:: cina islam | 2011 :: |
- Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC
- Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno
- Gempa bumi 5.3 magnitud melanda Jepun
- Mangsa banjir di Kerian meningkat
- Jalan Ke Taman Negara Loagan Bunut Perlu di naiktaraf
- Perhimpunan Agung UMNO masuki hari terakhir
- 3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka
- Seperti Binatang
- Guru Kesederhanaan
- Keutamaan Wudhu
- Tukang Masak Jadi Guru lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin
- China Tingkatkan Bantuan Kewangan Kepada Kawasan Miskin
- Individu tertua di Jepun meninggal dunia
- Gempa bumi: 300 rumah musnah di China
- Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia
Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC Posted: 03 Dec 2011 01:24 AM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis. A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi. "Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat. "Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan. "Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka. "Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka. "RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur. "Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat. "Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang. Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut. Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan. Harakahdaily/- |
Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno Posted: 03 Dec 2011 01:15 AM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC. "Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu. "Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya. Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek. "Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja. "Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu. "Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz. "Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka? "Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk. "Bila keluarga Sharizat daat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi. Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC. "Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan. "Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu. "Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum. Harakahdaily/- |
Gempa bumi 5.3 magnitud melanda Jepun Posted: 02 Dec 2011 10:47 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - TOKYO: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 menggegarkan Jepun, awal pagi tadi. Bagaimanapun, pihak beruasa negara itu berkata, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan. Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda pada jam 5.55 pagi (waktu tempatan) dikesan di Chiba, iaitu 60 kilometer tenggara Tokyo. Katanya, ia dicatatkan pada kedalaman 18 kilometer dan kawasan yang terbabit adalah Chiba dan kawasan lain berdekatan Tokyo. Agensi Meteorologikal Jepun, berkata ia juga dikesan 200 kilometer dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. - AFP |
Mangsa banjir di Kerian meningkat Posted: 02 Dec 2011 10:13 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - IPOH: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling. "Mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," kata ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam. - BERNAMA |
Jalan Ke Taman Negara Loagan Bunut Perlu di naiktaraf Posted: 02 Dec 2011 05:31 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] PAS Miri MIRI - Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 130 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik. Paras air di dalam tasik ini adalah betul-betul bergantung kepada paras air Sungai Bunut, Sungai Tinjar dan Sungai Baram. Paras air sungai-sungai ini berubah-ubah sepanjang tahun dan hasilnya, paras air di Loagan Bunut juga turun naik. Paras air di Loagan Bunut biasanya terendah dalam bulan Februari dan Mei atau Jun. Tempoh air yang rendah berlangsung selama kira-kira 2 hingga 3 minggu. Populasi ikan juga berubah-ubah akibat situasi yang unik ini. Apabila tempoh kering pada waktu kemuncak, Loagan Bunut boleh menjadi kering lumpur retak yang besar. Anda sebenarnya boleh berjalan di atas lumpur kering tersebut. Tasik dan kawasan sekitarnya yang meriah dan indah, semasa paras air yang tinggi dan rendah. Tarikan kebudayaan yang utama di tasik ini adalah kaedah yang unik dan tradisional menangkap ikan ('Selambau') yang masih dikekalkan oleh nelayan Berawan. 'Selambau' telah dimajukan untuk menangkap ikan yang bergerak semasa paras air yang turun naik. Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dan telah membolehkan nelayan Berawan mengurus perikanan yang unik dan berkesan dan dapat bertahan untuk banyak generasi. Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan hutan paya gambut. Terdapat berbagai jenis burung dan juga hidupan liar terdapat di sini seperti rusa,kancil dan sebagainya. Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari, 1990 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991. Jalan perhubungan yang teruk Sayang sekali keunikan dan keindahan seperti yang tersebut di atas sukar untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara disebabkan jalan perhubungan untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut amat teruk sekali hanya sesuai untuk kenderaan berat dan juga lori-lori balak. Perkara semacam ini seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin memajukan sector pelancongan dan juga meningkat ekonomi Negara. Kita cadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalanraya yang lebih elok dan, memberi kemudahan asas serta menjaga kawasan tersebut dari tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Memandangkan Sarawak kaya dengan sumber hasil dan juga mempunyai tempat yang indah serta menarik untuk pelancongan adalah disarankan kerajaan Sarawak membina lebih banyak infrastruktur serta membina jalanraya yang baik untuk kemudahan orang ramai melawat ke Taman Negara di Sarawak. Hasil dari pelancongan dari dalam dan luar negara akan memberi banyak menafaat kepada semua rakyat. Ini antara perkara yang akan kita rancangkan jika diberi peluang mengambil alih kuasa dari kerajaan yang ada sekarang. Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, jalan perhubungan yang teruk serta ramai penduduk miskin. Kemana perginya peruntukan dan hasil sumber bumi Sarawak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak selama ini? Kalau peruntukan yang berbilion ringgit tersebut dapat digunakan dengan baik dan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat sudah pasti Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Jadi rakyat kena berfikir siapa yang untung dan mendapat manafaat dengan peruntukan tersebut? Adakah rakyat biasa atau pihak yang tertentu saja? Fikirlah sendiri, kalau rakyat yang mendapat manafaat sudah pasti penduduk di luar bandar tidak merungut dengan masalah kemudahan asas dan juga infrastruktur selama ini. Kita semua tahu berapa puluh tahun kerajaan yang ada sekarang sudah memerintah. Bukannya 5 atau 10 tahun mereka memerintah tapi sudah berpuluh tahun. Kalau hendak dikira peruntukan yang sudah disalur ke penduduk luar bandar sudah boleh mencecah berbilion ringgit dan tidak sepatutnya Sarawak masih jauh ketinggalan 20 tahun ke belakang. Sudah tiba masanya Sarawak diberi kuasa kepada mereka yang benar-benar jujur,ikhlas, amanah serta perihatin akan masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee |
Perhimpunan Agung UMNO masuki hari terakhir Posted: 02 Dec 2011 04:42 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial. Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri). Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya hari ini. -- BERNAMA Ulasan : Saya yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk "bertempur" dengan cerita dongeng yang akan di alunkan oleh pimpinan umno pada hari akhir persidangan. |
3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka Posted: 02 Dec 2011 03:55 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] -
Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur' Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang. Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan. Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden. Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi. Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang. Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini. "Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu. Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13 Ulasan GB Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur. http://greenboc.blogspot.com |
Posted: 02 Dec 2011 03:15 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya" (QS. Al Furqan 43-44). Meskipun berjalan tegak, berpakaian bagus, beruang banyak, serta berkendaraan mewah, jangan disangka itu semuanya makhluk manusia berderajat mulia. Ada di antaranya sudah hina seperti binatang dan bahkan lebih buruk lagi. Ya, memang ada manusia seperti binatang, sebagaimana beberapa kali disebutkan dalam Alquran (QS. Al Furqan 43-44) dan (QS. Al Araf: 179). Sebutan tersebut dialamatkan kepada orang-orang yang lebih mementingkan hawa nafsunya (QS. Al Furqan 43-44). Dalam ayat yang lain (QS. Al 'Araf: 179), sebutan itu ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan mata, telinga, dan hati untuk melihat, mendengar, dan menghayati kebenaran. Semua ini mengajak kita semua untuk memikirkan kembali diri sendiri agar (kembali) berusaha untuk kembali meraih martabat sebagai manusia yang telah diciptakan sebagai makhluk dalam bentuk yang sangat bagus (QS. At-Tiin: 4). Dengan demikian, untuk mengembalikan marwah manusia atau memanusiakan manusia, perlu sekuat tenaga menghilangkan budaya memperturutkan hawa nafsu dan hidup layak sebagaimana terdapat dalam pedoman hidup dalam Alquran dan assunnah. Yang juga penting dilakukan adalah jangan terlibat dalam upaya mengangkat orang-orang yang mementing diri sendiri dan hawa nafsunya sebagai wakil atau pengurus rakyat. Sebab, yang demikian sama dengan mengangkat orang-orang yang manusia binatang, yang tak akan berjuang, kecuali kepada kepentingan dirinya sendiri. Bahkan dikatakan, orang-orang yang hanya mementingkan diri atau perutnya sendiri, tak ubahnya seperti apa yang keluar dari perut. Sungguh menjijikkan! Serambi/- |
Posted: 02 Dec 2011 03:12 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman "Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian" (QS. Al- Furqan: 67). Guru tak semuanya dikenal di dunia ini. Yang banyak dikenal hanya guru-guru yang diangkat sebagai atau menyebut diri guru. Namun sebenarnya, ada sejumlah hamba Allah yang mendiami bumi ini yang layak untuk tempat berguru. Termasuk di antaranya orang-orang yang senantiasa hidup sederhana dalam keadaan memiliki harta yang memadai atau tidak. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahwa tak akan menderita kesusahan orang yang hidup sederhana (HR. Ahmad). Terbukti dalam kenyataan, pola hidup sederhana telah membuat banyak orang selamat dari berbagai prahara. Yaitu selamat dalam meniti jalan kesabaran. Kesabarannya diteguhkan di saat berbagai godaan datang. Mereka akan berhenti makan sebelum kenyang. Mereka tidak akan mencintai harta, kecuali yang sudah sanggup dimiliki. Sebaliknya, pola hidup tidak sederhana telah menelan banyak korban di mana-mana. Hidup tak sederhana telah membuat banyak manusia menjadi panjang angan-angan. Karena hidup tak sederhana, banyak orang ingin tampil lebih dari orang lain, meskipun di saat tak memiliki kemampuan. Akibatnya, tak sedikit yang terjebak mengambil atau menggunakan yang bukan haknya. Namun anehnya, dibandingkan dengan orang-orang yang hidup sederhana, orang yang hidup mewah lebih banyak dijadikan guru. Akibatnya, pola hidup sederhana dan orang-orang yang setia hidup seperti itu menjadi tak dikenal, meskipun mereka guru sejati karena telah memberi contoh melalui perilakunya bagaimana hidup sederhana. Serambi/- |
Posted: 02 Dec 2011 03:10 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] -
Islam adalah agama yang memiliki syariat yang indah. Faedah dan pahala melaksanakan syariat Allah akan kembali kepada umatnya. Di antara syariat Islam yang indah itu adalah wudhu. Wudhu disyariatkan ketika seseorang akan melaksanakan shalat, thawaf di Baitullah dan menyentuh mushaf. Allah berfirman, artinya, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…" (QS. al-Maaidah: 6)
"Aku bersaksi bahwasannya tidak ada ilah selain Allah, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba sekaligus Rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri."(HR. at-Tirmidzi) http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatannur&id=651 |
Tukang Masak Jadi Guru lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin Posted: 02 Dec 2011 03:05 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - Inilah Kak Maireyemuhan, sedang memberikan tunjuk ajar kepada para perantis tentang kemahiran membuat kuih-muih tradisional Kirgiz. Beliau sudah berjaya mengembangkan urusniaganya kepada satu kilang kuih-muih yang besar yang mempunyai lebih 30 orang pekerja dalam tempoh masa 15 tahun. Sebelum ini, beliau hanya mempunyai satu kedai kecil sahaja. Setelah mencapai kejayaan dalam kerjayanya, Kak Maireyemuhan menumpukan perhatian kepada penduduk yang miskin di kawasan terpencil, dan membantu lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin mengikuti latihan secara percuma, malah membantu mereka mendapatkan kerja dalam pemasakan kuih-muih. Kata Maireyemuhan, beliau pernah mendapatkan bantuan besar dari kerajaan tempatan dan masyarakat, maka, patut membalas budi tersebut melalui menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. |
China Tingkatkan Bantuan Kewangan Kepada Kawasan Miskin Posted: 02 Dec 2011 02:53 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - Kerajaan China baru-baru ini telah mengumumkan "Program Penerokaan dan Pembasmian Kemiskinan di Kawasan Luar Bandar Negara China (Tahun 2011-2020)". Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan akan meningkatkan jumlah bantuan kewangan kepada kawasan yang miskin. Menurut program itu, usaha membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam tempoh 10 tahu ini menyasarkan penduduk yang miskin mempunyai makanan dan pakaian yang mencukupi, mendapat pendidikan wajib, perubatan dan rumah kediaman menjelang tahun 2020. Kawasan pergunungan di Liupanshan, Qinba, Wuling, Wumeng, dan kawasan sempadan barat Yunnan, Tibet, kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Tibet di empat provinsi, Daerah Sandi wilayah Xinjiang telah ditetapkan sebagai keutamaan program ini. |
Individu tertua di Jepun meninggal dunia Posted: 02 Dec 2011 02:51 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - TOKYO 3 Dis. – Individu tertua di Jepun, Chiyono Hasegawa (Gambar)meninggal dunia pada usia 115, semalam. "Hasegawa merupakan wanita kebanggaan Jepun dan kehilangannya amat dirasai," kata Gabenor daerah Saga, Yasushi Furukawa. Gelaran individu tertua Jepun kini menjadi milik seorang lelaki, Jiroemon Kimura yang berusia 114 dan beliau turut memegang gelaran lelaki tertua di dunia. – AFP |
Gempa bumi: 300 rumah musnah di China Posted: 02 Dec 2011 02:49 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - BEIJING 3 Dis. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 Skala Richter menggegarkan barat laut China sekaligus meranapkan beratus-ratus rumah dan bangunan, semalam. Menurut Kementerian Hal Ehwal China, hampir 300 rumah di wilayah Kashi musnah dalam kejadian tersebut namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan. Sehubungan itu, kira-kira 1,500 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga keadaan kembali stabil. – AFP |
Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia Posted: 02 Dec 2011 02:47 PM PST 7 Muharram 1433H. [MOD] - Selepas kira-kira sebulan, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Malang, Indonesia meninggal dunia malam tadi. Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat menerusi laman Facebooknya bagaimanapun berkata, punca kematian pelajar tersebut masih belum dipastikan tetapi dipercayai akibat masalah kesihatan. Ini merupakan kematian kedua pelajar Malaysia di kota di Jawa Timur itu selepas awal bulan lalu seorang pelajar perubatan di Universiti Brawijaya, Adrian Jay Pereira maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan