Ahad, 4 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bekas Ketua Polis Negara gesa badan bebas kaji statistik jenayah

Posted: 03 Dec 2011 10:54 PM PST



Apakah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga meragui penurunan kadar jenayah dari statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri sendiri? Kenapa sudah bersara baru hendak bersuara?

SHAH ALAM 3 Dis. 2011 - Satu badan bebas perlu diwujudkan bagi mengkaji mengenai statistik jenayah di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, kewujudan badan bebas ini penting supaya rakyat dapat memperoleh statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang diyakini bebas dan adil serta tidak berkepentingan.

"Kita selalu membaca atau mendengar mengenai penurunan kadar jenayah, tetapi rakyat masih berasa tidak selamat kerana tidak yakin dengan maklumat penurunannya yang diterima itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Kolokium Kritikan Media Ke-25 anjuran pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985

Posted: 03 Dec 2011 10:53 PM PST



13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985

MStar 3 Dis 2011

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

"Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/3/mstar_berita/20111203160322&sec=mstar_berita

Sertai Jambori Amal 16 ke 18 Dis 2011 di Port Dickson

Posted: 03 Dec 2011 08:35 PM PST



JAMBORI AMAL 2011
Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Telok Kemang, Port Dickson
Peserta : Lelaki sahaja
Yuran : Dewasa RM20, Remaja/Kanak-kanak RM10

Aktiviti :
- Solat Jemaah
- Tazkirah Agama
- Sukan
- Kembara
- Latihan Memasak
- Dan banyak lagi

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi
Sdr. Izamri 013-2124086
Sdr. Faizal 013-6641694
Sdr. Shahrizal 017-4680125

Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah (Sdr. Izamri) Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526.

Sila dapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan di N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/2011/12/sertai-jambori-amal-16-ke-18-dis-2011.html

Kejohanan Futsal Tertutup 1 Jan 2012 di Seremban

Posted: 03 Dec 2011 08:34 PM PST



KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP
Parlimen Seremban dan Rembau
Tarikh : 1 Januari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Seremban
Yuran : RM 60/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM1,000
Tempat Kedua RM 500
Tempat Ketiga RM 250

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Azizi 017-6664084, Hakki 013-3840022

Tarikh tutup penyertaan : 21 Dis 2011
Tarikh undian : 24 Dis 2011

Anjuran : Jawatankuasa Kejohanan Futsal 2012 Pakatan Rakyat Parlimen Seremban dan Rembau

Syarat asas penyertaan : Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap dalam kawasan Parlimen Seremban atau Rembau

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Azizi 017-6664084.

Umno perjuang Raja Melayu, tapi marahkan Putera Raja

Posted: 03 Dec 2011 06:04 AM PST





Putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz telah membangkitkan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kerana salah faham artikel yang ditulis oleh Tunku Zain Al-Abidin di dalam akhbar The Star yang mengatakan mengenai lintah-lintah di PWTC.

Kata Umno memperjuangkan Raja-Raja Melayu, tetapi kenapa baru seorang Putera Raja menegur segelintir sahaja yang seperti lintah kenapa semua terasa? Hinggakan Setiausaha Agung Umno hendak mengambil tindakan saman terhadap Tunku Zain Al-Abidin sekiranya beliau tidak memohon maaf.

Tunku Zain Al-Abidin amat professional dan merupakan seorang Putera Raja yang berkaliber, dengan pantas beliau memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersalah faham akan tulisan beliau.

Kenapa pemimpin Umno, perwakilan dan ahli Umno tidak baca sampai habis dan menggarap erti maksud sebenar tulisan Tunku Zain Al-Abidin? Malahan ada juga tulisan Tunku Zain Al-Abidin sebelum ini yang menegur pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat, tetapi tidak pula kedengaran suara pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang meminta seorang anak Raja untuk meminta maaf.

Siapa yang tidak hormat kepada institusi Raja di Malaysia ini?

************
Negri prince apologises for Umno leeches comment, says analogy for some, not all

KUALA LUMPUR, Dec 3 2011 - Negri Sembilan prince Tunku Abidin Muhriz apologised for the misunderstanding that his remark, "leeches had penetrated" the largest component party of the ruling coalition, was implied to refer to the whole party.

"I would like to apologise for the misunderstanding caused by my comment pertaining to leeches at PWTC this week," Tunku Abidin said in a statement carried by The Star Online yesterday.

"Although I clearly restricted the analogy to 'some' individuals, several quarters have interpreted my comment as applying to all those participating in the Umno general assembly. This is most unfortunate," he said.

Tunku Abidin, who is founding president of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), started a weekly column, Roaming Beyond the Fence, in the English-language daily in September.

"Anyone who has been reading my articles over the past three years will know that I admire and deeply respect many Umno leaders," the second son of the reigning Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan said.

He was criticised at the Umno general assembly for implying that some of the delegates were leeches.

"So, when I implied that leeches had penetrated the party, it was out of a sense of disappointment, not of an intrinsic hatred of the party, as has been suggested," he said.

Tunku Abidin pointed out that he had deep respect for Umno leaders such as Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn

"Most recently, I have consistently praised the efforts of Datuk Saifuddin Abdullah in fighting for further democracy and freedom for all Malaysians.

"Furthermore, I have been consistent in congratulating the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his courageous attempts to reform the country under the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme."

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin welcomed Tunku Abidin's apology as well as the clarification on his stand.

He said it was not fair of the prince to make a "generalised statement" against Umno.

http://my.news.yahoo.com/negri-prince-apologises-for-umno-leeches-says-analogy-053822946.html

*************
Tunku Abidin apologises for misunderstanding over "leeches" remark
2 December 2011

KUALA LUMPUR (Dec 2, 2011) : Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) president Tunku 'Abidin Muhriz today apologised for remarks he had made in his article that was published in his column Roaming Beyond the Fence.


http://www.thesundaily.my/news/227597

Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. 2011 - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.

"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan.

"Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar.

"Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakan The Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.

"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star.

"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.

Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO.

Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini.

"Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Tiada ulasan:

Nuffnang