Dr Siti Mariah Mahmud |
- PAU : Umno tuduh sana sini
- MB di Jalan Kebun
- TGNA, TGHH, DSAI & LKS akan jawab tuduhan PAU malam ni.
Posted: 04 Dec 2011 03:41 AM PST |
Posted: 03 Dec 2011 11:25 PM PST Jalan Kebun 3 DIS : Kerajaan Selangor akan mula memantau setiap pemilik lesen perniagaan bagi memastikan mereka betul-betul mengendalikan perniagaan mereka sebagai usah menghapuskan amalan "rentier" atau "ali baba" yang menjadi kebiasaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lama. Sehubungan itu, Kerajaan negeri akan menarik balik lesen daripada pemilik yang didapati "menyewakan" lesen atau tapak perniagaan mereka kepada orang lain, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Usaha ini adalah untuk memupuk budaya "owner-operator" atau pemilik-pengusaha di kalangan usahawan Selangor yang mana hanya mereka yang layak, berkemampuan dan benar-benar mahu mengendalikan perniagaan mereka akan diberi lesen. Dasar tersebut adalah berbeza dengan budaya dulu, dimana lesen diberikan berdasarkan hubungan politik penerima lesen dan pemimpin pentadbiran. "Kita tak galakan rentier society. Ini kumpulan reformasi bukan kumpulan Umno. Kita galakan owner-operator. Kalau dia nak jadi tawkey-penyewa. Kita tak galakan dia kerja sini lagi lah." Abdul Khalid berkata, bagi melaksanakan dasar ini, pihak berkuasa tempatan akan memantau setiap pemilik lesen bagi memastikan pengarah syarikat serta tuan-punya lesen, bekerja di premis mereka sekurang-kurangnya 35 jam seminggu. Bagi memastikan pemberian dan pemantauan lesen berlaku dengan telus, nama setiap pemilik lesen, syarikat yang didaftarkan pada lesen dan pemegang saham syarikat akan dipamerkan pada orang awam. Dasar ini akan melibatkan sekurang-kurangnya 30 ribu pemilik lesen perniagaan di seluruh Selangor daripada pengusaha kecil makanan dan minuman sehingga pemilik industri sederhana seperti kilang pembuatan. "Kita tidak boleh memberi lesen-lesen kepada kawan-kawan ataupun saudara mara ia mesti diberikan berasakan keupayaan dan kebolehan," Abdul Khalid berkata selepas merasmikan program "Selangorku Medicare" di Taman Rakyat, Jalan Kebun di sini hari ini. "Ada kalanya kita dapati pemilik lesen adalah masyarakat Selangor tetapi pengendali lesen adalah orang asing. Kita nak kurangkan. Kita nak hapuskan semua tak boleh tapi kita nak kurangkan." Kerajaan Negeri telah memperuntukan masa enam bulan hingga ke setahun bagi memberi peluang pemilik lesen dan pihak berkuasa menyesuaikan diri dengan dasar tersebut sebelum ia mula dilaksanakan |
TGNA, TGHH, DSAI & LKS akan jawab tuduhan PAU malam ni. Posted: 03 Dec 2011 11:14 PM PST Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini. Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam. Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama 'balas dendam' parti itu sepanjang persidangan. Najib sendiri dalam ucapan penggulungannya semalam menuduh Anwar sebagai hanya pandai 'berkokok' dan 'bohong sana sini' khususnya rancangan 16 September. Selain menghentam peribadi Anwar, turut dikecam adalah ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP. Selain Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin juga serupa menuduh PAS sebagai diperkuda DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam. Malah salah seorang perwakilan mereka juga turut mendesak Tuan Guru Nik Aziz berundur ekoran usianya yang sudah lanjut. DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini, manakala PKR dilabel sebagai parti anak-beranak yang lemah yang hanya berjuang untuk kepentingan ketua mereka. Segala tuduhan itu dijangka akan dijawab oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat malam ini. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan