Sabtu, 3 Disember 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Jenayah dikalangan anggota-anggota penguatkuasa: Syor modul latihan dikaji

Posted: 02 Dec 2011 07:29 PM PST

Marang: Semakin banyak kes-kes jenayah seperti rompakan atau samun yang melibatkan pegawai penguatkuasa, berlaku di Malaysia akhir-akhir ini.

Walaupun bukan semua mereka yang dituduh itu disabitkan dengan kesalahan, namun fenomena ini jika tidak dibendung, dikhuatiri akan menjadi trend dimasa akan datang.

Hal ini membimbangkan rakyat, kerana pegawai penguatkuasa sepatutnya menjadi pelindung rakyat daripada kejahatan dan bukannya bertindak sebagai pelaku kejahatan itu sendiri.

Bagi Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengesyorkan agar dibuat kajian kembali berkenaan isi kandungan modul latihan bagi semua samada pengambilan baru atau anggota penguatkuasa sedia ada.

"Saya melihat kajian berkenaan isi kandungan modul latihan adalah perlu ketika ini kerana semakin banyak kes-kes seumpama ini berlaku sekarang.

Saya sangat berharap agar ditekankan penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem latihan yang ada sekarang.

Saya amat yakin dan percaya bahawa Islam adalah penyelesai kepada permasalahan ini," tegasnya penuh yakin.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang anggota polis telah ditahan bersama seorang rakannya bagi membantu siasatan satu kes rompakan kedai emas di Wakaf Tapai, Marang.

Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Hulu Terengganu dikatakan telah melepaskan tembakan rambang setelah melakukan rompakan dan hampir mengenai dua orang kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian.

Turut dilaporkan sebelum ini, beberapa orang pegawai SPRM telah ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan keatas penggurup wang di KLIA.

Ustaz Mohd Nor turut meminta agar pegawai-pegawai penguatkuasa atasan, tidak sibuk berpolitik sehingga mengabaikan anggota-anggota bawahan mereka.

Mereka (pegawai-pegawai) sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tanggung jawab mereka kepada masyarakat dan menyerahkan hal-hal berkaitan politik kepada ahli-ahli politik.

Ini kerana dibimbangi pegawai-pegawai ini sebenarnya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjayakan agenda politik mereka.

Beliau memberikan satu contoh yang berlaku didalam majlis Multaqa Guru-guru J-Qaf baru-baru ini apabila seorang pegawai polis dikatakan telah memberikan ceramah yang berlegar memburukkan parti-parti pembangkang.

Baginya lagi, hal-hal seumpama ini mungkin menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dikalangan anggota-anggota penguatkuasa kerana pegawai atasan mereka mengabaikan anggota-anggota bawahan kerana sibuk berpolitik.

Tiada ulasan:

Nuffnang