Rabu, 18 Januari 2012

.

.


Selangor Catat Kutipan Zakat 2011 Berjumlah RM393.5 Juta

Posted: 17 Jan 2012 02:43 PM PST

Selangor Catat Kutipan Zakat 2011 Berjumlah RM393.5 Juta

Tuesday, 17 January 2012 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM,17 JANUARI : Kutipan keseluruhan bagi zakat harta dan zakat fitrah di Selangor pada tahun 2011 adalah sebanyak RM393.5 juta; berbanding hanya RM336.9 juta pada tahun 2010 iaitu kenaikan sebanyak 17 peratus atau berjumlah RM56.6 juta.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa, di Sidang Media Khas yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Daripada jumlah itu, kutipan zakat harta adalah sebanyak RM375.5 juta dan zakat fitrah pula adalah RM17.9 juta.Jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM350 juta yang diletakkan oleh LZS.

Dalam pada itu, jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh Zakat Pendapatan dengan kutipan sebanyak RM216.0 juta, diikuti Zakat Perniagaan (RM79.7 juta); Zakat Harta (RM33.7 juta); Zakat Wang Simpanan (RM27.6 juta); Zakat KWSP (RM6.9 juta); Zakat Saham (RM6.8 juta); Zakat Tanaman (RM2.5 juta); Zakat Emas (RM1.3 juta); Zakat TernakanRM29,399.00), Zakat Perak (RM6,210) dan Qada Zakat sebanyak RM1.01 juta.

Jumlah pembayar zakat bagi tahun 2011 pula adalah seramai 180,090 orang; yakni meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding hanya 168,002 orang pada tahun 2010.

Jumlah ini menunjukkan pertambahan pembayar baharu seramai 28,979 orang. Manakala zakat fitrah mencatatkan jumlah pembayar seramai 2.5 juta orang pada tahun 2011.

Bagi tahun 2012, LZS mensasarkan kutipan zakat sebanyak RM430 juta, iaitu kenaikan sebanyak sembilan peratus.


Source: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/36232

Tiada ulasan:

Nuffnang