Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Naikkan gaji guru KAFA di N.Sembilan, komitmen PR
- Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku?
- Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik
Naikkan gaji guru KAFA di N.Sembilan, komitmen PR Posted: 17 Jan 2012 06:08 PM PST Di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 yang bertemakan "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan. Tonggak yang ke 5 bertajuk Rakyat Nan Berakhlak. Di mana salah satu perkara yang diketengahkan ialah untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an. Perkara ini adalah tidak mustahil memandangkan kutipan zakat meningkat saban tahun di Negeri Sembilan ini, iaitu sekitar RM39 juta pada tahun 2009, RM50 juta pada tahun 2010 dan dijangkakan RM53 juta pada tahun 2011. Dalam pada masa yang sama pula beban kewangan kerajaan negeri telah begitu banyak berkurangan apabila sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dimana SABK-SABK ini telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pelajaran seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa. *************** SEREMBAN, 19 Sept (Bernama) -- Sebanyak 15 Sekolah Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sekolah Menengah Agama (SMA) di Negeri Sembilan telah didaftarkan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah tersebut dibuat agar sekolah ini akan dapat dilengkapi dengan kemudahan serta guru terlatih yang mencukupi. "Sekarang ini kerajaan negeri tidak mempunyai kemampuan serta menghadapi kekangan kewangan untuk memperlengkapkan kemudahan terutama infrastruktur sekolah itu sendiri. Kita juga menghadapi kekangan daripada perjawatan sebab lebih 50 peratus guru sekolah ini merupakan guru sandaran (sementara). Mohamad berkata Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan di Gemencheh, Maahad Ahmadi (Gemencheh), SMA Sains Kuala Pilah (Selaru, Johol) dan SMRA Gemencheh bagaimanapun masih di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=285833&cat=tn Muhyiddin sarankan SAR diserap di bawah Kementerian Pelajaran Mengenai SABK Madrashah Al-Attas Arabiah, Muhyiddin berkata, ia merupakan sekolah agama rakyat yang pertama di Johor menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran untuk berdaftar di bawah SABK. Beliau memberitahu, sekolah berkenaan telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan kementerian sama seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm MAINS SASAR RM53 JUTA KUTIPAN ZAKAT 2011 18 April 2011, Seremban - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) bagi mencapai sasaran pungutan zakat mencecah RM53 juta bagi tahun ini. "Bagi tahun lalu, kita mensasarkan RM48 juta, namun kita berjaya memungut hampir RM50 juta dari pelbagai jenis zakat dan fitrah dan ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dari segi prestasi pungutan dan ia jelas membuktikan prestasi yang ditunjukkan oleh PZNS amat baik ". http://www.zakatns.com.my/v3/arkib/30-tahun-2011/179-mains-sasar-rm53juta-kutipan-zakat-2011 Kutipan Januari hingga Disember Tahun 2009 RM 38,569,850.39 http://www.zakatns.com.my/v3/analisis-zakat/tahun-2009 |
Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku? Posted: 17 Jan 2012 05:23 PM PST Pemberian baucer buku sebanyak RM200 untuk setiap pelajar di IPT perlu penambahbaikan untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan penyalahgunaan samada oleh para pelajar, para peniaga mahu pun mereka yang menguruskan pemberian baucer tersebut. Pemberian baucar buku pelajar dimanipulasi IPT, kedai buku? Utusan Malaysia 18 Jan 2012 PEMBERIAN baucar buku daripada kerajaan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM200 seorang adalah bagi menampung perbelanjaan dan mengurangkan bebanan sara hidup ibu bapa serta pelajar tersebut. Hasrat murni kerajaan itu bagaimanapun kini dimanipulasikan oleh pelbagai pihak, baik pihak kedai buku mahupun pihak institusi pengajian tinggi itu sendiri. Pihak institusi (tenaga pengajar) mahukan pelajar membeli buku bacaan atau rujukan pihak institusi itu sendiri dengan harga sebagai contoh RM80. Baucar yang diberi kerajaan adalah dalam bentuk RM50 sekeping. Untuk membeli buku berharga RM80 ini, pelajar harus membayar dengan menggunakan dua keping baucer RM50 dengan jumlah RM100. Pihak institusi tidak akan membayar balik baki wang tersebut dan untuk membeli buku lain tentunya jumlah tersebut tidak memadai. Di sini pelajar kerugian RM20. Pihak institusi atau pensyarah yang berkenaan mengaut keuntungan sebanyak RM20 daripada seorang pelajar. Berapakah jumlah keuntungan diperolehi pihak institusi dan pensyarah dengan jumlah pelajar yang ada? Di satu pihak lagi, kedai kedai buku menawarkan kepada pelajar wang tunai sebanyak RM100 bagi pertukaran empat keping baucar RM50 tersebut. Perbuatan ini dan pelbagai lagi cara boleh diambil oleh pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah di atas pemberian kerajaan. Pihak kementerian berkenaan dan badan-badan bertanggungjawab harus memandang serius perkara ini dan pihak kerajaan boleh mencari alternatif lain dalam pengagihan bantuan kepada pelajar IPT. Rasanya tidak salah jika terus diberi secara tunai kepada semua pelajar IPT bagi tujuan membeli buku bacaan ata rujukan mereka. Jika mereka tidak menggunakan wang tersebut untuk membeli buku, setidak-tidaknya wang tersebut tidak diambil pihak lain. Lintah darat ini tidak peduli akan halal haram sesuatu perbuatan. Apa yang lebih penting adalah mengaut keuntungan. Asal saja mereka berkesempatan, mereka melakukannya. Semoga mendapat perhatian pihak Kementerian Pengajian Tinggi. MEZA Sungai Buloh, Selangor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik Posted: 17 Jan 2012 04:57 PM PST Hak kebebasan mengamalkan agama di tempat kerja di Malaysia ini seharusnya dikaji semula untuk mengelakkan ketidaksefahaman diantara para pekerja dan para majikan. Justeru itu Akta Pekerjaan 1955 atau Akta 265 yang digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998 haruslah disemak semula selaras dengan perkembangan dunia semasa. Media juga harus memainkan peranan untuk memberi kefahaman kepada semua pihak dalam isu ini. Juruwang disuruh pegang daging babi tanpa lapik Utusan Malaysia , 18 Jan 2012 SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya. Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain." Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak. Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya. Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang. Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini. Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya? Saya ingin mengadukan perkara ini kepada jabatan agama atau pihak berkuasa lain, tetapi saya tidak pandai untuk membuat sendirian. Tolonglah sesiapa yang membaca artikel ini, bantulah kami orang Islam yang ditindas di pasar raya ini, juga pelanggan Islam yang mengunjungi pasar raya ini. JURUWANG TERANIAYA Taiping, Perak http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan