Rabu, 4 Januari 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejohanan Futsal 28 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:01 AM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Piala Ketua Pemuda PAS Seremban
Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Public Star , Seremban2

Yuran penyertaan : RM80
Tarikh tutup penyertaan : 21 Jan 2012
Terhad 32 pasukan sahaja

Sila hubungi :
Abu Zarim 013-6220348
Firdaus 019-6278148
Faiz 012-9233696
Syahran 016-3301478

Hadiah :
Johan : RM700 + Medal + Trofi
Naib Johan : RM500 + Medal
Ketiga : RM300 + Medal
Keempat : RM100

Anjuran : DACS N9 dan DACS Kawasan Seremban

Poster Kejohanan di :
www.facebook.com/pemudaseremban
http://dppksns.blogspot.com/

Ceramah Isu NFC 12 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:00 AM PST



CERAMAH PENERANGAN
Bersama : Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin
Tarikh : 12 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir

KBS ‘cuci’ minda anak muda

Posted: 03 Jan 2012 11:34 PM PST





SEREMBAN, 4 Jan 2011 : Jika Program Penggerak Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dijadikan rujukan, maka bolehlah dirumuskan bahawa jabatan tersebut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menjadi salah sebuah komponen Barisan Nasional (BN) atau mungkin lebih tepat ahli bersekutu Umno.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek membuat pendedahan ini kepada FMT selepas beberapa anak muda Melayu sekitar Seremban yang menghadiri program tersebut membuat aduan kepada beliau kerana tidak puas hati dengan pengisian program tersebut.

Program tersebut berlangsung di A'Famosa Resort, Melaka pada 27 dan 28 Disember 2011 dan seterusnya di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 29 Disember 2011.

"Beberapa hari yang lepas saya didatangi beberapa pemuda dan mengadu kepada saya bahawa program tersebut sebenarnya adalah sebuah program mendoktrin generasi muda dan diadakan bertujuan untuk meracuni pemikiran anak muda untuk membenci PAS, PKR dan DAP.

"Saya juga diberitahu oleh pemuda-pemuda ini bahawa dalam salah sebuah sesi penerangan yang bertajuk 'Senario Politik Semasa

Setempat', penceramah tersebut dalam usaha untuk cuba menegakkan benang yang basah, menghina Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat", ulas Mohamad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban.

Penceramah terbabit dikatakan berkata: "Nik Aziz cakap orang bukan Islam boleh guna perkataan ALLAH tapi jangan salah guna. Senang sahaja lepas ni jumpa Nik Aziz bagi tahu dia, "Tok Guru saya nak pinjam anak dara Tok Guru semalam sahaja, Insya Allah saya tak salah guna".

"Ini satu penghinaan yang melampau yang merentasi adat susila Melayu dan hukum Islam. Malah saya yakin mana-mana bangsa dan agama di dalam dunia tidak membenarkan penganutnya melafazkan kata-kata lucah seperti ini," jelas Mohamad Rafie.

Saya dimaklumkan program selama tiga hari itu langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk atau nama program itu. Sebaliknya ianya program berunsur mendoktrin peserta.

"Persoalannya sejak bila JBSNS di bawah KBS menjadi tukang kempen dan mencuci otak dan minda anak muda untuk menyokong kerajaan BN? Saya mempunyai beberapa bukti bahawa program ini telah disalah guna untuk kepentingan parti pemerintah.

"Anda boleh baca sendiri kandungan di dalam buku program yang jelas menunjukkan KBS ini bekerja seolah-olah untuk Umno-BN.

"Saya minta Menteri KBS, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menjelaskan isu yang saya anggap amat besar kerana ia membabitkan wang rakyat yang digunakan untuk agenda politik Umno-BN.

"Saya juga dimaklumkan pada hari pertama dan pada sesi pertama program dimulakan, penceramah tersebut bertanya adakah mana- mana peserta yang berbangsa Cina dan India. Didapati peserta dalam lingkungan seratus orang itu seratus peratus adalah Melayu.

Apatah lagi difahamkan antara pengisian program ini juga ada unsur seperti memecah belahkan orang Melayu dengan Cina dan India.

"Kenapa program ini diadakan untuk anak muda Melayu sahaja. Kenapa tidak dibuka kepada anak muda Cina dan India? Apa agenda sebenar KBS dalam penganjuran program ini?," tanya Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie mendesak Ahmad Shabery menjelaskan berapakah kos penganjuran setiap siri program ini yang mana program yang dihadiri oleh pemuda-pemuda ini adalah siri yang kedua.

"Saya percaya program sedemikian mungkin juga diadakan di negeri-negeri lain. Berapa banyak lagi siri program ini akan diadakan untuk pemuda-pemudi Negeri Sembilan?

"Tidak mungkin Ahmad Shabery tidak tahu pengisian program ini adalah untuk mendoktrin anak muda agar menyokong kerajaan Umno- BN. Ahmad Shabery harus bertanggungjawab untuk menjawab semua persoalan ini.

"Seharusnya dana kementerian digunakan untuk pengisian program membina jati diri generasi muda menjadi produktif, berdisiplin, menggerakkan ekonomi dan membentuk keperibadian sahsiah yang baik", kata Mohamad Rafie.

Cerita politik, fitnah memfitnah

Sementara itu dalam pertemuan dengan FMT, Mohamad Rafie memperkenalkan salah seorang pemuda yang menyertai program tersebut.

Enggan nama beliau dicatat dan imej beliau dirakam, pemuda tersebut berkata beliau menyertai program itu dengan harapan mungkin akan ditawarkan program atau peluang berniaga atas program khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau sekurang -kurangnya program motivasi untuk mempertingkat kerjaya atau menambah sumber pendapatan.

"Malangnya apa yang disajikan ialah cerita politik dan fitnah menfitnah dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Penceramah juga meminta kami harus pastikan Umno-BN kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang," kata pemuda itu lagi.

Mohamad Rafie juga menunjukkan buku program kepada FMT dan meminta FMT menyiarkan tiga perenggan dalam buku program itu yang menurut Mohamad Rafie terang-terang membuktikan KBS sudah menjadi alat Umno-BN.

Menurut beliau, kandungan ulasan dalam buku program itu, di antara lain menyebut:

Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), satu analisa terhadap sokongan generasi muda terhadap kerajaan telah menunjukkan tanda aras penurunan yang ketara iaitu sebanyak 36% berbanding dengan PRU 11 pada 2004.
Sehubungan dengan itu, KBS telah mengambil tindakan proaktif, iaitu dengan merangka strategi-strategi mendekati generasi muda secara terus di peringkat akar umbi dalam usaha mengenalpasti kehendak dan keperluan serta trend dan pola sokongan pengundi muda dalam usaha mencapai matlamat kelangsungan kerajaan.

Penglibatan ini dijayakan melalui beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Manik Urai (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Sibu (Sarawak), Batu Sapi (Sabah) dan Galas (Kelantan).

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/04/kbs-cuci-minda-anak-muda/

Perbaiki Sistem Pengurusan PLKN

Posted: 03 Jan 2012 10:10 PM PST



Dari laman web Aduan Rakyat Online - 4 Jan 2012 .
Saya merupakan salah seorang ahli keluarga yang agak terkilan dengan sistem pengambilan dan pengurusan pihak yang berkenaan. Antara permasalahan yang ketara saya lihat adalah seperti berikut:

Alamat surat menyurat segelintir peserta tidak di uruskan dengan betul, di mana kelewatan menuntut surat yang di ajukan.

Impak nya peserta berkemungkinan tidak mempunyai masa untuk menyediakan segala keperluan yang di perlukan oleh pihak penganjur. Diharapkan pihak berkenaan mengambil serius tentang perihal sebegini.

Sekiranya peserta tidak dapat menghadirkan diri jangan menyalahkan mereka 100%. Ini kerana berkemungkinan peserta tidak mendapat surat tawaran tepat pada waktunya.

Permasalahan ini akan lebih sukar sekiranya ia nya berlaku kepada peserta berada di luar bandar dan kurang kemampuan dari aspek kewangan.

Syarat-syarat untuk memberi pelepasan cuti kepada peserta di mana saya di maklumkan bahawa Ibu Bapa/ Penjaga peserta perlu datang ke kem latihan PLKN di mana anak-anak mereka di tempatkan hanya sekadar untuk menandatangani borang cuti. Adakah itu sangat perlu?

Tidakkah pihak penganjur memikirkan kesulitan yang ibu bapa/penjaga alami untuk menuju ke tempat tersebut (Sekiranya ia nya jauh) dan aspek masa tidak mengizinkan?

Disini saya sarankan pihak penganjur haruslah mengambil ikthiar lain. Ini kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk melaksanakan syarat-syarat yang di kemukakan.

Kenapa tidak hubungi ibu bapa/penjaga peserta melalui telefon untuk memastikan kebenaran/bukti yang ibu bapa/penjaga peserta telah memberi persetujuan.

Misal kata peserta gagal untuk menghadirkan diri ke latihan khidmat negara yang di anjurkan, di mana saya di fahamkan akan di kenakan tindakan oleh pihak PLKN.

Renungkan di sini, adakah ianya merupakan 100% kesalahan peserta jika alamat surat menyurat tersesat ke tempat lain dan tidak dapat di jejaki?

Kenapa pihak penganjur tidak menghantar surat tawaran tersebut terus sahaja ke alamat sekolah terakhir peserta sahaja agar lebih senang di cari dan pengurusannya lebih cepat?

