 12 Februari," kata Tuan Ibrahim kepada Sinar Harian Online sebentar tadi. Abdul Hadi kini merupakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Pun begitu, menurut Tuan Ibrahim, Pas masih memerlukan "suara" Abdul Hadi didengar di Parlimen. "Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan