Isnin, 23 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG KE GANDA SG. CAWANG

Posted: 22 Jan 2012 11:24 PM PST


TELUK INTAN, 22 Januari - Hampir 20 buah rumah telah diziarahi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa melakukan Program Ziarah Rakyat ke Ganda dan Kg. Sg. Cawang. 

Turut serta program tersebut ialah Timbalan YDP PAS kawasan Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan Ketua Dewan Muslimat kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah, dan ahli jawatankuasa PAS kawasan Sdr. Aamir. Turut membantu ialah Ketua dan Timbalan DHPP kawasan, Sdr. Hacharan Singh dan Sdr. Sarguna serta beberapa orang AJK DHPP kawasan.
Sesampai sahaja, YB dan isteri serta ahli rombongan dijamu minum pagi.


Ketua Cawangan Ganda Sg. Cawang, Sdr. Termizi (tengah) bersama Sdr. Aamir dan Sdr. Hacharan Singh.

Rombongan ziarah telah disambut mesra oleh pimpinan PAS Cawangan Sg. Cawang iaitu Ketua cawangan, Sdr. Termizi Mat, Naib Ketua cawangan Sdr. Omar Wee dan wakil muslimat cawangan.

Lokasi pertama yang dilawati ialah kawasan rumah pangsa pekerja Ganda. Di sana YB Anuar dan rombongan berpeluang bertemu dengan penduduk yang terdiri daripada kaum Melayu dan India. YB Anuar telah berpeluang beramah mesra dengan penduduk di sana yang begitu gembira menerima kehadiran wakil rakyat mereka. Sumbangan juga telah disampaikan ke setiap rumah yang disinggahi. Anak-anak sekolah juga telah menerima sumbangan berupa alat tulis.





Kemudian, YB Anuar dan rombongan telah dibawa ke Kg. Sg. Cawang. Kini kampung tersebut hanya mempunyai 16 buah buah rumah yang didiami penduduk. Kebanyakan penduduknya telah berpindah keluar di sekitar Teluk Intan dan Langkap.



Namun, YB Anuar mengambil peluang bertemu dengan penduduk di kampung itu yang mana bekalan elektrik dan airnya hanya menggunakan generator dan pam air. YB Anuar dan rombongan juga telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur serta turut juga menyumbangkan pakaian terpakai kepada penduduk di sana.


Rombongan ziarah juga sempat singgah di sebuah rumah di mana mereka dipelawa menikmati buah-buahan seperti rambutan, duku dan pulasan. YB Anuar sendiri sempat mengait buah-buahan tersebut yang sedang masak ranum di pokok.

intanhijau.blogspot.com

GONG XI FA CAI DARIPADA PAKATAN RAKYAT ...!

Posted: 22 Jan 2012 05:33 PM PST



Tiada ulasan:

Nuffnang