|  :: cina islam | 2011 ::  | 
- Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer
- Liga Arab gesa Assad lepas kuasa
- Syria tolak pelan baru Liga Arab
- Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol
- Melihat ikan paus di Sri Lanka
- Sri Lanka derma mata untuk dunia
- Pakar feng shui buat ramalan tahun Naga
- Usaha menyelamat diteruskan.
- Usaha menyelamat diteruska
- Pegawai kanan NTC letak jawatan ekoran demonstrasi
- Perbicaraan pemimpin Al-Qaeda Afrika Utara bermula
- Puluhan bayi maut akibat asfiksia di Bengal Barat
| Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer Posted: 22 Jan 2012 11:04 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - 
 KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi. Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd. Kosmo/- | ||
| Liga Arab gesa Assad lepas kuasa Posted: 22 Jan 2012 10:28 PM PST  29 Safar 1433H. [MOD] - KAHERAH: Liga Arab meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu. Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu "melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. Ditempatkan sejak 26 Disember lalu bagi meyelaras pelan damai Liga Arab, misi itu dikritik kerana gagal menyekat tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan yang menyebabkan ramai terkorban. Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Riyadh sudah menarik balik pemerhatinya daripada misi itu kerana kerajaan Syria "tidak menghormati sebarang fasal" dalam pelan Arab itu bagi menamatkan krisis. - AFP | ||
| Syria tolak pelan baru Liga Arab Posted: 22 Jan 2012 10:24 PM PST  29 Safar 1433H. [MOD] - DAMSYIK: Syria menolak pelan Liga Arab supaya Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan menyifatkan usaha itu sebagai "campur tangan terang terangan", menurut televisyen negara itu. "Syria menolak keputusan yang dibuat di luar rangka kerja pelan Arab dan menganggapnya serangan ke atas kedaulatan negara dan campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman," menurut seorang pegawai kerajaan Syria seperti dilaporkan saluran televisyen itu. Liga Arab malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu. Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu "melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. - AFP | ||
| Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol Posted: 22 Jan 2012 04:34 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - | ||
| Melihat ikan paus di Sri Lanka Posted: 22 Jan 2012 04:32 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - | ||
| Sri Lanka derma mata untuk dunia Posted: 22 Jan 2012 04:31 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - | ||
| Pakar feng shui buat ramalan tahun Naga Posted: 22 Jan 2012 04:28 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - 
 HONG KONG - Mahu mengetahui apa yang terkandung pada 2012? Siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat? Adakah zon mata wang euro akan berpecah? Seorang pakar feng shui berdepan dengan isu-isu besar itu dengan ramalan mereka untuk Tahun Naga. Feng shui merupakan kajian purba mengenai kekuatan tenaga hidup yang merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat Cina. Lima unsur Cina yang digunakan dalam ramalan itu ialah kayu, api, bumi, logam dan air. Tahun 2012 merupakan tahun berkaitan dengan air. "Ekonomi dunia akan menjadi tidak stabil pada Tahun Naga kerana ekonomi di Eropah dan AS masih mengalami kesan kemelesetan," kata pakat feng shui itu dari Hong Kong, Anthony Cheng. Seorang peramal selebriti, Peter So menyatakan, AS akan memberikan berita baik pada lewat tahun itu. "Eropah tidak akan pulih dengan segera. Ia (keadaan ekonomi) dijangka menderita sehingga 2014. "Namun, apa yang saya boleh katakan, satu pemulihan untuk ekonomi AS adalah mungkin berlaku pada 2012," katanya. Menurutnya, jika mahu melabur pada 2012, Rusia dan China mungkin menjadi tempat yang terbaik. Dua pasaran itu akan memperlihatkan prestasi yang terbaik, katanya. Namun, bersedia untuk menghadapi kejutan terutamanya di China apabila Parti Komunis akan mengadakan Kongres kali Ke-18 untuk memilih satu barisan generasi baharu kepimpinan. Ramai orang menjangkakan Naib Presiden China, Xi Jinping akan menjadi pemimpin komunis yang seterusnya selepas Kongres Kali Ke-18 pada Oktober atau November depan. "Bagi tempoh penggal kedua tahun ini, satu kes skandal rasuah akan meletus di China," katanya. Namun, dia enggan