Saya merayu kepada pihak penganjur agar lebih meneliti segala permasalahan yang saya kemukakan ini. Ini kerana ianya akan menambahkan lagi kesulitan untuk peserta menyertai program latihan yang sememangnya berfaedah untuk anak muda masyarakat kita di mana mereka merupakan pemangkin kepada pembangunan negara.

Masalah ini akan lebih jelas, terutama sekali mereka yang berada di luar bandar, keluarga yang kurang kemampuan dari aspek kewangan, ibu bapa yang buta huruf, keluarga yang tidak mempunyai masa menguruskan hal.

Permaslahan ini akan membebankan kedua-dua belah pihak.

Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih atas perhatian pihak tuan/puan ke atas aduan saya ini. Di harapkan pihak tuan/puan yang berkenaan mengambil serius akan aduan yang saya kemukakan ini.

By: WGCH

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/perbaiki-sistem-pengurusan-plkn

Imam Masjid Lenggeng, N.Sembilan dipecat?

Posted: 03 Jan 2012 07:03 PM PST



Berita ini dari Facebook Sdr Zulkefly Mohamad Omar (AJK PAS Pusat) :

"Ketika Berada di Kedah, Saya mendapat panggilan dari seorang sahabat AJK Masjid menyatakan Imam Besar Masjid Batu, Lenggeng iaitu Tuan Hj Mohd Said Ab Ghani telah diberhentikan kerana membaca Kutbah Jumaat berkaitan Qazaf.Difahamkan kepada saya bahawa Komplen yang dilakukan oleh Ketua Cawangan UMNO Lenggeng dan YB Lenggeng merupakan faktor tersingkirnya imam tersebut."

Sumber : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=215859535162933&id=100002166637189

Guru diminta keluar wang sendiri beli kerusi meja murid

Posted: 03 Jan 2012 04:47 PM PST



SAYA amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan murid-murid di sekolah.

Bagi persediaan Penggal Persekolahan 2012 ini, 'Touch Point' beliau ialah 1 Murid 1 Meja 1 Kerusi 1 set Buku Teks. Saya amat gembira dengan adanya 'touch point' tersebut di mana saya menganggarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat pengagihan secukupnya bagi meja, kerusi dan buku-buku teks kepada setiap sekolah untuk setiap murid.

Namun begitu saya difahamkan hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja diberi keutamaan untuk mendapat kelengkapan tersebut. Jadi bagaimanakah nasib murid-murid lain di sekolah?

Saya seorang warga pendidik yang agak keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Saya telah menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2012 di sekolah saya di Dengkil.

Pihak pentadbir sekolah telah membuat keputusan untuk meminta guru-guru menyumbangkan RM50.00 seorang bagi menampung kos pembelian meja dan kerusi murid bagi sesi persekolahan 2012. Manakala murid pula akan diminta untuk membayar RM10.00 seorang bagi tujuan tersebut.

Menurut pihak pentadbir, keputusan ini terpaksa dibuat kerana sekolah berada dalam keadaan kritikal untuk menyediakan meja dan kerusi bagi murid.

Justeru saya masih lagi terfikir-fikir akan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan murid tersebut? Saya bukan mahu berkira tetapi saya berpendapat ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini.

Walaupun RM50.00 itu nampak kecil jumlahnya, janganlah kos penyediaan meja dan kerusi murid diletakkan di bahu guru kerana guru juga mempunyai tanggungan lain yang perlu diselesaikan.

GURU KELIRU
Dengkil, Selangor
Utusan Malaysia, 4 Jan 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Stadium Bowling Seremban yang terbiar

Posted: 03 Jan 2012 04:46 PM PST



Pusat sukan terbiar - BANGUNAN yang menempatkan gelanggang sukan boling di Pusat Sukan Paroi, Seremban yang terletak berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini sudah lama ditutup dan terbiar begitu sahaja. Kemungkinan ia sudah menjadi tempat penagih dadah lepaskan gian mereka serta untuk muda-mudi melakukan maksiat di situ.

Pusat yang suatu ketika dahulu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini sudah tidak terurus lagi, berkemungkinan kurangnya sambutan atau pengurusan kurang cekap dan memuaskan kepada peminat sukan tersebut.

Dicadangkan sama ada bangunan yang menempatkan sukan boling ini diswastakan kepada syarikat yang berpotensi dapat memajukan sukan tersebut ataupun ditukarkan dan diubahsuaikan menjadi gelanggang sukan yang lain seperti gelanggang badminton, futsal atau trek lumba basikal yang moden dan lengkap.

Sudah sampai masanya Pusat Sukan Paroi ini diberi nafas baru di mana semua latihan sukan untuk atlet Negeri Sembilan yang berbakat dilakukan di situ, lengkap dengan asrama serta kelengkapan moden.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Paroi, Seremban
Utusan Malaysia, 4 Jan 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Tiada ulasan:

Nuffnang