menghuraikannya mengenai siapa yang akan terlibat. "Saya juga meramalkan di Hong Kong dan di tanah besar China, sejumlah pegawai tinggi akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. "Sebahagiannya akan dipaksa meletakkan jawatan. Sebahagian lagi mungkin 'dicampak' ke dalam penjara atau meninggal dunia," tambahnya. Ketika ditanya siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden AS, So enggan membuat ramalan tanpa maklumat yang tepat mengenai tarikh dan masa kelahiran calon-calon yang bertanding. Seorang ahli nujum Hong Kong yang terkenal, Alion Yeo menyatakan terdapat jangkaan kawasan banjir seperti di Thailand dan di sekitar Laut China Timur. "Indonesia, Pakistan, India dan tempat-tempat di China seperti Sichuan, Yunnan dan Guizhou merupakan kawasan yang terdedah pada bencana. Kawasan-kawasan itu mungkin kerap mengalami gempa bumi," katanya. - AFP | ||
| Posted: 22 Jan 2012 04:24 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - 
 PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini. Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam. Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu. Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat. Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang. Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik. Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam. Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan. Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut. Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi | ||
| Posted: 22 Jan 2012 04:24 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - 
 PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini. Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam. Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu. Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat. Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang. Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik. Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam. Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan. Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut. Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi | ||
| Pegawai kanan NTC letak jawatan ekoran demonstrasi Posted: 22 Jan 2012 04:17 PM PST  29 Safar 1433H. [MOD] - TRIPOLI 23 Jan. - Pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Abdel Hafiz Ghoga semalam mengumumkan akan meletak jawatan. "Saya tidak mahu mempengaruhi NTC lagi dan demi kepentingan negara, saya akan meletak jawatan," ujar Ghoga kepada stesen televisyen Al-Jazeera. Katanya, keputusan itu dibuat ekoran demonstrasi anti-Ghoga yang diadakan oleh ribuan penunjuk perasaan di timur Benghazi baru-baru ini. - AFP | ||
| Perbicaraan pemimpin Al-Qaeda Afrika Utara bermula Posted: 22 Jan 2012 04:15 PM PST  29 Safar 1433H. [MOD] - ALGIERS 23 Jan. - Perbicaraan pemimpin tertinggi Al-Qaeda Afrika Utara, Mokhtar Belmokhtar dimulakan di Algeria. Belmokhtar dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian dua askar Algeria di mana perbicaraan tersebut dijalankan tanpa kehadirannya. Beliau dan sembilan yang lain turut menghadapi dakwaan terlibat dengan aktiviti pengganas termasuk menyerang tentera di Djelfa, Algeria pada Mei 2010. Pemimpin yang berasal dari tengah Algeria itu merupakan pengasas kumpulan Salafis for Preaching and Combat yang kini dikenali sebagai kumpulan Al-Qaeda Maghreb. - AFP | ||
| Puluhan bayi maut akibat asfiksia di Bengal Barat Posted: 22 Jan 2012 04:12 PM PST  29 Safar 1433H. [MOD] - KOLKATA, India 23 Jan. - Sekurang-kurangnya 26 bayi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Bengal Barat, India. Hospital yang terletak di Malda, Kolkata itu sebelum ini didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi-bayi yang dirawat di situ. Bagaimanapun, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Bengal Barat, Biswa Ranjan Satpathi, menafikan kematian-kematian itu berpunca daripada kecuaian pihak hospital. Beliau mendakwa, bayi-bayi itu mati akibat kekurangan berat badan manakala sebahagian daripada mereka turut dikesan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut. Selain itu, beliau menyatakan bahawa, ada diantara bayi-bayi itu mati akibat asfiksia kelahiran (kegagalan bernafas secara spontan). - AFP | 
| You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
 





 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan